Semoga raih pahala berpanjangan, bos Bawal Exclusive wakaf van jenazah untuk kegunaan ramai ramai


  • Relaks
  • Rabu, 16 Apr 2025

Dana pembelian van jenazah itu merupakan sokongan penuh pelanggan melalui pembelian tudung dan juga sumbangan daripada pengikut yang bersedekah subuh melalui QR Yayasan Bawal.

BAGI mendapat keberkatan dalam perniagaan, Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri dan suaminya mewakafkan sebuah van jenazah hasil daripada keuntungan jualan dan sumbangan daripada pelanggannya.

Menerusi hantar di Instagram, beliau menzahirkan rasa syukur dan terharu apabila impian untuk mewakafkan sebuah van jenazah kepada Masjid Bandar Bukit Puchong di Puchong, Selangor, tercapai.

“Alhamdulillah, van jenazah bernilai RM135,000 ini berjaya diwakafkan kepada Masjid Bandar Bukit Puchong.

BACA LAGI: 'Dihina kerana tak berpelajaran', pesanan ibu jadi motivasi Azida raih Dean’s Excellence Award Universiti Columbia

BACA LAGI: Jangan terus menghukum, tip ideal ‘tackle’ anak melalui emosi dan sikap

Van jenazah yang diwakafkan untuk kegunaan Masjid Bandar Bukit Puchong.

“Ia terhasil daripada sokongan penuh pelanggan melalui pembelian Bawal Exclusive, Telekung Haliza Maysuri, dan juga sumbangan followers HM yang bersedekah subuh melalui QR Yayasan Bawal,” jelasnya melalui status di ruangan komen.

 

Beliau turut berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam sumbangan tersebut dan mendoakan semua masyarakat dapat memanfaatkan perkongsian berkenaan.

“Saya amat berterima kasih kepada anda semua. Tanpa sokongan dan kepercayaan kalian, wakaf ini tidak akan mungkin menjadi kenyataan.

“Semoga amal jariah ini terus mengalir dan semoga sokongan kalian juga istiqamah. Insya-ALLAH, selagi diberi rezeki dan kekuatan, saya akan terus berkongsi untuk manfaat ummah.

“Terima kasih dari hati yang paling dalam. Semoga kita semua dijemput Ilahi dalam keadaan husnul khatimah. Aamiin,” ujarnya.

Haliza berada di dalam van jenazah dan duduk di sebelah keranda yang di wakafkan ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Masjid Bandar Bukit Puchong.

Mengilas lanjut, beliau berkata, van tersebut turut mengingatkan dirinya apabila satu hari nanti beliau sendiri akan menggunakan perkhidmatan tersebut.

“Alhamdulillah, bakal jenazah merasa naik van jenazah. Suatu hari nanti, saya juga akan bergelar jenazah hanya menunggu giliran saja,” pesannya kepada diri sendiri.

Terdahulu, jenama tudung mewah tersebut menjadi antara penyumbang zakat terbesar di Selangor dengan jumlah RM1 juta.

Majlis penyerahan zakat perniagaan tersebut disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin pada Ramadan lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram