Geng mak-mak bersatu boikot, Ernie Zakri antara selebriti boikot piza wagyu Jofliam


  • Hiburan
  • Rabu, 23 Apr 2025

Gara-gara mengeluarkan kenyataan tidak sensitif, ramai yang mahu memboikot piza wagyu diusahakan oleh Jofliam.

BARU-BARU ini, kecoh betul warga maya apabila pempengaruh terkenal, Jofliam menimbulkan kenyataan kurang senang terhadap bekas isterinya, Cik Epal yang menggunakan suntikan epidural semasa melahirkan kedua-dua anaknya itu.

Perkara tersebut menarik perhatian kebanyakan wanita yang tidak berpuas hati dengan dakwaan tersebut kerana Jofliam mendakwa ia ibarat 'cheat code' untuk mengelak daripada kesakitan bersalin.

Bukan setakat itu, ia mengundang reaksi kaum ibu-ibu yang nyata kecewa kerana ia seolah-olah merendahkan pengorbanan golongan wanita melahirkan anak.

BACA LAGI: [VIDEO] Kelunakan suara Shila Amzah mendendangkan 'La Vie En Rose' pukau ribuan penonton di Festival Filem Antarabangsa Beijing Ke-15

BACA LAGI: [VIDEO] Tampil berseri lepas 3 bulan berpantang, Nabila Razali definisi wanita di tangan lelaki tepat

Antara yang lantang bersuara ialah penyanyi terkenal, Ernie Zakri yang mendedahkan bahawa dia turut menggunakan cara tersebut semasa melahirkan anak pertamanya.

Bahkan pelantun lagu Masing-Masing itu mahu menyertai kempen boikot piza wagyu yang diusahakan oleh Jofliam.

“Nak join sekalilah (boikot piza wagyu) sebab kita pun geng epidural juga,” katanya selepas melihat sebuah hantaran di Thread berkaitan kempen boikot piza wagyu Jofliam.

Kempen boikot piza wagyu Jofliam yang hangat di media sosial.

Rata-rata pengguna media sosial menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Jofliam kepada Cik Epal dan semua ibu-ibu di Malaysia kerana tidak sensitif dengan kenyataan tidak sensitif tersebut.

Rentetan daripada kejadian itu, Jofliam telah memohon maaf menerusi sebuah hantaran di media sosial dan mengakui tindakannya itu salah.

Malah dia mengakui tidak sepatutnya memberikan kenyataan itu ketika membalas mesej peribadi (DM) daripada individu tidak dikenali sebelum ditularkan.

Atikah bersama anaknya yang dilahirkan dengan bantuan suntikan epidural.

Bercakap mengenai suntikan epidural, pelakon, Datin Atikah Suhaime sebelum ini juga pernah berkongsi pengalaman menggunakan kaedah tersebut semasa bersalin anak pertamanya.

“Untuk elakkan trauma, Tika minta suntikan epidural. Lahir pakai epidural ni memang rasa sangat selesa. Tak koyak, doktor tak payah nak potong semua. Koyak pun sikit saja.

“Tak ada istilah ‘oh tak dapat lah nikmat beranak’. Tika dapat je, nikmat beranak tanpa stres. Alhamdulillah,” kongsi Atikah di TikToknya.

Tangkap layar X Dr. Khairul Hafidz.

Dalam perkembangan sama, pengamal perubatan yang Pengerusi MedTweetMY, Dr. Khairul Hafidz menyarankan golongan ibu yang berpeluang mengambil suntikan epidural untuk berbuat demikian.

“Jika ada peluang untuk dapatkan suntikan epidural semasa bersalin dan sesuai indikasi, ambillah. Ambil suntikan epidural sewaktu bersalin bukan cheat code.

“Bantu isteri kita untuk kurangkan kesakitan sewaktu bersalin. Sakit bersalin itu tidak terperi sakitnya,” kata beliau menerusi hantaran di X baru-baru ini.

Jofliam dan isterinya, Emira Delyati Dewi.

Rentetan daripada kejadian itu, Jofliam telah memohon maaf menerusi sebuah hantaran di media sosial dan mengakui tindakannya itu salah.

“Isteri saya sekarang, Dewi pun bersetuju yang kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan. Dia juga seorang wanita dan turut terasa dengan apa yang saya tulis, apatah lagi wanita lain yang membacanya.

“Saya ingin meminta maaf jika kenyataan saya sebelum ini merendahkan pengorbanan para ibu yang menggunakan epidural semasa bersalin,” jelasnya.

Telah dijelaskan oleh beberapa pakar perubatan bahawa stigma tersebut harus diubah kerana penggunaannya membantu ibu bersalin dengan lebih mudah.

Bahkan ia memberi beberapa manfaat dan salah satunya bagi mengelakkan daripada si ibu trauma akibat keperitan serta kesakitan yang dilalui. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram