FESTIVAL Makanan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFF) kembali lagi dengan sambutan yang penuh hangat dan meriah meraikan gabungan makanan, budaya dan komuniti.
Bertempat di Armenian Park, George Town Pulau Pinang dengan tema “Penang Hawkers & Street Food” (Penjaja dan Makanan Jalanan Pulau Pinang), pelancaran PIFF telah mengubah pusat bersejarah George Town menjadi syurga makanan (Kulinari Wonderland) yang luar biasa sehingga penghujung 2025.
Acara pelancaran tersebut menyatukan keunikan deria pandang, bunyi dan aroma yang menjadikan budaya makanan Pulau Pinang terkenal di seluruh dunia.
BACA LAGI: 'Sakit lutut sudah haus?', amalkan senaman aerobik seperti berjalan, berbasikal atau berenang

(Dari kiri) Tan, Teh, Yuee Harng, Hui Ying dan Hon Wai menikmati makanan di Armenian Park semasa Pesta Makanan Antarabangsa Pulau Pinang di Armenian Park.
Daripada kedengaran bunyi kuali berdesis hingga alunan muzik tradisional bergema di kawasan warisan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai, bersama Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying, telah hadir dan merasmikan acara berkenaan.
Hon Wai melihat festival itu menjadi pintu masuk kepada musim pelancongan emas Pulau Pinang.
Ini menandakan permulaan buat acara yang bakal menarik pengunjung dari seluruh Malaysia dan luar negara.
“Pada bulan November dan Disember, Pulau Pinang dipenuhi dengan semangat dan keriangan. Malam ini kita memulakan musim pelancongan hujung tahun dengan bahasa paling universal di dunia iaiatu makanan,” katanya.
Menyaksikan kemeriahan acara, taman tersebut dipenuhi dengan kemeriahan apabila pengunjung menikmati pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. Antaranya, asam laksa, char kuey teow, apam balik, takoyaki, ayam goreng Taiwan, burger dan dim sum halal.
Bukan sekadar menawarkan pengalaman gastronomi, festival tersebut turut menjadi pentas kebudayaan, menampilkan persembahan pertukaran topeng oleh Nicky Lim Quan Yee berusia tujuh tahun.

Suasana ketika di festival.
Ini termasuk persembahan muzik secara langsung yang bertenaga. Malah hiasan menarik dan sesuai untuk bergambar di media sosial turut dipertontontkan orang ramail, selain lebih daripada 50 peniaga makanan yang mengambil bahagian.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Wong Yuee Harng (Pengkalan Kota), Joseph Ng (Air Itam), Ong Ah Teong (Batu Lanchang), Teh Lai Heng (Komtar), Connie Tan (Seri Delima), tokoh veteran politik Tan Sri Lim Kit Siang, serta tetamu jemputan lain.
Sementara itu, pelancong dari United Kingdom, yang mahu dikenali sebagai Amelia, 19, berkata beliau seronok berjalan-jalan di sekitar taman sambil memilih hidangan yang ingin dicuba.
“Saya sudah berada di sini hampir sebulan dan makanan yang ada terutamanya makanan penjaja, memang luar biasa. Saya berharap saya boleh makan lebih banyak lagi,” ujarnya.
Sambutan ini sebenarnya telah bermula lebih awal di Taman Arkeologi Bandar Sia Boey yang terletak berdekatan, dengan tema hujung minggu “Kopi & Pencuci Mulut”.
Ia menambahkan sentuhan moden kepada festival makanan tradisional berkenaan.
Kemuncak acara ialah “Coffee Rave”, pesta di siang hari itu menawarkan pengunjung menikmati kopi artisan, dan pastri sambil berhibur dengan irama elektronik daripada deejay.
PIFF akan berlangsung selama tiga hujung minggu bulan ini, dengan setiap minggu akan menampilkan penerokaan unik terhadap kepelbagaian kulinari Pulau Pinang.
Menurut Hui Ying, hujung minggu ini akan menampilkan elemen inovasi dan keusahawanan melalui zon F&B Kreatif dan Dapur Langsung (Live Cooking).
Ia akan berlangsung di COEX @ Hin Bus Depot di Jalan Gurdwara serta Swettenham Pier Cruise Terminal di Weld Quay.
Beliau berkata, kemuncak festival itu akan berlaku pada 15 dan 16 November di Beach Street.
Restoran kafe, hotel, penjaja dan peniaga makanan jalanan akan bergabung dan membuat penampilan terbaik dalam dunia kulinari Pulau Pinang.
“Acara penutup ini akan menampilkan demonstrasi masakan oleh cef selebriti, sesi rasa interaktif, serta segmen penghargaan khas bagi menghargai penaja dan peserta festival,”jelasnya.
Jadi apa tunggu lagi, rancang perjalanan anda dan hala laluan dan destinasi anda bulan ini ke Pulau Pinang. — The Star/BERNARD SEE
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
