Merungkai misteri 'pintu-pintu' masuk di Gua Niah, lain jalan lain pengalamannya


  • Nomad
  • Selasa, 19 Ogos 2025

'Manusia Gua Niah' itu menjadi sebuah penemuan penting pada 1958, hasil daripada cari gali ahli arkeologi dari Muzium Sarawak

 

 

GUA Niah merupakan lokasi bernilai di Sarawak dan menjadi salah satu tapak arkeologi paling popular di Asia Tenggara yang telah diiktiraf sebagai Taman Negara Niah.

Antara yang menjadi sebutan di sini adalah sejarah tempat dimana rangka manusia tertua di Malaysia pernah dijumpai sekitar 40,000 tahun dulu.

Tahukah anda, terdapat beberapa gua lain yang akan dijumpai sebelum sampai ke Gua Niah itu? Antara gua lain yang anda boleh temui ialah Gua Lukisan, Gua Kenyalang dan banyak lagi gua kecil lain.

BACA LAGI: ‘Doodling’ teknik pembelajaran unik, bentuk visualisasi pemikiran

BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi

 

 

Ukiran lukisan yang dijumpai di Gua Lukisan, Sarawak.

Setiap gua yang ada sebenarnya menjadi laluan masuk yang berbeza untuk masuk ke dalam Gua Niah. Jadi lain gua, lain jalan termasuk pengalamannya.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @zila.ptr, Taman Negara Niah mengenakan caj RM10 sebagai tiket masuk, dan tambang bot RM2 untuk menyeberangi sungai sebelum tiba ke kawasan gua berkenaan.

“Menuju ke gua tersebut anda akan bertemu dengan beberapa gua lain seperti Gua Dagang. Di sini kita boleh lihat pondok lama yang tidak bertap diperbuat daripada kayu.

“Tiba sahaja di Great Cave (pintu masuk utama), anda kan dapat melihat laluan, beberapa kawasan binaan rumah yang membuktikan kewujudan manusia pada 40,000 tahun lalu serta pengebumian manusia yang didokumentasikan dengan baik,” katanya.

Secara keseluruhan, perjalanan menerokai Gua Niah mengambil masa empat jam bergantung kepada kelajuan masing-masing, selain masa persinggahan di gua-gua kecil yang ada di sana.

 

 

Salah satu lorong di dalam Gua Niah.

Berbicara mengenai sejarah di sana, rangka manusia yang digelar ‘Manusia Gua Niah’ itu menjadi sebuah penemuan penting pada 1958, hasil daripada cari gali ahli arkeologi dari Muzium Sarawak bersama pakar luar negara.

Selain rangka, peradaban yang pernah wujudkan di dalam gua tersebut dikuatkan lagi dengan penemuan alat-alat batu, lukisan, sisa makanan dan beberapa lagi. Semuanya menunjukkan kehidupan harian orang zaman dahulu yang pernah hidup di dalam gua tersebut.

 

 

Jadi, buat mereka yang tidak pernah lagi merasi pengalaman masuk gua, hadirkan diri ke Sarawak dan datang ke gua terbesar di dunia itu. Ada banyak perkara dan informasi yang menarik boleh didapati di sana.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram