Misi Ili bantu wanita capai berat badan ideal, usah malu demi sihat dan 'fit'


  • Relaks
  • Selasa, 22 Apr 2025

Ili menggabung beberapa elemen dalam senaman bagi mendapatkan hasil yang terbaik mengikut keupayaan para peserta.

MENJADI jurulatih kecergasan bukanlah tugas mudah kerana memerlukan kudrat, tenaga dan stamina yang tinggi untuk melatih para peserta.

Bahkan, kecerdasan dan kecergasan dimiliki jurulatih secara tidak langsung menjadi motivasi kepada ahli lain untuk memiliki keupayaan sama dalam setiap langkah senaman yang diajar.

Sebut sahaja jurulatih, boleh dikatakan sebahagian besar individu merujuk pada kekuatan fizikal dan stamina tenaga pengajar lelaki.

BACA LAGI: Pusat 'wellness' baharu tawar khidmat analisa stres, pulihkan semula emosi melalui penyelarasan antara minda dan hati

BACA LAGI: [VIDEO] Atlet ragbi SUKMA Johor angkat besi lengkap berbaju kurung tarik perhatian, kembali tular

Namun tidak bagi jurulatih kecergasan Nur Ili Athirah Ahmad Kamal atau Ili, yang menyangkal persepsi tersebut.

Wanita berusia 32 tahun itu menyifatkan bahawa badan sihat, aktif dan kuat adalah milik setiap insan tanpa mengira usia, jantina ataupun latar belakang, asalkan mempraktikkan senaman mengikut kesesuaian diri masing-masing.

Bagi Ili, beliau bukan sahaja melatih senaman asas, malah menggabungkan elemen lain setaraf dengan aktiviti dilakukan golongan lelaki seperti angkat berat dan menari..

“Tugasan ini sangat bermakna buat saya kerana dapat membantu wanita lain mencapai matlamat kesihatan, kebahagiaan dan kecergasan.

“Saya juga faham cabaran dihadapi wanita dalam usaha kecergasan, maka diharapkan kehadiran saya bersama senaman yang diajar mampu memberi sokongan buat mereka,” kata jurulatih kecergasan sepenuh masa itu kepada Majoriti.

SaveClip.App_475912687_18487588492050712_2126829857216528987_n

Selain senaman asas, Ili turut menggabungkan elemen setaraf dengan kekuatan lelaki seperti angkat berat.

Tambah Ili, karier dalam landasan dunia sukan aktif memfokuskan bidang Strength and Conditioning, High-Intensity Interval Training (HIIT) dan program kecergasan untuk atlet.

Pada masa sama, anak kedua daripada dua beradik itu turut memiliki kemahiran senaman kayuhan dipanggil spinning.

“Bagaimanapun, saya lebih proaktif membantu wanita dalam program menurunkan berat badan dan membina otot sambil meningkatkan kecergasan harian,” ujarnya.

Fasa senaman, pemakanan

Bicara Ili fasa awal menjadi jurulatih, "Sama seperti orang lain saya juga pernah rasa putus asa, terutamanya apabila mengalami plateau (mendatar) dalam latihan.

"Ia merujuk pada keputusan tidak memberangsangkan walaupun selepas kami (jurulatih kecergasan) melakukan bermacam-macam cara.

“Ketika itu saya buka kelas tidak ramai peserta yang hadir sekitar, satu dan dua orang sahaja sehingga terfikir adakah berbaloi perkara saya lakukan ini?

“Tetapi saya motivasikan diri bahawa misi dan sebab utama saya bermula iaitu ingin membantu wanita lain menjadi kuat, yakin, dan sihat."

Pemahaman cara pemakanan untuk senaman beratdan latihan biasa amat pentiing kerana ia berbeza.

Berkongsi tip, Ili memberitahu, corak pemakanan untuk senaman berat berbeza dengan latihan biasa.

“Senaman seperti angkat berat memerlukan lebih banyak protein dan karbohidrat bantu pemulihan otot dan tenaga.

"Sementara itu, latihan seperti spinning atau hyrox menggabungkan senaman berat lebih fokus pada hidrasi dan karbohidrat supaya bantu tenaga lebih konsisten.

“Tambahan pula, latihan Hyrox antara yang mencabar dan memerlukan persediaan ekstra kerana menggabungkan larian, latihan kekuatan dan daya tahan dalam aktiviti," ujarnya.

Begitu juga dengan Olympic weightlifting PRs, sangat mencabar kerana kombinasi teknik, kekuatan, dan fokus mental.

Dalam pada itu, Ili turut menasihatkan agar para wanita jangan malu untuk melakukan penurunan berat badan.

“Jangan malu! Semua orang bermula dari satu tempat dan langkah pertama, asalkan anda serius dengan perubahan ini.

“Fokus pada kemajuan kecil setiap hari dan cari jenis senaman yang membuatkan anda enjoy supaya usaha ini tidak terasa beban. Kesabaran dan konsistensi adalah kunci utama,” tegasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram