[VIDEO] Memburu OOTD paling epik, jejaki lokasi 'viral' berlatar belakang panorama ibu kota


  • Relaks
  • Rabu, 23 Apr 2025

Abadikan momen indah anda dalam segmen nomad di Majoriti di dua lokasi di Kuala Lumpur iaitu Jalan Tunku Putra dan Lorong Changkat, Bukit Bintang. 

DALAM kepesatan Kuala Lumpur, masih tersimpan lokasi terpencil yang menjadi kegilaan 'kaki OOTD'.

Maklumlah ramai yang kian rajin merakam gambar OOTD (outfit of the day) untuk dimuat naikkan ke media sosial, wajiblah latar belakangnya juga sama gah. 

Bagi anda yang inginkan berswafoto atau mengabadikan momen indah, segmen Nomad kali ini memilih dua lokasi di Kuala Lumpur iaitu Jalan Tunku Putra dan Lorong Changkat, Bukit Bintang. 

BACA LAGI: Semoga raih pahala berpanjangan, bos Bawal Exclusive wakaf van jenazah untuk kegunaan ramai ramai

BACA LAGI: 'Dihina kerana tak berpelajaran', pesanan ibu jadi motivasi Azida raih Dean’s Excellence Award Universiti Columbia

 

Pemandangan Jalan Tunku Putra.

Di Jalan Tunku Putra, terdapat spot berlatar berlakangkang mural Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur yang sarat dengan warna yang pasti 'menangkap' lensa kamera anda terutama pada jika ia dilakukan pada waktu malam. 

Jika mahir bermain sudut lensa kamera, anda juga boleh merakam Menara PNB 118 sebaris dengan dua bangunan ikonik tersebut.

Namun, dalam keterujaan anda merakamkan keindahan di jalan tersebut, jangan pula diabaikan aspek keselamatan dan leka kerana lokasi tersebut agak curam.

 

Lorong mural di kawasan Changkat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Manakala lokasi kedua pula, adalah lorong mural di kawasan Changkat, Bukit Bintang.

Lokasi ini agak tersembunyi kerana tersorok di celah-celah kafe dan rumah urut.

Menariknya, hampir seluruh lorong tersebut diwarnai dengan pelbagai jenis lukisan dan yang paling menarik perhatian penulis adalah sebuah lukisan dengan objek kucing berehat di salah satu jendela bangunan terbabit.

Pemburuan OOTD anda lebih mudah jika anda memilih untuk berjalan kaki atau menaiki motosikal kerana laluannya sempit.

Disebabkan lokasi OOTD ini agak terpencil, kebarangkalian untuk sesat agak tinggi jika anda kurang biasa dengan kawasan Bukit Bintang.

Oleh itu, disyorkan mengguna aplikasi penjejak seperti Google Maps atau Waze untuk mencari 'landmark' berdekatan. 

Bagi lokasi lorong mural, anda boleh menetapkan pencarian untuk ke Restoran Al-Sarifa Kari Kepala Ikan kerana kedudukannya hanya berjarak 100 meter. 

Ikuti video pengambaran penulis di kedua-dua lokasi berkenaan bagi mengamati keindahan hidden gem di Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram