[VIDEO] Dulu suka-suka lentikkan bulu mata rakan, kini jadi pendapatan sampingan, miliki studio mini


  • Relaks
  • Khamis, 24 Apr 2025

Ikuti video lanjut dalam segmen Hobi di Majoriti dan buat mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang rawatan lentikkan bulu mata

 

 

SIAPA sangka bermula daripada hobi mencantikkan bulu mata kawan-kawan akhirnya menjadi sumber pendapatan sampingan.

Pengasas Passiend Lash, Syahirah Afrina Saifulizam atau Afrina, 28, berkata, obsesnya terhadap bulu mata tercetus pada 2019 ketika berkhidmat sebagai perunding kecantikan di sebuah pusat kecantikan di ibu kota, Kuala Lumpur.

"Masa itu trend bulu mata tengah in, hari-hari saya pastikan ada bulu mata baharu untuk digayakan pelanggan. Ada panjang, pendek, lentik, kilat-kilat, macam-macam ada, maka yang jadi mangsa ialah kawanmenung," katanya sambil tertawa kecil kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Orang kaya pun pinjam bank’, Boss Wan kongsi rahsia daripada cef menjadi taikun bundle disegani

BACA LAGI: [VIDEO] Trek semakin licin akibat hujan lebat tak halang usaha tawan puncak Gunung Ledang

Proses melentikkan bulu mata menjadi kegilaan wanita sekarang untuk mencantikan wajah.

Wanita yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata kedua itu menambah, disebabkan 'gila' dengan hobi mengumpul bulu mata beliau sendiri mempunyai ratusan jenis bulu mata.

 

 

 

 

"Ada yang dibeli di sini dan juga di luar negara. Dek terlalu obses, saya bukan sahaja mengumpul bulu mata, malah turut membantu pelanggan dan rakan-rakan cara penjagaan dan merawat bulu mata jika ada yang rosak," jelasnya lanjut.

Afrina sedang memberi penerangan dan cadangan sebelum memulakan sesi mencatikan bulu mata.

Berasal dari Kuala Lumpur, Afrina memulakan perkhidmatan tersebut pada 2021 selepas membuat keputusan menghadiri kursus rawatan bulu mata bagi mendapatkan cara dan langkah lebih terperinci.

"Itu lah, bermula sekadar suka-suka pasang bulu mata kepada kawan-kawan selepas itu 'terjebak'.

“Saya mula dengan membuat perkhidmatan itu dari rumah ke rumah, sekarang Alhamdulillah, sudah miliki mini studio sendiri,” ceritanya lagi.

 

 

Antara pempengaruh (kirki) yang berpuasa hati dengan seni tangan Afrina melentikan bulu mata.

Tambah Afrina, bulu mata mampu menaikkan seri wajah seseorang.

Dalam ketaksuban 'bermain' dengan bulu mata, rata-rata bulu mata koleksi di studionya dalam kategori mesra wuduk dan mampu bertahan lima ke lapan minggu.

Hasil sentuhan Afrina terhadap lentikkan bulu mata salah seorang pelangganya.

Hasil sentuhan tangan profesional Afrina menjadikannya sentiasa mendapat pelanggan berulang dan khidmat nasihat.

Syahirah Afrina Saifulizam.

“Ramai yang datang memberitahu bulu mata saya biasa saja, tapi apabila sesi mencantikkan bulu mata ayat pertama keluar daripada mulut mereka, "eh betul ke bulu mata i ni, cantiknya,” terangnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ikuti video lanjut dalam segmen Hobi di Majoriti.