MUNGKIN secara umumnya apabila ditanya kepada penunggang motosikal yang hendak membelok atau menukar laluan ke kiri, penunggang akan menolak handlebar ke kiri, begitu juga sebaliknya.
Akan tetapi, hukum fizik tidak pernah membenarkan sesiapa untuk melawannya. Mungkin kerana faktor memori otak (muscle memories) membuatkan kita bertindak sedemikian.
Namun hakikat yang perlu diketahui oleh semua penunggang yang ingin menundukkan badan (body lean), ramai kurang arif sebaik-baiknya handlebar perlu digerakkan terlebih dahulu, bukannya badan.
BACA LAGI: Sayangkan kucing? Ketahui cara mengawal bulu haiwan kesayangan anda

Simulator countersteering yang dicipta oleh METAL, UITM.
Hukum tersebut dipanggil countersteering. Istilah itu diguna pakai ketika berada dalam kelajuan 40 kilometer sejam, yang merujuk kepada penolakan handlebar ke kanan jika mahu posisi motosikal berubah ke kanan begitu juga ke kiri.
Dicipta sebuah simulasi motosikal berkonsepkan hukum fizik tersebut oleh pensyarah kanan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ts Dr Helmi Rashi, 43, menegaskan perkara ini jarang didedahkan semasa mengambil lesen memandu.

Helmi dan Khairunnizam sedang menunjukan demostrasi hukum fizik countersteering kepada pengunjung.
Ditubuhkan sebuah projek khas yang dinamakan Motocycle Engineering Technology Laboratory (METAL), Helmi melihat rata-rata penunggang motosikal tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
“Sebelum ini bila saya tanya rider macam mana nak corner motosikal bang? Banyak yang akan menunjukkan badan yang ditundukkan terlebih dahulu (body lean).
“Malah ada juga yang gelak termasuk pelajar saya sendiri bila saya cakap nk ke kanan tolak kanan. Bukan salah mereka pun untuk cakap saya pelik sebab macam saya katakan muscle memories.
“Tapi bila saya suruh cuba sendiri masa habis kelas, keesokan harinya mereka diam dan tanya, “Apa yang berlaku sebenarnya ya Sir? Saya tak faham. Semalam saya cuba atas motosikal memang betul apa yang Sir cakap, tolak tangan kanan untuk ke kanan, kiri untuk ke kiri,” katanya dalam nada lucu ketika ditemui di Festival of IDEA Peringkat Negeri Selangor 2025, UiTM Shah Alam.

Salah seroang pengunjung sedang mencuba simulator countersteering.
Logiknya, jika kita bawa motosikal dan nak belok ke kanan, kita akan tolak stereng ke kanan dengan kedudukan tayar yang akan ke kanan.
Tapi jika keadaan motosikal sudah stabil dan sedang berjalan, bila kita tolak handlebar ke kanan, motosikal akan ke kiri.
“Saya tak kata body lean salah, ia membantu tapi kalau dalam keadaan kecemasan, countersteering ini amat penting untuk difahami dan dipraktiskan,” ujarnya.
METAL yang ditubuhkan bermula 2016 dengan penglibatan seramai 30 pelajar lain untuk menghasilkan simulator tersebut melihat dan berharap, perkara ini disebarkan kepada semua penunggang motosikal tidak kira enjin berkuasa besar atau kecil.
“Paling selamat untuk cuba konsep ini adalah ketika berada di roundabout. Bawa dalam keadaan sederhana dan cubalah sendiri. Jangan turunkan badan dahulu cuba, tolak handlebar kemudian pusing dekat bulatan, mesti jadi countersteering ini.
“Cuba teliti semula masa itu, kalau handlebar digerakkan dahulu secara automatik badan akan ikut sekali. Kalau badan turun dulu, motosikal belum tentu akan ikut belok bersama,” jelasnya.
Ketika penulis mencuba sendiri simulator di tempat kejadian, mungkin konsep tersebut tidak boleh diterima secara terus atas dasar duduk di atas mesin.
Akan tetapi dengan pemahaman dan percubaan sendiri di atas motosikal sebenar, konsep tersebut ternyata benar.

Khairunnizam (kiri) dan Helmi (kanan) ketika di i Festival of IDEA Peringkat Negeri Selangor 2025, UiTM Shah Alam.
Sementara itu, Pelajar Kejuruteraan Mekanikal, Khairunnizam Zulkarnain, 25, berkata, berasa bertuah apabila terlibat dalam membentuk dan membina simulator tersebut.
“Saya berharap dengan pembinaan simulator ini dapat kami atau METAL sendiri mendedahkan betapa pentingnya ciptaan yang memakan masa bertahun untuk disiapkan. Ia bagi memberi pemahaman mudah khususnya buat penunggang motosikal di luar sana.
“Benda ini bukanlah satu hiburan dan pemahaman semata-mata, tapi ia adalah masa depan sebenarnya,” katanya yang sedang berada di semester 10 dan menjadikan projek tersebut sebagai tugasan tahun akhirnya.
Maka ingatlah, nak ke kanan tolak dulu handlebar kanan, nak ke kiri tolak handlebar ke kiri, hati-hati dan selamat mencuba.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
