Mekyun tak boleh cakap Cina? Hanya Hokkien, Mandarin tak boleh! Kenali beza dua dialek ini


  • Maya
  • Khamis, 22 Mei 2025

Gadis berbangsa Cina yang terkenal dengan dialek negeri Kelantan itu mendapat pertanyaan daripada peminatnya, 'Mekyun boleh cakap Cina tak?, nak dengar'

BAHASA Cina memiliki beberapa pecahan dan tidak semua mahir untuk menggunakannya sebagai komunikasi harian.

Pempengaruh terkenal Wee Yu Nee, atau popular dipanggil Mek Yun menjelaskan ada sebab mengapa beliau lebih selesa bertutur menggunakan bahasa Hokkien berbanding Mandarin.

Gadis berbangsa Cina yang terkenal dengan dialek negeri Kelantan itu mendapat pertanyaan daripada peminatnya, ‘Mekyun boleh cakap Cina tak?, nak dengar’.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Boleh tak buat macam Emma Maembong?' Dutch Braid gaya rambut 'pasang cabut' terbaik masa pergi konsert

BACA LAGI: Tak banding dengan menantu lain, campur urusan rumah tangga anak antara ciri mentua dari 'syurga'

 

Mekyun menjelaskan bahawa dia tidak boleh berbahasa Cina (Mandrin) kerana dibesarkan di dalam komuniti orang Melayu.

“Tidak boleh, sikit-sikit saja boleh. Cerita dia sebab dari kecil Mekyun cakap Hokkien dengan keluarga.

“Saya dibesarkan dalam komuniti orang Melayu, jiran-jiran orang Melayu, Tadika Kemas dan sekolah kebangsaan termasuk kawan-kawan pun banyak Melayu.

“Kawan-kawan bukan Islam pula cakap bahasa Inggeris. Dekat rumah pun cakap Hokkien rojak, campur Kelantan, Melayu, Inggeris dan Siam,” jelasnya menerusi sebuah hantaran video di Instagramnya.

Kefasihan Mekyun berbahasa Mandarin hanya pada asas sahaja. Gara-gara kurang kefahaman, apabila bertemu dengan kumpulan yang bertutur dalam dialek tersebut, beliau akan segera beransur menyertai kawan-kawan Melayunya. 

“Kalau ada sekumpulan orang cakap Mandarin, Mekyun akan terus pergi dekat geng-geng Melayu sebab tak faham,” ujarnya.

Selain itu, Mekyun turut mengakui dia pernah mempelajari bahasa Mandarin dan ia tidak semudah yang disangka.

“Mandarin memang susah gila, Mekyun give up! Kawan-kawan Cina saya semua gelak sebab mereka cakap Mekyun cakap Cina (Mandarin) bunyi Melayu.” luahnya.

 

 

Di akhir video, Mekyun meminta tolong kepada semua pengikutnya untuk bantu ajarkan bahasa Mandarin. Buat makluman, terdapat perbezaan yang besar untuk kedua-dua cabang bahasa Cina tersebut.

Mandarin memiliki empat nada pertuturan manakala Hokkien pula ada tujuh hingga sembilan nada (bergantung kepada dialek).

Pecahan cabang bahasa tersebut juga mempunyai asal usul tersendiri. Mandarin berasal dari utara China dan digunakan secara rasmi di China dan Taiwan manakala Hokkien (juga dikenali sebagai Minnan, Hoklo) pula dari wilayah Fujian dan China tenggara.

Dari segi pendidikan, Mandarin dipilih sebagai salah satu bahasa untuk subjek bahasa ketiga di peringkat pengajian tinggi atau Universiti.

Bahkan, sebutan bahasa tersebut lebih seragam daripada Hokkien yang memiliki pelbagai variasi mengikut kawasan contohnya Hokkien Penang vs Hokkien Taiwan.

 

Tangkap layatr ruangan komen di Instagram Mekyun.

Perkongsian video Mekyu menarik perhatian peminatnya di ruangan komen dan rata-ratanya berkongsi pendapat bahawa ia tidak menjadi isu. Malah mereka berbangga Mekyun fasih berbahasa Malaysia.

“Tak ada masalah, kita hidup di Malaysia, Bahasa menyatukan kita,” katanya seorang peminatnya.

“Haa mana yang selalu keluar orang komen ‘nak belajar kelas Mandarin online’ tu? Inilah masanya,” komen seorang lagi pengguna media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram