
KREATIVITI orang Malaysia amat luar biasa dalam menginovasikan perniagaan sama ada dalam industri makanan dan minuman, kecantikan, perkhidmatan dan sebagainya. Iyalah, zaman berubah dan dunia semakin majukan?
Buat wanita di luar sana yang mementingkan penampilan, pastinya salun menjadi salah satu lokasi pilihan.
Salun Headmistress.hq antaranya salah sebuah premis dandanan rambut yang menawarkan perkhidmatan unik dengan sentuhan menarik, iaitu menggunakan daun pisang sebagai topi pengering rambut.
BACA LAGI: 'Macam mak-mak marah anak', gelagat 'sporting habis' Tunku Azizah disenangi rakyat
BACA LAGI: Lukisan Mercedes-Benz 300 SL pernah dijual RM7,500, karya automotif julang nama graduan UiTM
Petugas kedai membalut kepala pelanggan menggunakan daun pisang segar.
Menerusi muat naik sebuah video, kelihatan beberapa petugas kedai sedang membalut kepala pelanggan menggunakan daun pisang segar.
Menurut salun berkenaan, penggunaan bahan tersebut memberikan kebaikan kepada kulit kepala kerana ia tidak menggunakan sebarang bahan kimia.
Kelebihan rawatan itu dilihat mampu menarik perhatian pelanggan yang mementingkan penggunaan sumber alam semula jadi dalam perawatan kecantikan.
“Rawatan unik ini sangat berkesan bagi mengekalkan kulit kepala yang sihat, tanpa bahan toksik!
“Walaupun reaksi netizen berbelah bahagi, mereka menekankan bahawa daun pisang juga mempunyai sifat penyejuk, yang boleh membantu rambut menjadi lebih sihat dan lebat,” kata pihak salun menerusi kapsyen di media sosialnya.
Bahan campuran yang dipanggil Ayurveda akan dilumurkan sebelum di tutpkan dengan daun pisang.
Mereka akan melumurkan beberapa bahan campuran berkonsepkan rawatan Ayurveda yang boleh membantu menenangkan fikiran sambil menyingkirkankan toksin dari akar rambut melalui herba semula jadi, sebelum membalut kepala pelanggan dengan daun pisang tersebut
“Rahsia tradisional Ayurveda ini menenangkan minda anda sambil menyahkan toksin dari akar rambut. Penjagaan rambut mewah yang membawa keseimbangan kepada kulit kepala dan juga jiwa,” ujarnya.
Tangkap layar ruang komen di Facebook.
Bagaimanapun, dunia media sosial tidak pernah terlepas daripada komen yang mencuit hati daripada warga maya.
“Tolong tambah sambal, mak cik,” kata seorang pengguna media sosial, Fey Alvin di ruangan komen merujuk kepada kaedah balutan daun pisang yang kelihatan seperti nasi lemak.
“Kuih koci ke lepat pisang?" gurau Radzuan Abdul Jalil.
Rawatan unik itu menggunakan bahan semula jadi untuk menyegarkan kulit kepala.
Akan tetapi, secara logiknya daun pisang memang memiliki sifat penyejuk dan ia amat sesuai untuk kulit kepala malah mampu melembapkan permukaan tersebut.
Bahkan daun pisang boleh menyihatkan dan menguatkan rambut.
Sebuah kajian terbitan International Journal for Research Trend and Innovation menemukan biopolimer semula jadi atau nama lainnya lignin pada daun pisang.
Ekstrak tiga peratus dari daun pisang itu membantu menguatkan tisu selain mencegah penyerapan sinar ultralembayung pada kulit yang tidak sekata.
Kulit pisang juga mengandungi vitamin C dan E, kalium, zink dan mangan. Jadi, kulit kepala anda akan lebih sihat jika menggunakannya.
Jadi cuba anda fikir-fikirkan atau datang saja ke salun tersebut untuk merasai sendiri pengalaman rawatan rambut menggunakan daun pisang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram