SeaShorts: Teater Orang Asli, wayang kulit Tamil dijangka curi tumpuan, lambang kebudayaan Malaysia


  • Massa
  • Isnin, 13 Okt 2025

Persembahan wayang kulit dengan dialog Tamil antara yang mencuri tumpuan sepanjang SeaShorts.

LUAR biasa dan cukup kreatif apabila seni wayang kulit dimainkan dalam bentuk dialog Tamil sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ia boleh disaksikan di SeaShorts Film Festival 2025 bakal berlangsung bermula 16 hingga 19 Oktober di GSC Lalaport BBCC dan YWCA Kuala Lumpur, yang akan membuka mata anda dengan pengalaman sinematik merentas budaya Asia Tenggara.

Antara acara utama ialah teater Chemor Mai Pasak (Ruai) atau The Legend Of The Elders (Spirit) oleh belia Orang Asli Semai dari Bota, Perak, diarahkan oleh Ayam Fared dan Fairuz Sulaiman.

BACA LAGI: Usia emas masih sesuai hasilkan karya muzik, mampu bantu tajamkan fikiran

BACA LAGI: [VIDEO] Tak kisah bayar RM1 janji pantai Sipitang bersih, nama Terengganu juga dipetik miliki kualiti sama walaupun percuma

 

 

Festival program Beyond Indian Shores dengan tayangan filem-filem Tamil dari Malaysia dan Sri Lanka.

Persembahan tersebut akan menyaksikan 13 remaja yang mengolah persembahan dan mereka turut menyertai perarakan boneka Awas Mawas! serta pameran di GMBB dan Ilham Gallery.

Festival ini juga menampilkan program Beyond Indian Shores dengan tayangan filem-filem Tamil dari Malaysia dan Sri Lanka, dikurasi oleh Gogularaajan Rajendra dan Lena Srinivasan.

Turut menjadi tumpuan, dokumentari Araro Ariraro yang akan menghidupkan semula lagu rakyat Tamil.

Segmen baharu, Nusantara Focus pula akan mempersembahkan filem dari pelbagai wilayah Indonesia hasil kerjasama dengan Eagle Institute Indonesia.

Buat mereka tidak pernah lagi merasai pengalaman seperti ini, ia umpama pengumpulan dan kepelbagaian seni budaya yang mungkin tidak pernah terjangkau di akal fikiran.

“Melalui Celahan”

Sepanjang tahun, festival SeaShorts Film Festival yang kini memasuki edisi kesembilan telah menjadi lambang atau salah satu platform paling yang kuat dalam industri filem khususnya filem pendek.

Ia mengumpulkan pembikin filem baharu yang berani, profesional dan berpengalaman.

Sudah seperti perayaan empat hari buat seni filem pendek yang cukup memberi inspirasi.

Tema festival tahun ini, “Through The Cracks” (Melalui Celahan), mencerminkan perubahan landskap budaya dan sosial.

“Tahun ini sekali lagi kami menerima begitu banyak penyertaan, dengan ratusan filem pendek dihantar.

Menjelang ulang tahun ke-10, kami teruja untuk meneroka dialog budaya merentasi sempadan dan bentuk seni yang berasaskan filem,” kata pengarah festival dan pembikin filem berpengalaman, Dain Said.

Dengan penyertaan 703 daripada 11 negara Asean, sebanyak 40 filem telah dipilih untuk bersaing dalam tiga kategori utama iaitu SeaShorts Competition, Malaysian Open Competition, dan Malaysian Student Competition.

Jumlah tersebut menjadi penyertaan terkuat festival setakat ini dengan jumlah tertinggi datang dari Indonesia dan Filipina.

Panel juri bagi pertandingan utama SeaShorts Competition terdiri daripada tokoh seni dan perfileman Asia Tenggara, antaranya Jo Kukathas (Malaysia), Sofia Setyorini (Indonesia), Vess Chua (Singapura), dan Yustinus Kristianto (Indonesia).

 

Gogularaajan ialah salah seorang kurator Beyond Indian Shores.

Di peringkat tempatan, Malaysian Open Competition pula menampilkan 15 karya pembikin filem tempatan bersama filem yang mempersembahkan kepelbagaian suara, kisah dan gaya sinematik negara.

Pengarah program, Eddy Tan, berkata, tema Through The Cracks ini tidak tercipta dengan mudah tetapi ia sudah menjadi keperluan terus berubah secara politik, ekonomi, dan moral.

“Daripada isu penapisan kepada penyusutan ruang berkarya, keseragaman budaya akibat algoritma kepada peralihan kuasa ke arah kanan, landskap ini terasa semakin tertutup.

“Namun, perfileman ini menemukan jalan untuk meresap dan merentasi sempadan tersebut,” katany Tan.

Dewan yang Penuh Kesibukan di Hadapan

Selain bahagian pertandingan utama, festival ini juga turut mengadakan enam program khas lain yang menarik. Berikut adalah pecahan program yang anda boleh singgah dan alami pengalaman sendiri:

1. Shorts+ & Beyond Indian Shores: Suara Wanita dan Filem Tamil Kontemporari

Program Shorts+ meraikan karya pengarah dan jurukamera wanita dari seluruh Asia Tenggara, manakala Beyond Indian Shores pula menonjolkan filem pendek Tamil kontemporari yang segar dan penuh makna budaya.

2. Heatseeker Malaysia & Japan: Bakat Pelajar dari Dua Negara

Heatseeker Malaysia dianjurkan bagi memperkenalkan dan menaikkan pelapis pembikin filem pelajar tempatan yang bekerja sama dengan pelajar dari Japun hasil daripada pembentukan The Japan Foundation Kuala Lumpur.

3. JAFF Picks & Aktiviti Interaktif: Lebih Daripada Sekadar Tayangan

Program JAFF Picks, anjuran bersama Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF), memberi tumpuan kepada pembikin filem Asia.

Selain tayangan, acara turut menawarkan forum, bengkel, dan kelas induk (masterclass) bagi mendalami pengalaman sinematik peserta.

4. Actor’s Roundtable: Breaking Barriers in Malaysian Cinema

Sesi istimewa ini menghimpunkan pelakon terkenal seperti Amanda Ang, Susan Lankester, Fatimah Abu Bakar, Yuyun Hikmah, dan Sharifah Amani.

Tetamu itu akan berkongsi pandangan tentang seni lakonan dan cabaran yang ditempuhi sepanjang kerjayanya dalam industri.

5. Sun-J Perumal: Malaysian Tamil Narrative, Nusantara Nuance

Diterajui oleh pengarah berbakat Shanjey Perumal, pencipta filem yang sedang hangat di sebut-sebut iaitu Jagat dan Macai (akan ditayangkan November ini) akan mengupas gaya puitis dan langkah beraninya dalam setiap filem pendek yang dicipta.

6. Producer-Director & Masterclass: Di Sebalik Tabir Dunia Filem

Producer-Director Roundtable: Beyond Collaboration mempertemukan Tan Cher Kian dan Putri Purnama Sugua, pembikin Di Sini Aku (2019) yang akan bersoal jawab tentang dinamik industri dan kerjasama kreatif dan perfileman.

Maka, buat mereka yang ingin mengetahui dan menerokai dunia perfileman, festival SeaShorts Film 2025 bukan sekadar tayangan. Ia akan membuka mata anda betapa besarnya dunia indiustri filem tempatan dan luar negara.— The Star/DARYL GOH

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram