[VIDEO] Dakwaan lesen L tidak lagi boleh digunakan penunggang selepas Oktober, ini yang patut dibuat pengembara bermotosikal


  • Nomad
  • Selasa, 02 Sep 2025

Tular di media sosial sejak Selasa bahawa lesen L bermotosikal hanya untuk latihan dan ujian memandu saja. — Gambar hiasan/Facebook

SELAMA ini lesen percubaan (L) motosikal membenarkan penunggang membawanya di atas jalan raya tanpa membawa pembonceng selagi sah dalam tempoh maksimum dua tahun, selain harus mempamerkan pelekat L di kenderaan beroda dua masing-masing. 

Namun, tular sebuah video sejak Selasa memaklumkan bahawa ketetapan undang-undang kemungkinan berubah selepas Oktober 2025.

Menerusi sebuah hantaran video di TikTok @instrutorzaidi, dia mendakwa undang-undang lesen tersebut bakal dibuat dipinda sekali gus tidak lagi membenarkan mana-mana pemilik lesen L motosikal untuk membawa pembonceng dan di atas jalan raya.

Beliau yang dipercayai ialah guru memandu sebuah syarikat tempatan mendakwa, perkara tersebut akan dikuatkuasakan selepas Oktober. Penunggang yang memiliki lesen L hanya boleh membawa kenderaan tersebut ketika latihan sahaja.

BACA LAGI: Seniman Kelantan temui puisi dan patriotisme di sebalik kain pelikat

BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi

“Mula bulan 10 (Oktober), lesen L motosikal dah tak boleh lagi menunggang di atas jalan raya. Maknanya lesen itu sama macam kereta.

"Hanya bertujuan untuk latihan di akademi bersama dengan cikgu lesen memandu sahaja, tak dibenarkan untuk menunggang seorang di luar macam sebelum-sebelum ini,” dakwanya yang menggelarkan diri sebagai cikgu Zaidi.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut masih belum dikeluarkan secara rasmi dari pihak Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat ini.

Jadi, buat mereka yang sedang memegang lesen L dan ingin mengembara dengan lebih jauh dengan menunggang motosikal, adalah dinasihatkan untuk mempercepatkan proses pengambilan lesen tersebut untuk dinaiktarafkan kepada  Lesen Memandu Percubaan (P) selepas tempoh maksimum dua tahun.

Seterusnya, melengkapkan pemilikan lesen motosikal kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) atau lesen penuh.

Meskipun lesen L hanya sah selama tempoh maksimum dua tahun, jangan sesekali lengah-lengahkan masa kerana pengambilan lesen motosikal hanya sekali seumur hidup.

Jangan biarkan lesen itu anda tamat tempoh, kerana anda mungkin perlu mengulang ujian penuh semula jika melepasi tempoh tersebut.

 

Retetan daripada video tersebut, turut dikongsikan, video seorang individu yang dikatakan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dikenali sebagai Nazman mendakwa, pindaan undang-undang kaedah 15(1) KKM LM1992 telah dipinda lesen memandu L hanya untuk latihan dan ujian memandu saja.

“Penguatkuasaan mungkin selepas bulan 10 (Oktober) nanti, terima kasih,” ujarnya.

Komen diruangan TikTok.

Rata-rata warga net agak terkejut dan memohon agar peluang diberikan sehingga hujung tahun pindaan tersebut dikuatkuasakan.

“Bagilah peluang sampai hujung tahun,” rayu seorang pengguna di ruangan komen.

“Lepas ini budak sekolah makin malas nak ambil lesen, percaya atau tidak?,” soal seorang lagi pengikut cikgu Zaidi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram