[VIDEO] Trek semakin licin akibat hujan lebat tak halang usaha tawan puncak Gunung Ledang


  • Relaks
  • Sabtu, 12 Apr 2025

Ekspedisi mendaki Gunung Ledang dalam hujan ber cabaran baharu.

AWAL Januari lalu, penulis berkesempatan mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Ledang berketinggian 1,276 meter dari paras laut di Taman Negara Johor

Gunung Ledang merupakan antara gunung di Semenanjung Malaysia yang kaya dengan aset perhutanan sehingga dikagumi oleh pendaki luar negara, selain misteri kewujudan Puteri Gunung Ledang yang begitu popular itu.

Bagi sesiapa yang ingin mendaki, trip menawan puncak gunung ini menawarkan pakej bermula RM102 hingga RM253 (bergantung pada pakej lokasi bermalam di gunung tersebut atau perjalanan balik hari).

Secara mudah, setiap pendakian perlu diambil secara berkumpulan namun wajib bersama malim gunung, pakar panduan atau pemandu kawasan pergunungan.

 BACA LAGI: [VIDEO] Patut ada dalam 'wishlist' pencinta alam, ketahui 7 lokasi wajib dikunjungi di Sumatera Utara

BACA LAGINorehan 'tak kosong', kaki motor pernah kena paksa buka tudung, kongsi perlu arif jalan sebelum 'ride' di negara orang

Menyingkap pengalaman penulis, pendakian Gunung Ledang amat mencabar dengan tahap kesukaran laluan yang amat luar biasa dan boleh disimpulkan ke tahap sembilan daripada 10 tahap kesukaran terutama buat golongan pendaki pemula.

Mana tidaknya ketika sampai di Taman Bonsai iaitu kira-kira 30 minit sebelum tiba ke puncak gunung, hujan mulai turun dengan laluan bertukar licin dan tahap penglihatan terhad. 

Mengikut tip, kami dinasihatkan berhenti serta-merta jika berlaku hujan, ribut atau petir  demi menjamin keselamatan.

 

Ikuti video pendakian tersebut di bawah dan cadangkan di ruangan komen, di mana lagi lokasi pergunungan yang seharusnya didaki oleh penulis, untuk penggambaran segmen Hobi yang akan datang — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram

 

Gunung Ledang, Johor, mendaki, video, hobi