
ZOO Taiping, Perak menjadi antara lokasi yang sering dikunjungi oleh mereka yang mahu mengisi aktiviti hujung minggu, tidak kira bersama keluarga atau rakan-rakan.
Sedia maklum zoo tersebut memiliki pelbagai aktiviti menarik untuk diterokai termasuk melihat kerenah bermacam-macam jenis haiwan seperti harimau, gajah, buaya dan lain-lain.
Akan tetapi selepas selesai pengembaraan di sana, apa kata anda singgah bermalam di The Cozytainer Taiping yang terletak tidak jauh dari Zoo Taiping, sekitar 1 kilometer.
BACA LAGI: Haba musuh utama, ketahui teknik penjagaan bateri telefon pintar supaya tahan lebih lama
BACA LAGI: Pentingnya serat ketika usia semakin lanjut, ketahui 5 diet ideal pengambilan 'fiber'
Santai dan cukup mminimalis.
Nama “Cozytainer” adalah gabungan "cozy" + "container", secara amnya menunjukkan konsep penginapan menggunakan kontena yang diubahsuai agar rasa selesa dengan gaya minimalis loft dan modern.
Kawasan tersebut menyediakan sebuah kediaman yang unik dan menarik berkonsepkan kontena bulat yang dilengkapi dengan tilam, bilik, penghawa dingin dan fasiliti lain, berdepan dengan kolam renang.
Ini termasuk tempat letak kereta sendiri, restoran di tapak iaitu The Warehouse 1957.
Cukup tenang dan amat sesuai bagi mereka yang ingin 'berhealing'. Tambahan pula, ia sesuai dan mesra kanak-kanak, jadi anda boleh menempahkan bilik dan seluruh kawasan tersebut untuk mengadakan hari keluarga atau gathering.
Tangkap layar di ruangan komen TikTok The Cozytainer Taiping.
Rata-rata warga net memperlihatkan keterujaan mereka dengan suasana dan bentuk penginapan itu sendiri.
“Jom family day sini,” kata seorang pengguna media sosial di ruangan komen.
“Best tempat ni. Murah pun murah. Tenang je, pergi pula pada hari biasa, memang kolam renang macam kita punya,” komen sseorang lagi
“Tidak adakah bilik untuk keluarga room..empat hingga lima orang, dua katil queen ke?” tanya seorang pengikut.
“Ada,” jawab ringkas pihak Cozytainer.
Jadi, buat mereka yang merancang untuk bersiar-siar dia Taiping, Perak, apa kata cuba sendiri bermalam di sini.
Pastinya sebuah pengalaman yang menarik dan cukup bermakna sebelum pulang ke kediaman masing-masing.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram