Lupakan padang pasir, Arab Saudi kini kuasa baharu sukan dunia


  • Nomad
  • Rabu, 08 Okt 2025

Negara tersebut juga sedang membuat pelaburan yang besar untuk masa depan sukan dengan membina stadium baharu, memperkasakan wanita dan belia.

ARAB Saudi kini sedang membina sebuah nama yang besar dalam langkah mereka membina dan mentakrif semula makna sebenar destinasi sukan.

Dengan kalendar yang menjadi penantian masyarakat seluruh dunia daripada e-sukan dan bola sepak hingga perlumbaan motor serta pengembaraan Laut Merah, negara tersebut menjadi lokasi pilihan buat setiap jenis peminat dunia sukan.

Industri sukan di Arab Saudi menyatukan manusia dari seluruh dunia daripada peminat, atlet, keluarga, dan juga mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sini, semuanya berkongsi satu perkara iaitu semangat dan minat terhadap sukan.

BACA LAGI:Panorama matahari terbenam memukau, Bukit Kokol miliki 'aset' unik antara laut dan langit

BACA LAGI:Remaja obses bina badan cenderung alami kesunyian — Pakar

Negara tersebut juga sedang membuat pelaburan yang besar untuk masa depan sukan dengan membina stadium baharu, memperkasakan wanita dan belia serta menggabungkan warisan dan inovasi dengan cara yang tiada tandingan.

Ini termasuk kafe yang dibuka hingga larut malam, tapak bersejarah dan stadium moden, semuanya disatukan oleh hospitaliti mesra dan budaya tempatan yang meriah.

Jadi, buat mereka yang tertanya-tanya apakah sebabnya anda perlu datang melancong ke Arab Saudi selain daripada melakukan ibadah di sana?

Berikut sebab Arab Saudi perlu berada dalam senarai destinasi pelancongan anda.

1. Piala Dunia E-Sukan

Selamat datang ke acara permainan dalam talian terbesar di dunia, Piala Dunia E-Sukan 2025. Diadakan di Boulevard Riyadh City dari Julai hingga Ogos baru-baru ini, acara tersebut bukan kejohanan biasa-biasa. Ia dipilih sebagai Olimpik e-sukan yang menampilkan lebih 25 permainan utama di dunia.

Bahkan, pasukan elit dari pelbagai negara, dan jumlah hadiah mencecah AS$70 juta (RM295 juta) ditawarkan kepada peserta yang merangkul kemenangan juara.

Bukan sekadar tentang permainan saja, acara tersebut turut mengadakan festival yang luar biasa seperti perarakan cosplay, zon realiti maya (VR) yang mengasyikkan termasuk konsert langsung yang menjadikan sebuah arena yang lengkap.

Bayangkan gabungan bintang muzik, acara permainan terbesar dunia dan pertarungan musim panas, memang cukup luar biasa. Buat yang tidak tahu, bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo ialah duta rasmi acara tersebut.

2. Cristiano Ronaldo

Ketika Cristiano Ronaldo (CR) berkata ‘ya’ kepada Arab Saudi, anda pastinya tahu sesuatu yang besar sedang berlaku.

Bintang dunia bola sepak itu bukan sekadar datang untuk bermain bola sepak, CR telah membentuk masa depan negara tersebut.

Sebagai wajah rasmi Al-Nassr FC dan Piala Dunia E-Sukan, Ronaldo menunjukkan kepada dunia bahawa Arab Saudi kini menjadi pentas global baharu untuk dunia sukan.

Malahan dari UFC Fight Night, Diriyah Tennis Cup iaitu pertarungan tinju mega, hingga Saudi Cup perlumbaan kuda paling mahal di dunia, kalendar sukan Arab Saudi untuk tahun 2025 sudah pun mencipta fenomena dan gaya yang tersendiri.

Kesemua acara tersebut telah menjadikan Arab Saudi destinasi utama untuk kejohanan sukan bertaraf dunia sepanjang tahun.

Begitu juga dengan WWE, John Cena pernah beraksi berdepan CM Punk sebagai acara utama WWE Night of Champions pada 28 Jun lepas di Kingdom Arena.

Ini termasuk pusingan akhir King & Queen of the Ring yang menampilkan Randy Orton, Alexa Bliss, AJ Styles, dan Asuka. Yang bertarung merebut gelran juara.

Dalam kiraan detik menuju Piala Dunia FIFA 2034 seluruh dunia kini memerhati perkembangan Arab Saudi yang sudah bersedia untuk mencipta sejarah.

3. Sukan lasak

Negara ini juga kini telah menjadi pusat utama bagi pelbagai acara sukan daripada warisan tradisional hinggalah ke persembahan bertaraf tinggi.

Saksikan pemain profesional e-sukan berentap di arena digital pada satu bulan, kemudian menuju ke AlUla untuk acara berasaskan warisan seperti perlumbaan unta atau polo.

Ini termasuk kelajuan di Grand Prix Formula 1 Jeddah yang memperlihatkan pecutan kereta terpantas di dunia untuk memecut di tanah Arab Saudi

Salah satu acara paling digemari peminat adalah Jelajah Diriyah, tempat di mana sejarah dan kemodenan bersatu dengan acara tenis, tinju, dan banyak lagi.

Malah, acara seperti Rali Dakar dan Perlumbaan Berbasikal AlUla Tour turut menyerlahkan bahawa setiap pelusuk Arab Saudi kini sudah bersedia untuk sukan lumba lasak seperti itu.

4. Lebih daripada sekadar sukan, ‘vibe’ Arab Saudi luar biasa

Di antara semua aksi sukan, anda akan berjalan melalui laluan yang sibuk, menikmati kopi berperisa saffron, menari mengikut muzik secara langsung di dataran terbuka, atau menikmati angin malam yang sejuk di AlUla sambil bintang-bintang menerangi langit padang pasir.

Anda akan bertemu peminat atau bintang sukan dari seluruh dunia, berbual dengan penduduk tempatan yang ramah dan penuh cerita, serta menerokai bandar-bandar yang

Musim panas ini, Arab Saudi bukan sahaja menjadi tuan rumah acara hebat, tetapi juga membina komuniti global berteraskan sukan, muzik, dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Datang untuk merasai debarannya, tinggal untuk kisahnya, dan temui mengapa nadi Semenanjung Arab kini berdegup lebih kencang berbanding sebelumnya.

Jadi apa tunggu lagi, rancang perjalanan anda dan terokai dunia sukan di Arab Saudi.—Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram