
SATU perkara yang anda perlu sentiasa ingat dan bawanya ke mana-mana saat ketika melancong atau menjelajah ke negara orang adalah pasport.
Ini kerana dokumen tersebut akan menyematkan kira daripada ditahan atau didakwa sebagai pendatang asing tanpa izin.
Bercerita mengenai jelajah, seorang pengembara bernama Claire Gallam dari Amerika Syarikat (AS) berkongsi pengalaman pahit ketika menghadapi perjalanan selama 17 jam untuk ke Indonesia baru-baru ini apabila dia melakukan sedikit kesilapan berkaitan dengan pasport miliknya.
BACA LAGI: Tradisi cop poskad dan setem, 'cara lama' dilupa jangan setiap kali ke tempat orang
BACA LAGI: Malaysia muncul antara destinasi pelancongan solo terbaik 2025
“Saya tidak dibenarkan masuk ke negara itu kerana pasport saya tidak mempunyai lebihan muka surat sekurang-kurangnya dua muka surat yang kosong.
“Kini, saya sentiasa menyemak keperluan kemasukan jauh lebih awal dan saya menggunakan pasport bersaiz besar dengan 52 muka surat,” katanya.
Percutian Gallam di Bali, Indonesia terbatail akibat tiada muka surat kosong di pasport.
Menurutnya, perjalanan yang memakan masa 17 jam di udara sebelum memulakan pelayarannya selama 10 hari merentasi Asia atas urusan kerja menjadi dirinya terlalu letih ditambah lagi dengan jet lag.
“Ketika mula penerbangan, saya sudah bersedia untuk menikmati beberapa hari di sana sambil bersantai di lautan, sambil minum dan makan kaviar.
”Jadi, saya agak terkejut apabila selepas mendarat, saya ditahan oleh pegawai imigresen di Indonesia dan dibawa keluar dari kawasan ketibaan ke sebuah bilik kecil tanpa tingkap,” ujarnya.
Bermula di situ, Gallam baharu sedar dia sudah melakukan kesilapan yang kecil namun amat mustahak ketika menjelajah di luar negara.
“Untuk memasuki Indonesia, pasport saya perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua muka surat kosong.
“Selepas beberapa jam menunggu dengan penuh kegelisahan untuk mendapatkan jawapan, saya diberitahu bahawa saya ditahan kerana pasport saya tidak mempunyai ruang kosong yang mencukupi,” terangnya.
Seperti beberapa negara lain, Indonesia memerlukan sekurang-kurangnya dua muka surat kosong dalam pasport bagi tujuan kemasukan.
Pengembara tegar Claire Gallam.
Bagaimana pun, sebagai seorang pengembara tegar yang telah melancong ke lebih 70 buah negara, sudah pasti pasportnya akan dipenuhi dengan cop serta visa sama seperti pengembara lain.
“Tiada satu pun muka surat kosong yang tinggal bermakna tiada ruang untuk cop baharu dan saya tidak dapat memasuki negara itu,” jelasnya.
Maka, keputusan yang dibuat ketika itu, Gallam terpaksa dihantar pulang semula ke rumah dan keadaan tersebut menyebabkan dirinya panik.
“Tanpa bajet perjalanan yang mencukupi, saya dengan panik menghubungi seorang rakan yang berjaga sepanjang malam membantu saya membeli tiket dengan harga yang mahal pulang ke rumah pada saat akhir, pada hari yang sama,” ujarnya
Dari situ, saya menghabiskan beberapa jam lagi duduk di lantai terminal lapangan terbang sambil menunggu penerbangan selama 15 jam untuk kembali ke Amerika Syarikat.
Pengajaran di sini, dia mengingatkan dirinya dan orang lain untuk sentiasa menyemak keperluan pasport sebelum meninggalkan negara.
“Walaupun kisah saya menarik untuk diceritakan ketika makan malam, saya tidak ingin melalui pengalaman itu lagi.
“Lagipun, saya terlepas pelayaran saya dan terpaksa membayar ribuan dolar untuk membetulkan kesilapan tersebut,” katanya yang terpaksa menanggung kerugian.
Jadi, buat mereka yang ingin ke luar negara, pastikan anda menyemak keperluan muka surat kosong sesebuah negara, semudah menggunakan google saja sudah boleh semak perkara tersebut sebelum sebelum ke lapangan terbang.
“Jika saya melakukan penyelidikan ini lebih awal, pastinya saya boleh mengelak daripada kekecohan yang begitu menegangkan di Bali,” luahnya.
Selain itu, Gallam turut memperbaharui pasportnya dengan memilih versi yang lebih besar yang memiliki 52 muka surat berbanding pilihan standard 26 muka surat saja.
Jadi ia lebih mudah dan memberi ketenangan dalam fikiran dan tidak perlu lagi tergesa-gesa mencari muka surat kosong untuk dicop.
“Kini, saya gembira untuk mengatakan bahawa pasport saya sentiasa mempunyai ruang yang cukup untuk satu, dua, atau tiga cop baharu.
“Saya berjaya kembali ke Bali bukan sekali, tetapi tiga kali selepas pengalaman itu. Malah, ia kini menjadi salah satu destinasi kegemaran saya untuk dilawati. Saya cuma pastikan muka surat pasport saya kosong sebelum berangkat ke sana,” kongsinya.
Buat makluman, ketiadaan muka surat kosong dan kisah yang dikongsikan ini adalah sebuah undang-undang dan peraturan yang dipraktikkan di banyak negara.
Ini kerana atas faktor dikhuatiri tiada ruang untuk cap masuk dan keluar oleh imigresen termasuk ruang untuk pelekat visa.
Kemudian ia juga melanggar syarat antarabangsa (ICAO) yang wajibkan sekurang-kurangnya satu atau dua muka surat kosong.
Jika perkara ini berlaku, tindakan anda di hantar pulang ke negara asal boleh dilakukan.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram