'Akhirnya jatuh tersembam dari langit di Pavilion Bukit Jalil', terokai pameran pertama Mr. Bean di Malaysia


  • Hobi
  • Rabu, 05 Nov 2025

Ruang barangan edisi terhad Mr Bean boleh dibeli khusus buat pengumpul-pengumpul tegar.

 

 

PASTINYA anda tidak lupa dengan seorang figura besar dan begitu ikonik dalam dunia lawak digelar Mr. Bean yang cukup menghiburkan zaman kanak-kanak anda.

Baik versi kartun atau watak sebenarnya yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson, Mr. Bean menjadi sebuah komedi yang cukup mencuit hati meskipun tidak menggunakan dialog yang jelas ketika di dalam televisyen.

Terdapat banyak episod yang menampilkan pelbagai jenis pakaian, kereta dan objek termasuk watak sampingan lain yang dipertontonkan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Panduan rider ketika layan corner', pakar tekankan pentingnya hukum 'countersteering' berbanding 'tunduk udang'

BACA LAGI: Sekian 'Sakit lutut sudah haus?', amalkan senaman aerobik seperti berjalan, berbasikal atau berenang

Buat peminat tegar Mr. Bean, jangan lepaskan peluang meraikan ulang tahun ke-35 watak komedi ikonik ini di Pavilion Bukit Jalil, yang menampilkan pameran pertamanya di Malaysia.

 

 

Set bilik Mr.Bean seperti dalam drama bersiri di bina.

 

 

Bermula 1 November hingga 1 Februari tahun depan, pelbagai jenis aktiviti, pameran dan kafe bertemakan Mr.Bean disediakan dan pastinya ia sebuah pengalaman yang unik dan penuh nostalgia.

Menghiasi pusat beli-belah tersebut dengan dekorasi berinspirasikan watak lucu, pengunjung berluang untuk menikmati hidangan makanan dan minuman di kafe ala-ala Mr.Bean.

Bukan setakat itu, terdapat juga pakej makanan dan fun package yang diisi dengan koleksi barangan eksklusif.

 

 

 

Selain daripada keberadaan wajah Mr.Bean di merata-rata tempat, kemeriahan acara itu turut dihangatkan dengan satu daya tarik luar biasa iaitu kereta Mini Cooper Classic Mr. Bean yang berwarna kuning.

Malah, kenderaan berkenaan disertakan sofa yang diikat di atas bumbung dan diletakkan di dalam dan pekarangan luar pusat beli-belah, membolehkan pengunjung merakamkan detik-detik bersama kenderaan tersebut.

 

 

Mini Cooper Classic Mr. Bean dipamerkan.

Malahan, dibina beberapa ruang yang mengimbau detik-detik dan suasana dalam beberapa siri yang ditayangkan di televisyen termasuk bilik tidur Mr. Bean.

Ini termasuk patung Teddy comel ditawarkan kepada mereka yang minat dengan permainan anak patung.

Pengunjung juga boleh menyertai cabaran kecil dengan mendapatkan cop disetiap stesen untuk membawa pulang cenderamata 35 tahun.

Bahkan, terdapat ruang barangan edisi terhad Mr Bean boleh dibeli khusus buat pengumpul-pengumpul tegar.

Oleh itu, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk sambutan penuh nostalgia yang jarang diadakan itu disulami suasana dan satu pengalaman penuh warna dan imaginasi berkaitan dengan Mr. Bean.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram