Rasa selamat jalan kaki-berbasikal dari PJ ke KL, Rangkaian Hijau bantu kurangkan 'konflik'


  • Nomad
  • Selasa, 04 Nov 2025

Penyelenggaraan dan penguatkuasaan yang baik juga ditekankan bagi melindungi infrastruktur mobiliti aktif sedia ada di ibu negara.

 

INISIATIF “Green Connector” (Rangkaian Hijau) yang sedang dikaji oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Ia bertujuan bagi meminimumkan konflik antara pejalan kaki, penunggang basikal dan pengguna jalan raya lain.

Pengayuh berbasikal, Gregers Reimann, menyatakan sokongannya terhadap usaha menjadikan bandar raya Kuala Lumpur lebih mesra pejalan kaki dan penunggang basikal.

Namun, dia juga menekankan cabaran utama ialah menyambungkan koridor hijau tersebut ke kawasan yang sering dikunjungi penduduk bandar.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Panduan rider ketika layan corner', pakar tekankan pentingnya hukum 'countersteering' berbanding 'tunduk udang'

BACA LAGI: Sekian lama 'bersembunyi', ulat teksi kembali bermaharajalela di sempadan Malaysia–Singapura guna modus operandi berbeza

Gregers Reimann.

“Saya cadangan laluan hijau yang menghubungkan Jalan Raja Laut ke Taman Tasik Titiwangsa untuk membolehkan pejalan kaki dan penunggang basikal menyeberangi Jalan Tun Razak dengan lebih selamat sekiranya laluan itu merangkumi kawasan tersebut.

“Satu lagi koridor hijau yang dicadangkan di pusat bandar ialah laluan yang menghubungkan Taman Botani Perdana, KLCC dan Tun Razak Exchange (TRX). ini akan menjadi tarikan hebat untuk pelancong jika ia dilaksanakan,” katanya.

Ini termasuk sebuah lagi koridor dicadangkan diwujudkan untuk menghubungkan Sentul ke pusat bandar Kuala Lumpur, supaya aktiviti berbasikal ke tempat kerja menjadi lebih praktikal.

Pada masa sama, Reimann turut menekankan keperluan rangkaian laluan basikal yang meliputi kawasan pinggir bandar Kuala Lumpur serta sambungan ke bandar-bandar lain, bagi menjadikan berbasikal satu pilihan yang lebih realistik dan selamat.

“Bayangkan berbasikal ke tempat kerja dari Petaling Jaya, Selangor, ke Kuala Lumpur hanya dalam masa 30 minit.

“Itu bukan mustahil, saya sendiri pernah melakukannya. Tetapi masalahnya, ia tidak selamat,” ujarnya.

Pengurus projek Bike Commute Malaysia (BCMY), Awatif Ghapar, pula berkata reka bentuk laluan mobiliti aktif seperti koridor hijau perlu memberi tumpuan kepada pengguna, bukan semata-mata kepada lokasi yang dihubungkan.

“Penting untuk kita bertanya sama ada laluan hijau ini benar-benar dapat menyokong perjalanan jarak pendek yang kini, banyak digunakan oleh pemandu kereta.

“Tiga koridor hijau yang dicadangkan di pusat bandar merupakan permulaan yang baik, tetapi belum cukup menyeluruh.

“Ketika mengenal pasti dan menghubungkan kawasan, penting untuk melihat perkara ini melangkaui lokasi tumpuan utama seperti kawasan komersial atau tarikan pelancong,” katanya.

Selain itu, penyelenggaraan dan penguatkuasaan yang baik juga ditekankan bagi melindungi infrastruktur mobiliti aktif sedia ada di bandar, seperti laluan pejalan kaki dan lorong basikal.

Laluan pejalan kaki di Kuala Lumpur sering dihalang oleh kenderaan dan peniaga tanpa lesen, menjadikannya ia tidak selamat dan menyusahkan pengguna lain.

“Penguatkuasaan yang tegas dan konsisten amat diperlukan supaya orang ramai termasuk mereka yang berjalan kaki, berbasikal, bersiar-siar atau menggunakan alat bantuan mobiliti diberi keutamaan,” jelasnya.

 

cyclists for issue about bicycle lane near the LRT station that has allegedly been blocked for their access. They claimed that the lane along Federal Highway was used to be for cyclists, but have been widely used by motorcycles and cyclists have been blocked to enter the lane since 9 years ago.(JULY 29 2025) — ART CHEN/The Star

Patrick Lee.

Patrick Lee, yang kerap berjalan kaki di sekitar Kuala Lumpur,menyifatkan idea koridor hijau adalah sesuatu yang menarik. Perkara yang lebih penting ialah menyediakan kemudahan pejalan kaki yang mencukupi di seluruh bandar.

“Selain daripada beberapa kawasan tumpuan pelancong, masih banyak bahagian di Kuala Lumpur yang tidak mesra pejalan kaki.

“Banyak laluan pejalan kaki di bandar ini kelihatan rosak, terlalu sempit atau tidak dihubungkan dengan baik.

“Jika pihak berkuasa benar-benar serius tentang pelaksanaan koridor hijau, mereka perlu memastikan laluan pejalan kaki disediakan di setiap jalan utama.

“Laluan ini juga mestilah saling berhubung antara satu sama lain, dan pejalan kaki mesti dapat melintas jalan dengan selamat,” ujarnya. — The Star/LEW GUAN XI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram