'Berkepit macam belangkas', antara peribahasa dan tarikan pelancongan eksotik di Johor


  • Nomad
  • Khamis, 06 Nov 2025

Penyediaan belangkas mudah, asalkan tahu langkah pentingnya sebelum memasaknya.

 

 

PERNAH dianggap tidak bernilai bah ada di antara kita yang tidak tahu pun akan kewujudan sejenis haiwan laut purba yang dipanggil belangkas.

Jika ada pun ramai yang cuma tahu mengenai peribahasa 'berkepit macam belangkas' yang membawa maksud betapa akrabnya perhubungan seseorang.

Makanan laut itu kini ini menjadi hidangan eksotik yang digemari di Johor, seterusnya menarik pengunjung dari seluruh Malaysia dan juga luar negara untuk datang ke negeri tersebut.

Pemilik restoran, Mohd Khair Abdul Hamid, antara segelintir individu yang menyajikan haiwan artropod itu berkata, ramai pelanggan pada awalnya ragu-ragu untuk mencuba kerana bimbang risiko keracunan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Panduan rider ketika layan corner', pakar tekankan pentingnya hukum 'countersteering' berbanding 'tunduk udang'

BACA LAGI: Sekian 'Sakit lutut sudah haus?', amalkan senaman aerobik seperti berjalan, berbasikal atau berenang

 

 

Horseshoe crab restaurant owner Mohd Khair Abdul Hamid, 52, showing sambal horseshoe crab, one of the two most popular dishes at his restaurant. — THOMAS YONG/The Star

Mohd Khair dengan sambal belangkas di restorannya di Kota Tinggi.

“Pada mulanya, ramai yang takut nak cuba. Mereka akan tanya saya atau staf bahagian mana yang selamat dimakan, dan kami akan tunjukkan. Tapi bila dah rasa, kebanyakan mereka kata rasanya sedap dan tak sama dengan makanan laut lain.

“Isinya manis manakala telurnya pula berlemak dan lebih kaya daripada isi ketam biasa,” katanya yang membuka restoran di Kota Tinggi.

Menurutnya, belangkas yang ditangkap di perairan Johor kini menjadi hidangan eksotik mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Malah, orang ramai mula memakan belangkas sekitar dua dekad lalu, dan minat terhadapnya semakin meningkat kerana rasanya yang unik.

“Dulu orang tak makan sebab tak tahu belangkas ini sebenarnya sedap. Tapi sekarang semua orang mencarinya dan hampir setiap hari ada pelancong datang,” ujarnya yang memaklumkan kebanyakan pelanggan membuat tempahan awal untuk menikmati hidangan itu.

Antara pelanggan luar negara yang diterima olehnya ialah pengunjung dari Singapura, Jepun dan Batam, Indonesia.

“Bila mereka dah cuba sekali, pasti nak makan lagi,” maklumnya.

 

 

In addition to sambal horseshoe crab, the restaurant also serves a coconut milk (masak lemak) version for its customers. — THOMAS YONG/The Star

Belangkas masak lemak.

Walaupun belangkas adalah haiwan bermusim, restoran Mohd Khair tidak pernah kehabisan stok kerana beliau mendapat bekalan terus daripada nelayan tempatan, terutamanya dari kawasan Sedili dan Mersing.

“Kalau bekalan banyak, saya akan ambil setiap dua hari daripada nelayan. Secara purata, kami masak kira-kira 40 ekor sehari, tapi bila cuti umum, jumlahnya boleh mencecah 70 hingga 80 ekor.

“Ada juga kumpulan besar yang datang sehingga 100 orang,” jelasnya.

Mohd Khair turut berkongsi bahawa penyediaan belangkas sebenarnya mudah, asalkan tahu langkah pentingnya.

“Kena tahu cara membersihkan dan buang bahagian hempedu. Kalau tak dibersihkan betul-betul, boleh menyebabkan pening malah boleh membawa maut.

“Tapi kalau dibuat dengan betul, ia memang selamat dimakan,” jelasnya.

Untuk menghilangkan bau hanyir, Mohd Khair akan membasuh belangkas menggunakan air garam dan air basuhan beras.

Proses memasak atau memanggangnya pula mengambil masa kira-kira sejam.

“Memanggang lebih rumit kerana memerlukan perhatian lebih, api perlu dilaras dan isi perlu diterbalikkan selalu supaya masak sekata.

“Hidangan yang dimasak bersama kuah pula lebih mudah disediakan,” terangnya.

Beliau turut berkongsi petua untuk minum air kelapa sekiranya terasa pening selepas makan belangkas.

“Jangan minum kopi hitam atau makan tembikai dalam tempoh dua jam pertama itu pantang,” katanya sambil tersenyum.

Menurutnya, belangkas boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti sambal, masak lemak, rendang atau tom yam.

Restorannya merupakan antara yang terawal di Malaysia yang memperkenalkan hidangan belangkas sebagai menu istimewa kira-kira 25 tahun lalu.

Menu tersebut juga hasil legasi arwah bapanya dan kedai makan itu pada asalnya hanyalah sebuah gerai kecil.

Namun, selepas banjir besar pada tahun 2006, mereka berpindah kira-kira 100 meter ke ruang yang lebih besar di Jalan Tun Sri Lanang.

Restorannya baru-baru ini menerima Sijil Pengiktirafan “Restoran Terbaik di Johor” sempena Majestic Johor Food Awards 2025 anjuran Tourism Johor pada bulan Februari lalu.

Namun begitu, menjelang Visit Johor 2026 tahun depan, Mohd Khair meluahkan bahawa dia masih belum ada inisiatif daripada kerajaan negeri untuk mempromosikan belangkas sebagai produk pelancongan.

Beliau berharap lebih ramai usahawan tempatan akan mencuba menyajikan hidangan belangkas supaya lebih ramai dapat menikmatinya.

 

 

Breakfast seller Maryati Ibrahim, 46.

Maryati Ibrahim.

Sementara itu, Maryati Ibrahim, pengusaha gerai sarapan pagi di Taman Perling, berpendapat bahawa belangkas wajar diangkat sebagai sebahagian daripada warisan kulinari Johor.

“Ia sesuatu yang patut kita perkenalkan kepada pelancong kerana keunikannya dan mencerminkan budaya masyarakat pesisir Johor,” katanya.

Maryati mengimbas kenangan ketika pertama kali merasai hidangan belangkas yang disediakan oleh abang iparnya di Batu Pahat.

“Pada mulanya, dia juga takut untuk makan sebab rupanya menakutkan, akan tetapi selepasa merasainya, terus jatuh cinta.

Kini, beliau sering menyediakan masak lemak cili padi atau rendang belangkas di rumah.

“Saya suka sangat telur dan isi belangkas,” katanya

Retail assistant Mohamad Dary Irsyad, 25. — THOMAS YONG/The Star

Mohamad Dary menunjukkan belangkas masak sambal.

Pembantu jualan, Mohamad Dary Irsyad, pula sudah menyukai hidangan belangkas sejak berusia sembilan tahun.

Katanya, pengalaman pertama menikmati belangkas ketika di rumah datuk dan neneknya di Kampung Bakar Batu, Taman Perling.

“Nenek saya akan memanggang belangkas segar yang dibawa pulang oleh datuk saya yang merupakan seorang nelayan.

“Saya memang alah pada ketam sejak kecil, tapi peliknya saya langsung tidak ada masalah bila makan belangkas,” ujarnya.

Beliau menambah, kunjungan ke restoran Mohd Khair baru-baru ini merupakan kali pertamanya menikmati hidangan belangkas dimasak sambal, selepas bertahun-tahun hanya memakannya secara panggang.

“Rasanya lemak dan sedikit manis. Isi pada kakinya serupa dengan ketam, tapi lebih liat dan manis.

“Cuma, saya lebih suka yang dipanggang sebab rasanya lebih asli dan beraroma asap,” katanya.

Mohamad Dary turut berkongsi bahawa beliau tidak pernah berasa pening selepas makan belangkas kerana hanya makan bahagian telur dan isi kaki, seperti yang diajar oleh neneknya.

“Orang tak perlu takut untuk cuba. Cukup rasa satu telur dulu, saya jamin pasti mereka akan suka,” katanya sambil menambah bahawa hidangan belangkas juga berpotensi menarik minat pelancong. — The Star/MYSARA FAUZI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

 

 

Belangkas, Johor, pelancongan, makan laut, eksotik