Ingatlah malang tak berbau, jangan lupa 6 perkara penting sambil seronok bermandi-manda


  • Hobi
  • Khamis, 04 Sep 2025

Menurut statistik JBPM, angka kematian akibat lemas mencecah 320 kes setiap tahun. — Gambar hiasan

 

 

TIADA yang lebih menyeronokkan daripada meluangkan sehari di tasik, sungai, pantai atau kolam untuk bermandi-manda atau melakukan aktiviti air.

Namun, seringkali kita mendengar kata orang dahulu jangan suka sangat nanti berduka.

Benar malang tidak berbau tetapi apa kata ketika meluangkan masa bersama seisi keluarga amalkan tip-tip berikut dapat memastikan semua orang selamat, gembira dan menikmati detik bermain air.

BACA LAGI: Seniman Kelantan temui puisi dan patriotisme di sebalik kain pelikat

BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi

Belajar berenang

Menurut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyatakan statistik kematian akibat lemas di air adalah 320 kes setiap tahun.

Belajar berenang adalah salah satu cara paling penting untuk kekal selamat di dalam air.

Bagi kanak-kanak berumur antara satu hingga empat tahun, mengikuti kelas berenang sudah boleh dipertimbangkan oleh ibu bapa, bergantung pada tahap pendedahan mereka kepada air.

Malah, ada yang sejak daripada bayi sudah diperkenalkan kepada air oleh segelintir ibu bapa.

Perenang dari semua peringkat umur mungkin lebih biasa dengan kolam renang berbanding sungai, dan mereka mungkin tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika terperangkap dalam arus.

Kekal tenang, terapung di atas belakang badan dan apabila tiba di kawasan yang lebih tenang, pusing badan dan berenang menyerong ke arah tebing mengikut arus.

Jangan berenang bersendirian

Awasi kanak-kanak ketika mereka berenang dan pastikan anda berada cukup dekat untuk mencapai mereka pada bila-bila masa.

Sebelum menyelam ke dalam air, ketahui kedalaman air dan sama ada terdapat sebarang halangan di bawah permukaan.

Sentiasa pastikan pagar kolam ditutup, dan pertimbangkan untuk memasang penggera bagi memberi amaran jika pagar dibuka.

Alat apungan peribadi

Walaupun perenang mahir boleh menghadapi masalah semasa kecemasan. Adalah penting untuk memastikan semua orang yang menaiki bot memakai jaket keselamatan.

Semasa berperahu atau berenang, ingat bahawa pelampung tangan atau mainan tiup bukanlah pengganti jaket keselamatan. Jangan beri rasa selamat palsu kepada kanak-kanak dan keluarga.

Sama ada anda menggunakan bot laju, bot memancing, pontun, jet ski, kanu atau kayak, memakai jaket keselamatan adalah peraturan asas.

Tip berperahu

Salah satu aktiviti paling menyeronokkan pada musim panas ialah berperahu.

Aktiviti itu mampu mencipta kenangan sepanjang hayat, memberi peluang untuk berehat daripada kesibukan, meluangkan masa bersama keluarga, mempelajari kemahiran baharu dan meneroka kawasan baharu.

Sama ada anda menggunakan bot laju, bot memancing, pontun, jet ski, kanu atau kayak, ingatlah peraturan asas keselamatan berikut.

Pantau cuaca, kadangkala cuaca boleh berubah dengan cepat. Semak ramalan cuaca sebelum keluar dan sentiasa semak dari semasa ke semasa ketika berada di air.

Jika terperangkap dalam ribut, segera arahkan bot ke pantai. Beritahu rakan atau ahli dalam bot untuk abaikan segala perancangan.

Perlahankan bot, sentiasa berjaga-jaga dan elakkan daripada menghampiri kapal yang lebih besar. semua itu diambil kira demi keselamatan anda sebelum sampai ke kawasan selamat.

Lindungi diri dari matahari

Cahaya matahari di kawasan terbuka air boleh menjadi sangat terik. Lindungi diri dengan topi, cermin mata hitam dan pelindung matahari.

Gunakan losen pelindung matahari yang kalis air dan sapukan dengan banyak atau lebih kerap jika anda berenang atau berpeluh.

Walaupun sepanjang masa basah bermain dengan air, anda tetap boleh mengalami dehidrasi.

Minum air secukupnya

Walaupun keadaan kita hampir sepanjang masa basah jika bermain dengan air, anda tetap boleh mengalami dehidrasi kerana berada di bawah terik matahari boleh meningkatkan suhu badan.

Bawalah bekalan air yang mencukupi untuk setiap orang, dan minum air setiap 15 hingga 20 minit bagi memastikan badan kekal terhidrat.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

 

 

berenang, keselamatan, tips, lemas, apungan