
ADAKALANYA, sukaneka amat susah untuk dicipta atau difikirkan setiap kali hari keluarga atau mengadakan gathering bersama rakan-rakan.
Acara seperti ini perlu dilaksanakan bagi memeriahkan suasana dan mengeratkan silaturahim.
Apatah lagi jika perkara tersebut dapat dibuat bersama-sama tidak kita usia dan darjat.
Jadi ini 10 jenis sukaneka yang mungkin anda boleh cuba untuk hari riadah bersama insan tersayang menjelang cuti sekolah nanti.
BACA LAGI: Mahu bersantai 'port best' di Mersing? Felda Residence Tanjung Leman lengkapkan percutian anda
1) Air jangan tumpah
Permainan ini biasanya guna bekas berisi air, gelas plastik, cawan atau seumpamanya.
Peserta perlu menuang air tersebut sehingga penuh tanpa menumpahkannya setitik demi setitik bergilir-gilir.
Disyorkan untuk melakukannya secara berkumpulan dan individu terakhir yang mengisi air dan tumpah dianggap kalah.
2) Pindah tepung
Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan antara lima hingga sepuluh orang satu kumpulan.
Semua peserta duduk beratur panjang secara menegak dan orang pertama diberikan bekas berisi tepung.
Tugas mereka ialah memindahkan tepung ke belakang menggunakan senduk, sudu atau tangan sahaja sehinga orang terakhir.
Pemenang ditentukan berdasarkan kumpulan yang paling banyak berjaya pindahkan tepung dalam masa tertentu.
3) Pindah bola pingpong
Masih berkonsepkan kumpulan, semua peserta duduk beratur panjang secara menegak dan setiap orang akan diberikan sudu plastik.
Pindahkan bola pingpong secepat mungkin dengan kepada peserta di belakang dan patah balik semula kepada peserta pertama. Kumpulan terpantas menyelesaikan tugas tersebut dikira pemenang.
4) Lumba kain pelekat
Peserta akan dibahagikan secara berpasangan setiap daripada mereka perlu berkongsi satu kain pelekat, dua-dua orang masuk kaki dalam kain pelekat yang sama.
Kain diikat kemas pada paras pinggang supaya tak mudah terlucut. Pasangan mesti lari seiringan dari garisan mula hingga ke garisan penamat.
Jika jarak trek tidak jauh lakukan perlumbaan pergi dan balik, siapa sampai dahulu dia yang menang.
5) Susun menara cawan
Gunakan cawan plastik ringan lebih kurang 20 unit dan permainan disyorkan untuk bermain secara berkumpulan
Peserta perlu menyusun cawan dalam bentuk menara kemudian runtuhkan balik secara sistematik dalam bentuk satu barisan.
Seterusnya bersilih ganti sehingga peserta terakhir, kumpulan yang tamat dahalu dikira pemenang.
Menara perlu stabil sebelum meruntuhkannya semula. Jika ketika anda sedang membina lalu runtuh, buat semula. Kalau menara runtuh, peserta kena bina semula.
6) Susu pemadam pakai chopstick
Nampak mudah tapi menjadi kelebihan buat mereka yang mahir makan menggunakan chopstick.
Sediakan beberapa pemadam kecil setiap kumpulan perlu menyusun pemadam tersebut bertindih menjadi menara.
Kemudian tukar peserta untuk menurunkannya semula. Kalau pemadam jatuh atau roboh, buat semula, siap habis dahulu dia menang.
7) Tiup belon
Tiup belon perlu sebuah aktiviti yang sangat menarik dan disyorkan untuk bermain secara individu. Anda perlu tiup belon berkenaan sehingga pecah, peniup yang pecah dahulu dikira pemenang.
8) Koyak tisu paling panjang
Sediakan tisu dapur atau gulung untuk setiap kumpulan. Kemudian peserta perlu mengoyakkan gulungan tisu menjadi satu jalur yang paling panjang tanpa putus.
Tisu mesti dikoyakkan perlahan-lahan, bukan disiat laju. Siapa dapat hasilkan jalur tisu paling panjang tanpa banyak putus, dikira pemenang.
9) Tarik tali gelung
Permainan ini amat mencabar dan berbentuk perlumbaan. Satu kumpulan dua orang, perlu menggunakan gelung rotan atau plastik besar dan gunakan tali panjang untuk mengikat setiap gelung.
Peserta perlu berada dalam gelung dan seorang lagi bersedia untuk menarik tali gelung tersebut. Kemudian, perlumbaan bermula.
Peserta dalam gelung perlu berlari tanpa melangkah keluar dari bulatan gelung seiring dengan kelajuan seorang lagi peserta yang menarik gelung tersebut. Siapa sampai ke garisan penamat dahulu, dia menang.
10) Teka balang
Selepas seharian kepenatan, tutup acara sukaneka dengan aktiviti yang lebih ringan dan mudah iaitu teka balang. Beli kacang atau gula-gula dan masukkan ke dalam sebuah botol yang baharu.
Selepas itu, setiap seorang perlu meneka sama ada jumlah, berat atau harga item yang berada dalam balang tersebut.
Jika tiada siapa menjawabnya dengan tetap pemenang dikira siapa yang paling hampir dengan jawapan sebenar.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram