
KEJOHANAN seni mempertahankan diri silat dalam kategori ‘sparing’ merupakan sebuah pertempuran yang memerlukan kekuatan fizikal memandangkan ia lasak dan ekstrem.
Biasanya kita dapat melihat kelincahan peserta tidak kira lelaki atau wanita apabila mereka mula 'masuk' gelanggang.
Berbeza bila gelanggang pertempuran silat diadili oleh seorang wasit wanita hingga keadaan itu menarik perhatian ramai.
BACA LAGI: [VIDEO] Trek semakin licin akibat hujan lebat tak halang usaha tawan puncak Gunung Ledang
Tasha lincah dan tegas di atas gelanggang perlawanan.
Menampilkan watak tegas di sebalik kecantikan rupa paras dan senyuman yang manis, wasit yang dikenali sebagai Tasha atau @tashacat di akaun TikTok miliknya itu memiliki kemahiran tersebut.
Malah, ketika 'sparing' bersama peserta-peserta lelaki, Tasha terus mencuri perhatian kerana menampakkan ciri ketegasan ketika berada dalam gelanggang.
“Hanya senyum sebelum perlawanan mula,” katanya sinis di kapsyen video yang memaparkan ketegasan di dalam gelanggang perlawanan.
Tangkap layar ruangan komen di Tik Tok yang mencuit hati.
Tidak setakat itu, Tasha turut berkongsi cara pemakaian tudung untuk peserta silat wanita dengan memperkenalkan tudung khas silat.
Tudung tersebut memiliki tali yang dipasangkan khas di tepi bahagian muka untuk diikat ke belakang kepala supaya kedudukan kain di atas kepala tidak bergerak ketika beraksi di atas gelanggang.
“Bukan sahaja untuk kekemasan atlet, malah dapat memudahkan kerja wasit,” katanya menerusi kaspyen di sebuah video di TikTok.
Rata-rata warga maya amat tertarik dengan gerak geri dan kehebatan Tasha sehingga ada yang mempersoalkan kenapa jarang ada wasit wanita yang secantik itu.
“Kenapa masa saya sertai silat dulu tak ada wasit macam ini,” kata seorang pengikutnya di ruangan komen sambil mendapat respons ketawa daripada pengguna media sosial yang lain.
“Kalau wasit macam ini, belum lawan lagi saya dah pengsan kak,” gurau seorang lagi.
Tasha yang juga merupakan warga kerja Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuktikan, pemerkasaan seorang wanita dalam dunia silat kini bukan sahaja banyak disertai oleh wanita sebagai peserta.
Bahkan wanita juga dianggap sebagai individu penting dalam mengadili perlawanan dalam sesebuah kejohanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram