PENGEMBARA tegar pastinya memerlukan set pakaian yang mencukupi, apatah lagi jika kembara mereka memakan masa yang panjang.
Namun, mengembara dan melancong menjadi konsep perjalanan yang cukup berbeza dan pastinya masalah untuk membersihkan baju yang telah digunakan amat mencabar.
Buat pengembara, kebiasaanya baju yang sudah dipakai akan dikumpul atau disimpan dahulu di dalam bang dan tidak dicuci serta-merta. Kemudian pastinya akan menimbulkan satu masalah iaitu pakaian berbau.
BACA LAGI: Tradisi cop poskad dan setem, 'cara lama' dilupa jangan setiap kali ke tempat orang
Jadi, terdapat beberapa kaedah bagaimana untuk mengatasi atau mengurangkan tekanan terhadap masalah tersebut.
Malah, kini sudah terdapat produk pelancongan popular yang direka khas untuk tujuan itu.
Benar anda boleh mencari atau menggunakan perkhidmatan dobi di tempat penginapan, tetapi ia tidak selalu tersedia atau harganya agak tak berpatutan.
Rosak suasana percutian kan? Apatah lagi jika anda membawa baju kotor dan berbau tersebut, berpindah randah dari satu hotel ke hotel lain atau rumah percutian yang berbeza.
Maka, dikongsikan kepada anda lima petua atau tips bagaimana untuk memastikan pakaian dan beg anda kekal segar jika mempunyai baju kotor di dalamnya sehingga anda pulang ke rumah.

Gunakan titisan minyak pati ke dalam beg
Melainkan anda melancong selama berbulan-bulan, masalah pakaian berbau sebenarnya hanyalah masalah kontemporari.
Dapat memakai semula baju yang sudai dipakai dengan menghilangkan bau busuk sudah cukup memadai sehingga anda berpeluang membasuh semua pakaian dengan sempurna.
Salah satu cara terpantas dan paling berkesan untuk menyamarkan bau yang tidak menyenangkan ialah dengan menggunakan minyak pati seperti eucalyptus, tea tree, lavender, atau serai.
Hanya menggunakan beberapa titis saja sudah mencukupi. Tidak disyorkan untuk membawa botol besar ekrana dikhuatiri disekat oleh pihak keselamatan (TSA).
Satu lagi kelebihan yang tidak dijangka ialah minyak pati juga boleh menghalau serangga atau kutu kecil, sebab itulah ramai pelancong disarankan tidak meletakkan beg di atas lantai.

Gunakan penyembur penghapus bau fabrik
Bercakap tentang semburan yang boleh mengurangkan atau menghapuskan bau busuk atau hapak pada pakaian, Febreze mungkin jenama yang paling dikenali.
Namun, terdapat juga pilihan lain seperti Tide Antibacterial Fabric Spray, Sweat X, dan Funk Away yang direka untuk memerangkap dan menyingkirkan unsur bau tersebut.
Bukannya sekadar menutup bau seperti minyak pati, pilihan penyembur itu amat sesuai buat mereka yang melancong dalam tempoh yang lama.
Tambahan pula, jika anda membawa pewangi berbentuk botol, sekatan TSA dan saiz bagasi yang dibawa di dalam kapal terbang mungkin tidak begitu praktikal.
Alternatif seperti ini kebanyakan berkonsepkan semburan kering lembaran yang menyerap bau dan mampu memberikan kesan bau baju kotor sekata dengan baju baharu di dalam bag.

Gantung pakaian di bawah matahari
Klasiknya, satu-satu cara untuk mengeringkan pakaian adalah dengan menggantungnya di bawah sinar matahari selama beberapa jam.
Walaupun kini pengering moden telah menjadikan kaedah ini kurang diperlukan, ia masih praktikal bagi mereka yang bercuti lama.
Balkoni hotel, tingkap besar di rumah sewa percutian, atau tingkap yang boleh dibuka boleh digunakan untuk menggantung pakaian jika tiada tempat khas.
Tambah menarik, menggantung pakaian di luar bukan sahaja mengeringkannya, malah menjadikannya lebih wangi sama ada pakaian kotor atau bersih.
Menurut kajian, gabungan udara segar dan cahaya matahari memberikan aroma yang lebih menyenangkan pada pakaian berbanding pakaian yang dikeringkan menggunakan mesin.
Cuma pastikan ketika ia digantung di bawah cahaya matahari, tiada risiko pakaian terbang ditiup angin atau dicuri.

Basuh baju guna tangan jika perlu
Bagi kebanyakan pengembara, pakaian kotor semasa bercuti tidak jauh bezanya dengan pakaian kotor di rumah bahkan tidak lari juga daripada beg pakaian kotor.
Namun, tidak semua perjalanan adalah sama, dan ada kalanya pakaian anda memerlukan lebih daripada sekadar minyak pati atau jemuran di luar rumah.
Sebagai contoh, jika anda melakukan aktiviti luar yang lasak seperti mendaki, berbasikal, atau bersukan atau melancong di negara dengan perubahan cuaca yang ketara seperti panas kering kepada panas lembab.
Pakaian anda pasti akan berbau lebih kuat daripada biasa. Dalam situasi sebegini, basuhan menggunakan tangan mungkin pilihan terbaik.
Kebanyakan pakaian moden tahan dicuci dengan bilasan air sejuk, dan sabun biasa sudah memadai.
Tetapi bagaimana jika muatannya terlalu kecil seperti di hotel atau asrama? Dalam situasi tersebut, anda boleh mempertimbangkan untuk mandi bersama pakaian anda di dalam tandas.
Jika benar-benar tiada pilihan lain, gunakan saja perkhidmatan kedai dobi layan diri berdekatan.

Gunakan seterika pakaian mudah alih
Apabila melihat senarai barang ketika hendak melancong, pastinya anda mahu keselesaan dan suasana yang seronok serta tidak memeningkan kepala ketika dalam perjalanan.
Jadi, pakaian yang bersih dan segar semasa bercuti pasti menjadi salah satu faktor pentingkan? Masukkan seterika mudah alih seperti Nori Press di dalam senarai keperluan anda.
Alat itu mudah dan berguna kerana anda tidak memerlukan papan seterika, dan anda boleh menggunakannya bersama penyegar fabrik bagi memastikan pakaian berbau wangi dan kemas.
Malah ia boleh menghilangkan kedutan pada pakaian bersih dengan segera sebelum anda keluar untuk bersiar-siar.
Paling terbaik, anda gosok seterika tersebut awal-awal pada setiap helai pakaian, kemudian biarkan ia kering sebelum disimpan dengan padat dalam beg pakaian kotor secara berasingan.
Anda juga boleh menggunakan beg vakum untuk menjimatkan ruang dan mengelakkan bau baju kotor tersebar.
Bagaimanapun, bungkusan tersebut lebih sesuai digunakan pada akhir perjalanan, supaya anda tidak perlu membuka dan menutup semula beg berulang kali.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
