[VIDEO] Diiktiraf MBoR, teroka gelanggang luncur ais terbuka pertama di Malaysia sempena Krismas


  • Nomad
  • Jumaat, 12 Dis 2025

Di bahagian dalamnya, Mirror Room menyediakan ruang refleksi imersif dengan haruman istimewa oleh LancĂ´me.

 

 

SETIAP tahun menjelang musim perayaan Hari Krismas, pastinya pusat beli-belah utama di Malaysia menampilkan dekoasi yang cukup menarik, cantik dan unik.

Tahun ini, Suria KLCC membawa kelainan dengan mencatat sejarah apabila secara rasmi mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBoR) sebagai pusat beli-belah pertama di Malaysia yang memperkenalkan gelanggang luncur ais luar ruang.

Tarikan istimewa ini dilancarkan bersempena kempen “A Majestic Christmas”, yang berlangsung dari 22 November hingga 4 Januari 2026 di pusat beli-belah ikonik tersebut.

BACA LAGI: Nak berlari tidur kena cukup, kalau tidak risiko cedera lebih parah

BACA LAGI: Sabah bina laluan pertama di Malaysia guna sisa lautan, jadi tarikan terbaharu Pulau Gaya

 

 

Ruang tersebut turut menawarkan peluang untuk mencipta kenangan dan berkongsi pengalaman bersama.

 

 

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, premis di tengah ibu kota itu sentiasa menjadi destinasi penting di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Ia bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi ruang tersebut turut menawarkan peluang untuk mencipta kenangan dan berkongsi pengalaman bersama.

“Tahun ini, tema ‘Majestic Christmas’ diserikan dengan pokok Krismas gergasi di tengah ruang gelanggang luncur itu yang direka sebagai objektif tumpuan bertaraf dunia,” katanya.

Di Centre Court, pengunjung disambut dengan instalasi pokok Krismas bertingkat yang dihiasi lampu interaktif, alunan muzik perayaan dan dekorasi mesra fotografi.

Di bahagian dalamnya, Mirror Room menyediakan ruang refleksi imersif dengan haruman istimewa oleh Lancôme termasuk, Interactive Music Box membolehkan pengunjung memilih lagu-lagu klasik Krismas.

Ia selari dengan kesan pencahayaan yang menyinari kawasan tersebut.

Pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk merakamkan detik- indah di sebuah hiasan visual gergasi dan kios foto percuma yang akan melengkapkan pengalaman dalam pusat beli-belah.

Di kawasan Esplanade, gelanggang luncur luar ruang pertama di Malaysia itu mengelilingi pokok Krismas setinggi 80 kaki, berlatarbelakangkan bangunan ikonik Menara Berkembar PETRONAS yang megah.

 

 

Festive Skating Experience dibuka setiap hari sehingga 25 Disember ini dan Suria KLCC sekali lagi membuktikan, keupayaannya menambah nilai dan daya tarikan kepada sambutan hujung tahun di ibu kota.

Ini menjadikan musim perayaan lebih meriah dan bermakna untuk semua raikan bersama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram