'Cabar had limit diri', 2 pendaki wanita Malaysia kalis risiko tawan 'bumbung' gunung berapi


  • Nomad
  • Khamis, 06 Nov 2025

Sabillah (kanan) enggan berhenti untuk terus menakluk gunung berapi. — SABILLAH NAZIFA

 

 

SEMAKIN ramai masyarakat kini aktif dalam aktiviti yang berisiko. Bagi sesetengah pencinta adrenalin,pastinya mendaki gunung berapi menjadi pilihan.

Bentuk pengembaraan yang berani ini menjadi satu trend yang semakin popular, namun ia tidak selalu membawa kebaikan.

Mendaki gunung berapi aktif mempunyai pelbagai risiko, dan ada pendaki yang tidak membuat penyelidikan mencukupi sebelum mencuba cabaran itu, atau terlalu yakin dengan kemampuan fizikal dan mental mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Panduan rider ketika layan corner', pakar tekankan pentingnya hukum 'countersteering' berbanding 'tunduk udang'

BACA LAGI: Sekian 'Sakit lutut sudah haus?', amalkan senaman aerobik seperti berjalan, berbasikal atau berenang

 

 

Sabillah memulakan pendakian beberapa hari di Gunung Fuji Jepun bersama seorang rakan baru-baru ini.

Lebih membahayakan lagi ialah mereka yang tidak mendengar atau mengikut arahan jurupandu.

Keadaan tanah yang tidak stabil, gas beracun dan kejadian tanah runtuh boleh menjadikan pengalaman itu sangat berbahaya.

Dalam masa yang sama, operasi menyelamat di kawasan gunung berapi juga sering sukar dijalankan.

Sebagai contoh, pada bulan Jun lalu, seorang pengembara dari Brazil bernama Juliana Marins, 26, maut selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani di Indonesia.

Difahamkan Marins terselamat selepas terjatuh kira-kira 300 meter ke dalam kawah, namun ketika menunggu bantuan, beliau malangnya terjatuh lebih dalam ke dalam kaldera, menjadikan usaha menyelamat semakin sukar.

Dua pendaki dari Malaysia juga dilaporkan mengalami kejadian serupa. Seorang daripadanya meninggal dunia, manakala seorang lagi terselamat secara ajaib selepas terjatuh kira-kira 80 meter ke dalam gaung.

Dua tahun lalu, tragedi sama turut berlaku apabila gunung berapi terkenal Indonesia, Gunung Merapi, tiba-tiba meletus dan meragut nyawa 23 pendaki.

Kejadian-kejadian ini membuktikan bahawa tiada siapa harus memandang ringan risiko ketika mendaki gunung berapi.

Walaupun bahaya yang jelas, tarikan mendaki gunung berapi tetap menarik minat ramai orang.

Dua pendaki aktif dari Malaysia memahami apa yang mendorong mereka melakukan aktiviti yang berisiko adalah daya tarikan yang tersendiri.

Selepas hampir sedekad menawan pelbagai gunung di Asia, pendaki tegar Iman Syamir, 24, berkata, beliau mula mencari jenis pengembaraan yang berbeza dan yang menguji diri.

“Saya mahu mencabar keupayaan diri,” katanya.

Keputusan itu membawanya ke Gunung Kerinci di Indonesia, gunung berapi tertinggi di Asia Tenggara yang digelar “Bumbung Sumatera”.

“Saya rasa seperti berada di puncak dunia. Namun, sebelum memulakan pendakian, Iman melakukan kajian menyeluruh terlebih dahulu,” kata Iman mengimbas kembali pendakian gunung berapi pertamanya tiga tahun lalu.

Beliau mendapati bahawa walaupun hutan hujan di Malaysia lembap dan subur, hutan di kawasan gunung berapi sangat berbeza.

”Tanahnya kaya dengan mineral, namun landskapnya kelihatan gersang. Bagi gunung berapi yang masih “muda”, hampir tiada tumbuh-tumbuhan.

“Awak boleh belajar dan merancang sebanyak mana pun. Tapi tiada apa yang boleh dibandingkan dengan pengalaman sebenar berada di sana,” ujarnya.

Bagi Sabillah Nazifa, 29, pendakian pertamanya ialah Gunung Rinjani. Beliau berkata pengalaman mendaki gunung berapi memang unik dan menyeronokkan, tetapi penuh cabaran.

Sabillah yang mendaki Rinjani tiga tahun lalu, mula jatuh cinta dengan gunung itu selepas melihat suasana di Instagram.

Minatnya terhadap aktiviti mendaki bermula sejak zaman remaja, ketika beliau sering menghabiskan masa lapang menjelajah alam bersama bapanya.

Selepas bapanya meninggal dunia, mendaki menjadi caranya untuk menyembuh luka dan pendih yang berterusan kepada arwah bapanya. Antara cabaran terbesar mendaki gunung berapi, cuaca.

“Bila kita dah berada di atas sana, kita tak tahu cuaca macam mana yang akan datang.

“Pendakian yang mengambil masa beberapa hari itu memerlukan sehingga lapan jam mendaki setiap hari, dan lereng yang terdedah menjadikan mereka tidak mempunyai perlindungan daripada angin sejuk.

“Kami terpaksa mendaki dalam udara yang sangat sejuk, dan kalau tak bersedia, seseorang boleh mengalami hipotermia dengan mudah,” jelasnya.

Jari-jemari akan beku beku, nafas pendek dan itulah antara cabaran yang perlu dilawan di atas sana.

