
KESEDARAN mengenai tempat parkir khas untuk golongan wanita perlu diambil perhatian.
Kebiasaannya, kawasan parkir tersebut disediakan di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, Sungei Wang Plaza, Eco Mall Cheras dan banyak lagi.
Tujuan penyediaan parkir khas tersebut membolehkan golongan Hawa memandu secara berseorangan khususnya meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang diawasi pengawal atau kamera litar tertutup (CCTV).
BACA LAGI: Kaedah Ayurveda guna daun pisang perawatan rambut unik, kaya khasiat semula jadi
BACA LAGI: Lukisan Mercedes-Benz 300 SL pernah dijual RM7,500, karya automotif julang nama graduan UiTM
Kemudahan tempat letak kereta wanita disediakan bagi mengelakkan kaum Hawa daripada mendapat gangguan seksual.
Kategori wanita yang bagaimana layak menggunakan fasiliti tersebut?
Tempat parkir itu sesuai untuk wanita yang memandu kenderaan bersendirian, ibu bersama anak-anak berusia bawah 12 tahun dan pemandu bersama penumpang wanita sahaja.
Selain itu, buat para wanita yang memilih meletakkan kenderaan di sana anda boleh memberikan isyarat atau membunyikan hon sekiranya memerlukan sebarang bantuan.
Pemandu lelaki tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di zon pakir wanita.
Ini termasuklah terdapat butang kecemasan di dinding berhampiran zon parkir untuk hal-hal kecemasan.
Secara umumnya, kemudahan parkir yang diwarnakan rona merah jambu tersebut disediakan bagi mengelakkan golongan Hawa mendapat gangguan, serangan atau jenayah lain.
Maka, pemandu lelaki sila ambil perhatian bahawa anda adalah tidak dibenarkan sama sekali meletakkan kenderaan di tempat parkir khas wanita. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram