Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya...


  • Nomad
  • Sabtu, 20 Sep 2025

Maka buat mereka yang ingin mendapatkan pengalaman di hotel lima bintang tetapi harga tiga bintang, dialu-alukan untuk mencuba kaedah berikut.

DI dalam fikiran kita, apabila sebut sahaja hotel lima bintang, pastinya mengandaikan harga bermalam yang mahal berikutan perkhidmatan, bilik, suasana fasiliti yang cukup eksklusif. 

Secara amnya, hotel-hotel yang mendapat penilai bintang penuh itu sememangnya menawarkan perkhidmatan yang lengkap dan mewah.

Namun, buat mereka yang bercita-cita untuk alami pengalaman menikmati percutian di hotel bertaraf lima bintang itu, ketahui tips bagaimana untuk menempah hotel tersebut dengan harga yang rendah dan pasti memuaskan hati anda.

BACA LAGI: Rama-rama semakin pupus, tak mustahil senasib dinosaur 50 tahun lagi — Saintis

BACA LAGI: Uniknya flora hidup, Taman Negara Kinabalu tersenarai 8 lokasi safari terbaik Asia

 

Nikmati penginapan hotel lima bintang anda dengan harga yang rendah.

Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama pena Travel with Fatini, kaedah dia mendapatkan hotel lima bintang, dengan harga rendah hotel sehingga jimat 60 peratus. 

Ia perkongsian yang telah dirahsiakan olehnya sejak bertahun-tahun

Terbaharu, dia baharu saja menginap di  Four Points Sheraton Kuala Lumpur dengan membayar bayar RM180 semalam, harga asl RM450++ semalam.

Masa adalah segala-galanya

Pastikan anda tidak menempah bilik hotel lima bintang tersebut seawal tiga atau empat bulan. Waktu yang paling mesra ialah dua hingga tiga minggu sebelum tarikh percutian anda.

Ia disebabkan pihak hotel akan panik untuk mengisikan bilik yang masih kosong untuk diisi dan langkah terdekat yang diambil oleh mereka adalah dengan menunrunkan harga secara drastik.

Platform biddan

Muat turun aplikasi bidaan hotel seperti Hotel Tonight, Priceline atau LastMinute. Ruangan tersebut memberi peluang kepada pengguna untuk membida harga yang rendah atau sanggup bayar untuk sesebuah bilik.

Konsepnya senang saja, hotel akan terima harga yang dibida itu jika bilik tidak penuh dan semestinya harga bidaan seboleh-boleh diletakkan pada harga yang rendah.

Priceline antara aplikasi yang anda boleh rujuk untuk mendapatkan tawaran harga bilik hotel lima bintang yang menarik.

Tempahan Mystery Hotel

Di dalam aplikasi Hotwire atau Priceline terdapat sejenis pilihan yang digelar option mystery hotel. 

Kepada yang berminat dengan bilik tersebut, anda tidak akan diberitahu hotel mana yang akan dapat akan tetapi jaminan diberikan berdasarkan penilai dan lokasi kawasan hotel tersebut.

Dikongsikan pengalaman oleh Travel with Fatin, dia pernah mendapat penilaian hotel lima bintang di sekitar kawasan Kuala Lumpur Convention Center bernilai RM280, rupanya-rupanya dapat penginapan di Grand Hyatt.

Hari minggu sememangnya harga runtuh dan masa yang tetap untuk mendapatkan harga bilik yang murah.

Hari bekerja (luar waktu puncak)

Nama pun hujung minggu,  pasti banyak yang bercuti dan menginap di hotel jadi harganya sudah tentu mahal. Tapi pada hari minggu (Selasa hingga Khamis sememangnya harga runtuh.

Harga yang sama pada hotel bertaraf empat hingga lima bintang daripada RM600 satu malam boleh menjadi RM200 saja.

Semak berulangkali nilai mata wang

Jika menggunakan kaedah ini agak sedikit rumit kerana memerlukan sedikit kira-kira. Ini kerana kadang-kadang terdapat tempahan hotel yang menggunakan mata wang Amerika Syarikat (USD) atau Singapore Dollar (SGD).

Jadi formulanya senang saja, banding nilai mata dengan menukarkannya pada ringgit Malaysia ketika nilainya jatuh atau naik, mana yang untung bayarlah ikut mata tersebut.

Anda boleh mengesahkan promosi yang dilihat di dalam talian namun ada risiko tertentu.

 

Sebagai tambahan, tidak salah jika anda mahu menelefon secara terus dan mendapatkan pengesahan tawaran murah yang dilihat di dalam aplikasi dalam talian dan membuah tempahan terus, namun tetap ada risikonya.

Bagi mereka yang memilih Mystery Bookings setiap sebarang pembatalan bilik tidak akan diterima. Kemudian lokasi hotel mungkin tidak akan dapat seperti mana dimahukan dan ketersediaan bilik adalah terhad.

Maka buat mereka yang ingin mendapatkan pengalaman di hotel lima bintang tetapi harga tiga bintang, dialu-alukan untuk mencuba kaedah yang dikongsikan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

 

 

Hotel, Lima Bintang, KLCC, murah, tips