Sabillah turut mengimbas pengalaman mencemaskan apabila seorang rakannya mengalami hipotermia di pertengahan laluan.

“Dia tercungap-cungap mencari udara. Kami dah jauh ke dalam trek, tapi mujurlah kami bertindak pantas. Kami berikan dia minuman panas untuk memanaskan badannya dan biarkan dia pulih perlahan-lahan,” terangnya.

Selepas menyaksikan kejadian itu, Sabillah mengingatkan dirinya bahawa bukan sahaja untuk sentiasa berwaspada, tetapi juga untuk merancang lebih awal agar dapat mengelak situasi yang berpotensi untuk dapat risiko.

Beliau menekankan kepentingan mengenali kekuatan dan kelemahan tubuh sendiri, serta bersiap sepenuhnya sebelum mendaki adalah mustahak.

“Kesihatan anda adalah keutamaan. Sentiasa bawa pek haba bersama untuk memastikan badan kekal hangat sepanjang perjalanan.

“Selain itu, penting untuk memakai lapisan pakaian tebal, membawa kit kecemasan, serta snek untuk tenaga tambahan,” tegasnya.

 

 

Iman berpandangan pendakiannya Gunung Kerinci, gunung berapi tertinggi di Asia Tenggara seperti 'di puncak dunia'.

Beliau turut memberi amaran bahawa angin kencang kadangkala datang bersama taufan dan hujan lebat. Satu situasi berbahaya yang tiada siapa mahukan ketika berada di altitud tinggi.

Sebagai contoh, ketika pendakian terbarunya di Gunung Fuji, Jepun, Sabillah dan rakannya berdepan ketiga-tiga keadaan itu sekali gus.

“Suhu menjunam dengan mendadak, dan pada waktu tertentu, angin hampir-hampir menolak kami keluar dari laluan. Akhirnya, mereka membuat keputusan sukar tetapi bijak iaiatu untuk berpatah balik.

“Awak tak mahu terperangkap dalam keadaan sebegitu, kerana cuaca ekstrem boleh menjadikan keadaan lebih mengancam nyawa,” ujarnya.

Buat mereka yang ingin cuba mendaki Gunung Fuji akan diberikan risalah keselamatan di pintu masuk trek. Ia mengandungi maklumat penting seperti nombor kecemasan dan laluan keluar untuk pemindahan.

“Yang mengejutkan kami, terdapat liputan telefon di gunung itu, tidak seperti kebanyakan laluan lain yang sering hilang talian dan tidak stabil. Jika berlaku kecederaan, pendaki boleh menghubungi pasukan penyelamat,”katnya.

Namun, Sabillah mengingatkan para pendaki supaya tidak menyalahgunakan perkhidmatan penyelamat percuma di Jepun.

Baru-baru ini, satu insiden mendaki secara cuai melibatkan beberapa pendaki yang terkandas dan memerlukan bantuan telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk tempatan.

Isunya sama ada pendaki yang mendaki di luar musim patut menanggung kos operasi menyelamat atau tidak.

 

 

Sabillah mendapati perkhemahan di padang gurun sangat memuaskan.

Terbuka dan terdedah

Satu perkara penting yang perlu diketahui tentang mendaki gunung berapi adalah tahap pendedahan terbuka yang tinggi.

“Anda akan berjalan di atas aliran lava beku, batu tajam dan tanah berdebu longgar.

“Di banyak bahagian laluan, anda akan dikelilingi oleh tebing curam di kedua-dua sisi, dan itulah pemandangan anda selama berjam-jam,” kata Iman.

Laluan bukan sahaja curam, malah juga sempit dan tidak rata, memerlukan tumpuan sepenuhnya.

Selepas hujan, laluan boleh menjadi licin dan berlumpur. Tanpa akar atau pokok untuk berpaut, anda boleh hilang imbangan.

“Sebab itulah pelaburan dalam kasut mendaki yang baik sangat penting,” nasihatnya.

Disebabkan kawasan yang luas dan terbuka, pendaki boleh hilang arah atau lebih buruk lagi, tersasar dari laluan sebenar.

Ini kerana hanya terdapat sedikit tanda penunjuk atau tumbuh-tumbuhan sebagai panduan.

“Itulah sebabnya penting untuk mendaki bersama jurupandu berpengalaman, yang tahu selok-belok laluan dan cara bertindak jika berlaku kecemasan,”ujarnya.

Kedua-dua Iman dan Sabillah juga menekankan satu lagi bahaya utama, gas sulfur dioksida.

Bau sulfur dioksida yang keluar dari tanah bukan sahaja menusuk hidung, tetapi juga berbahaya kepada kesihatan.

 

 

Sabillah merasakan Gunung Rinjani sangat mencabar dan menarik.

Di gunung berapi yang masih aktif, anda perlu sentiasa berwaspada terhadap bau yang tidak menyenangkan. Ia adalah tanda bahawa gas sedang dilepaskan, dan gas itu boleh menyebabkan anda pening atau pengsan ketika mendaki,” jelas Sabillah.

Bagi mengelakkan penyedutan gas sulfur dioksida, Iman berkongsi persediaannya yang menyediakan sekurang-kurangnya, tiga helai pelindung leher untuk menutup mulut dan hidung.

“Kalau sudah bersedia, pengalaman mendaki gunung berapi memang berbaloi untuk dicuba, cuma pastikan keselamatan sentiasa diutamakan,” tutup bicaranya.— The Star/GISELE SOO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram