Kucing pun boleh nyanyuk, saintis teroka peluang rawat pesakit Alzheimer


  • Hobi
  • Jumaat, 26 Sep 2025

Saintis berharap kajian ini dapat memberikan gambaran lebih jelas tentang amyloid-beta boleh menyebabkan fungsi kognitif dan kehilangan memori pada kucing.

PELUPA, nyanyuk tak ingat menjadi simptom yang biasa bagi kebanyakan mereka yang sudah lanjut usia.

Bagi manusia perkara itu adalah normal. Hanya segelintir bilangan saja melalui perkara penyakit yang dipanggil Alzheimer.

Tetapi apa yang anda mungkin tidak tahu bukan manusia saja, kucing juga boleh menghidap penyakit nyanyuk itu.

Kucing mengalami demensia dengan cara yang serupa dengan manusia yang mengidap penyakit Alzheimer. Menurut saintis, ia adalah satu penemuan baharu.

BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya

BACA LAGI: Meriam lapuk, motosikal tentera antara 'harta karun' dijumpai skuba di dasar laut

Pakar di Universiti Edinburgh telah menjalankan pemeriksaan otak ke atas 25 ekor kucing yang sudah mati dan menunjukkan simptom demensia semasa hidup. 

Sebelum ini, penyelidik telah mengkaji tikus yang diubah suai secara genetik, walaupun spesies tersebut tidak mengalami demensia secara semula jadi.

Dalam otak kucing yang mengalami demensia, saintis mendapati pengumpulan amyloid-beta, sejenis protein toksik yang merupakan salah satu ciri utama penyakit Alzheimer.

Penemuan ini menimbulkan harapan terhadap satu kejayaan luar biasa kerana ketepatannya yang lebih tinggi dan dipuji sebagai 'model' semula jadi yang sempurna kajian penyakit Alzheimer.

Imej mikroskop juga menunjukkan pengumpulan amyloid-beta di dalam sinaps kucing tua dan kucing yang menghidap demensia.

Saintis berharap kajian ini dapat memberikan gambaran lebih jelas tentang amyloid-beta boleh menyebabkan fungsi kognitif dan kehilangan memori pada kucing.

Kajian ini sekali gus diharap membuka ruang kepada saintis mengkaji mengkaji lebih mendalam tentang demensia pada manusia.

Sinaps membolehkan aliran mesej antara sel-sel otak, dan kehilangan fungsi itu menyebabkan penurunan daya ingatan serta kebolehan berfikir pada manusia yang menghidap Alzheimer.

Kajian terhadap demensia kucing berpotensi membantu pembangunan rawatan untuk manusia kerana tahap ketepatannya yang lebih tinggi.

 

Model yang lebih tepat

Penyelidik menemukan bukti bahawa sel sokongan otak, iaitu astrosit dan mikroglia, menelan sinaps yang terjejas dikenali sebagai synaptic pruning, satu daripada proses itu penting semasa perkembangan otak tetapi turut menyumbang kepada demensia.

Pakar percaya penemuan tersebut boleh menyumbang kepada pembangunan rawatan baharu untuk penyakit Alzheimer, serta membantu memahami dan mengurus demensia pada kucing.

Sebelum ini, saintis yang mengkaji Alzheimer bergantung pada model tikus yang diubah suai secara genetik. Tetapi kali ini kajian terhadap demensia kucing berpotensi membantu pembangunan rawatan untuk manusia kerana tahap ketepatannya yang lebih tinggi.

Ketua kajian dari Royal (Dick) School of Veterinary Studies, Universiti Edinburgh, Robert McGeachan berkata, demensia adalah penyakit yang amat merosakkan, sama ada ia menjejaskan manusia, kucing atau anjing.

“Penemuan kami menonjolkan persamaan ketara antara demensia pada kucing dan penyakit Alzheimer pada manusia.

“Ini membuka peluang untuk meneroka sama ada rawatan baharu terhadap manusia termasuk membolehkan ia membantu haiwan peliharaan kita yang semakin tua,” katanya.

Memandangkan kucing secara semula jadi mengalami perubahan otak ini, mereka mungkin menawarkan model penyakit yang lebih tepat berbanding haiwan makmal tradisional yang akhirnya memberi manfaat kepada kedua-dua spesies serta penjaga mereka.

Pakar Perubatan Feline di Royal (Dick) School of Veterinary Studies, Danielle Gunn-Moore, kucing yang mengalami demensia boleh mengundang kesedihan kepada haiwan itu dan pemiliknya.

“Melalui kajian seperti inilah kita akan faham cara terbaik untuk merawat mereka. Ini akan menjadi sesuatu yang baik untuk kucing, pemilik mereka, pesakit Alzheimer dan orang tersayang mereka.

“Demensia kucing adalah model semula jadi yang sempurna untuk kajian Alzheimer, semua pihak akan mendapat manfaat,” ujarnya.—  Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram