ANDA mencari lokasi hiburan untuk kanak-kanak bergembira di samping keluarga?
Apa kata anda berkunjung ke Pulau Pinang menjadi kini negeri pilihan ramai untuk berlibur dan bukan sekadar terkenal sebagai syurga makanan dan warisan negara.
Bagi mereka yang ingin membawa anak-anak berlibur, UFOREA Penang adalah tempat yang sesuai memandangkan ia sebuah taman hiburan dalaman bertema futuristik yang pasti mencuri tumpuan anda terutamanya buat mereka yang sukakan fantasi dan dunia angkasa lepas.
BACA LAGI: 'Balik kampung pun boleh berlari', fenomena parkrun makin popular di Malaysia

Mengetengahkan tema angkasa dan seni visual fiksyen Alien yang akan menjadi tumpuan anak muda serta keluarga.
Pengunjung pastinya teruja dengan atmosfera di dalam premis tersebut yang akan membawa anda seakan-akan “melancong” ke dunia angkasa tanpa perlu menaiki kapal terbang.
Terletak di 1st Avenue Mall, George Town, UFOREA bukan sekadar menampilkan tema angkasa, ia juga membawa seni visual fiksyen makhluk asing atau alien yang akan menjadi tumpuan kanak-kanak serta keluarga.
Melangkah masuk sahaja, anda akan disambut dengan lampu neon berwarna ungu, biru dan merah jambu yang menyinari setiap sudut ruang menggambarkan anda benar-benar berada dalam kapal angkasa.
Berlatar belakangkan muzik latar futuristik sepanjang perjalanan, setiap bahagian di dalam UFOREA direka khas dengan tema tersendiri, menjadikan setiap langkah satu peluang baharu untuk bergambar dan berseronok.
Ia termasuk dindingnya bercahaya dan menghasilkan efek 3D yang menakjubkan untuk bergambar atau mengambil video TikTok.

Setiap bahagian di dalam UFOREA direka khas dengan tema tersendiri.
Kemudian, jangan lepaskan peluang untuk singgah sebentar di kafe bertemakan UFO dan rasai sendiri minuman kreatif seperti Milky Way Latte atau Astro Fizz sambil duduk di kerusi berbentuk kapsul.
Maka, UFOREA bukan sekadar tempat untuk kanak-kanak, golongan dewasa juga boleh masuk bergembira untuk lari seketika daripada realiti. Pastinya, pengalaman ini akan memuaskan hati anda.
Nikmati keindahan cahaya, seni digital dan suasana futuristik UFOREA yang beroperasi setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
