[VIDEO] Tak kisah bayar RM1 janji pantai Sipitang bersih, nama Terengganu juga dipetik miliki kualiti sama walaupun percuma


  • Nomad
  • Khamis, 09 Okt 2025

Rata-rata warganet bersetuju dengan caj yang dikenakan pemilik kawasan itu.

UNIK dan mungkin juga boleh dipraktikkan di setiap pulau di Malaysia untuk menyediakan bekas atau peti pos untuk pengunjung masuk menikmati keindahan pulau dengan harga yang rendah atau seikhlas hati.

Seperti video yang dikongsikan di Facebook Abdullah Alif Dahlan, terpampang satu papan tanda besar yang menyatakan harga masuk ke kawasan yang dipercayai di Sipitang, Sabah.

“Sila masukkan RM1.00 seorang apabila masuk ke taman ini, TQ,” tertulis nota di papan tanda berkenaan yang dipercayai dibuat oleh pemilik kawasan persendirian.

BACA LAGI: Tradisi cop poskad dan setem, 'cara lama' dilupa jangan setiap kali ke tempat orang

BACA LAGI: Malaysia muncul antara destinasi pelancongan solo terbaik 2025

Pantai Sipitang, Sabah.

Malaysia memiliki banyak pulau peranginan yang cantik dan terbuka kepada sesiapa saja yang ingin bersantai menikmati keindahan laut seperti di Terengganu, Johor, Kedah dan banyak lagi.

Namun, jika diteliti betul-betul masih ada sesetengah pantai yang kotor disebabkan sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Jadi inisiatif RM1.00 yang dilaksanakan di pantai Sepitang itu dilihat sebagai usaha yang bagus untuk pengunjung tidak membuang sampah merata-rata.

Malah dikatakan ia sebagai sumbangan kepada kawasan tersebut untuk digunakan sebagai upah atau mencantikkan kawasan pantai tersebut. Turut kelihatan tersedia meja, buaian dan beberapa lagi kemudahan serta fasiliti disediakan di situ.

 

Salah seorang warga net yang bersetuju dengan tindakan pembayaram RM1.00.

 

Rata-rata warganet bertanyakan lokasi tersebut dan ramai yang bersetuju dengan langkah yang dibuat pemilik tanah di pantai tersebut.

“Sini ini memang cantik dan bersih sebab ada penjaga yang betul-betul menjaganya. Kalau tidak silap, sebelum masuk ke arah pantai, tanah tu adalah milik persendirian.

“Jadi wajarlah kalau pemilik dia buat bayaran. Nanti kalau tiada bayaran lepas tu orang suka-suka saja buang sampah, kemudian rumah-rumah berdekatan yang kena, nampak buruk,” kata seorang pengguna media sosial di ruangan komen.

 

 

Tangkap layar diruangan komen yang mempersoalkan tentang bayaran yang dikenakan.

Namun, terdapat juga pertikaian daripada pengguna media sosial lain yang menyatakan pantai di Malaysia tidak perlu bayar (merujuk kepada pantai awam dan bukan hak milik persendirian).

 

“Tak perlu bayaran pantai di Malaysia. Masyarakat perlu ada sifat dan adab jaga kebersihan. Jangan pentingkan diri sendiri, jangan jadi pengotor di tempat awam,” luah seorang pengguna di ruangan komen.

“Pantai di Terengganu percuma je tapi bersih. Nanti boleh ajak Anna Jue datang ke Terengganu. Negeri bahagia. Pulau di Sabah cantik dengan pasir putih bersih,” ujar pendapat seorang pengguna media sosial.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram