[VIDEO] Helmet serlahkan jiwa dua roda, model ala Darth Vader antara koleksi paling sentimental


  • Hobi
  • Khamis, 22 Mei 2025

Ikuti video lanjut perkongsian tentang harga helmet penulis dan melihat bentuk sebenarnya apabila ia dipakai di kepala dalam segmen Hobi di Majoriti.

SEBAGAI seorang yang memiliki jiwa dua roda, motosikal umpama nyawa malah ada yang mengatakan jentera itu umpama seperti 'teman wanita'.

Mana tidaknya menjaga 'nyawa dua roda' ini tak ubah seperti menjaga seorang wanita yang pastinya memerlukan kos dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Namun, tak lengkap jika menaiki motosikal tanpa helmet. Gaya dan bentuk helmet sebenarnya memainkan peranan penting bagi menyerlahkan lagi penunggang ketika di jalan raya, selain melindungi nyawa.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Boleh tak buat macam Emma Maembong?' Dutch Braid gaya rambut 'pasang cabut' terbaik masa pergi konsert

BACA LAGI: [VIDEO] Obsesi Harry Potter buatkan Tun sanggup ubah suai bilik seakan sekolah Hogwarts

 

 

Segmen Hobi kali ini, penulis ingin berkongsi beberapa koleksi helmet penulis sepanjang menjaga dua ‘buah hati' iaitu motosikal kapcai jenis Yamaha Lagenda dan Cafe Racer dari jenama GPX Legend.

Memiliki dua jentera motosikal untuk kegunaan yang bersesuaian, penulis mempunyai lima koleksi helmet yang mempunyai nilai sentimental.

Koleksi helmet penulis yang memiliki cerita tersendiri.

Koleksi yang dimiliki ialah SGV (merah), Swan (putih), Fourtin Garage, Momo Design dan Slimhead Dockey.

Helmet full face yang digelar Dark Vader oleh penulis.

Namun dalam banyak-banyak koleksi itu, helmet full face berwarna hitam jenama Fourtin Garage mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

Helmet warna hitam matte penuh itu digelar Darth Vader kerana reka bentuk kepalanya yang besar bersama cermin pelindung silau gelap, menonjolkan ciri-ciri garang dan kegerunannya sesuai dipakai ketika mengunggang motosikal model cafe racer.

Momo Design yang direka khusus untuk penunggang cafe racer.

Kemudian, helmet Momo Design yang direka khusus mempunyai ciri khas untuk pelumba kopi kerana memiliki cermin pelindung separuh muka amat sesuai untuk 'long ride'.

Helmet Slimhead Dockey yang sarat dengan elemen seni tersendiri.

Akhir sekali, helmet Slimhead Dockey yang sarat dengan elemen seni. Helmet berwarna coklat matte dengan rekaan seperti motosikal scrambler itu menampilkan saiz kepala yang mampat.

Elemen seni yang dimaksudkan ialah reka dalaman helmet itu dijahitkan bersama kain bercorak ala-ala batik bunga termasuk, bahagian tali di telinga yang diperbuat daripada kulit lembut bagi menampakkan lagi elemen klasik.

Bagi mengekalkan semua helmet ini dalam keadaan bersih dan boleh digunakan selama-lamanya, penulis amat menitik beratkan cara penjagaan.

Koleksi helmet-helmet ini harus sentiasa bersih bagi mengelakkan berbau apatah lagi bagi mengelakkan helmet kesayangan ini menjadi 'sarang perteduhan lipas atau kutu'.

Ikuti video lanjut perkongsian tentang harga helmet penulis dan melihat bentuk sebenarnya apabila ia dipakai di kepala dalam segmen Hobi di Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram