[VIDEO] Titisan air paip tak ditutup ketat beri impak pembaziran tanpa sedar


  • Massa
  • Isnin, 14 Apr 2025

Tanpa disedari, setiap titisan air daripada kebocoran paip atau kecuaian sendiri boleh menyebabkannya peningkatan bil air.

SUMBER air bersih di Malaysia diuruskan secara cekap dan berkesan oleh beberapa syarikat menerusi mekanisme perkongsian bersama melibatkan semua pihak berkepentingan.

Antara syarikat yang bertanggungjawab ialah Air Selangor yang merawat dan mengagihkan sebahagian besar air Selangor dan syarikat lain seperti Lembaga Syarikat Air Perak (ALP), Syarikat Air Melaka dan sebagainya.

Antara perkhidmatan penting organisasi berkenaan adalah untuk menyalurkan perkhidmatan sistem air tersebut ke kawasan perumahan, perindustrian dan seumpamanya.

Amalan penjimatan air amat penting dan perkara tersebut sering kali dikongsikan di kaca televisyen dan platform digital sedia ada.

BACA LAGI: [VIDEO] Hidangan Aidilfitri sungguh menyelerakan, tetapi perlu dikawal!

BACA LAGI: Elak warga emas terjerat jenayah siber, Dr. Yun Yi sediakan modul pembelajaran teknologi

 

 

 

 

Tetapi pernahkah anda berada dalam situasi air menitis selepas paip tidak ditutup dengan ketat dan menganggap perkara tersebut tidak memberikan impak besar?

Jangan ambil ringan! Tanpa kita sedar, setiap titisan air tersebut boleh menyebabkannya peningkatan bil air.

Perkara berkenaan sering kali berlaku di paip singki dapur atau di dalam tandas, yang mana keadaan itu terjadi jika terdapat kebocoran pada paip pengguna.

Jika tidak percaya, cuba anda letakkan bekas atau baldi dan tadahkan air menitis tersebut dan biarkan semalaman untuk lihat berapa banyak air yang terkumpul.

Bukan setakat pembaziran air, hal tersebut boleh menjadi isu berbangkit di kemudian hari buat golongan penyewa kerana perlu menanggung bila air yang tinggi sedangkan penggunaan harian adalah sama.

Sehubungan itu, amalkan untuk menutup paip air dengan ketat bagi mengelakkan pembaziran berlaku.

Jika ada kerosakan paip, segera perbaiki dan maklumkan kepada pihak berkaitan andai ia berkaitan kebocoran tidak kelihatan (paip bawah tanah) kerana ia memberi manfaat jangka masa panjang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram