Menyelam di Kepulauan Surin umpama perjalanan hidup, Thailand lokasi skuba wajib dicuba


  • Hobi
  • Ahad, 21 Dis 2025

Penyelaman, seperti kehidupan, akhirnya melengkapkan satu kitaran penuh.

MENCERITAKAN pengalaman penulis menjalankan aktivit skuba di Thailand, ketika baru-baru ini di Kepulauan Surin di Thailand, dia tersentuh apabila menyedari bahawa aktiviti selam skuba mencerminkan perjalanan kehidupan manusia.

Terutamanya buat mereka yang mencari suasana sunyi namun nun jauh di dasar laut. Setiap peringkat penyelaman membawa pengajarannya yang tersendiri. 

Mengingatkan diri tentang dari mana kita datang dan bagaimana kita meneruskan langkah .

BACA LAGI: Preskripsi alam semula jadi 'ubat' mujarab atasi tekanan darah, hormon stres dan tingkatkan imuniti

BACA LAGI: Bina legasi pelumba profesional, 4 pemandu pertama KRA hangatkan Skilldrvn Swift Professional Series 2026

 

 

Bagi penulis, selam skuba mencerminkan perjalanan hidup, dengan setiap kedalaman mendedahkan pengajaran tentang masa lalu kita dan laluan kita ke hadapan.

 

“Sesebuah penyelaman bermula dengan terjunan ke dalam laut, sesuatu yang mengejutkan bagai berada di dunia lain. 

“Ia tidak jauh bezanya dengan kelahiran, apabila kita muncul dari rahim ke dalam persekitaran luas yang perlu kita pelajari untuk diharungi. 

“Percikan pertama air laut itu, sejuk dan mengejutkan, menjadi pengenalan kita kepada rentak baharu kehidupan,” katanya.

Tidak lama kemudian, dia menyelam turun ke kedalaman dengan penuh keterujaan, sarat dengan tenaga. 

Dunia bawah laut terbentang di hadapan mata memperlihatkan terumbu karang yang berwarna-warni, ikan-ikan yang ingin tahu, arus yang berubah-ubah serta kontur dasar laut yang mempesonakan. 

Pada saat-saat awal ini, segalanya terasa segar, berwarna dan penuh dengan kemungkinan. 

“Ia menyerupai zaman kanak-kanak yang berkembang menjadi awal dewasa, satu fasa yang dipenuhi penemuan, pengembaraan dan keterujaan menikmati keajaiban hidup buat pertama kali,” ujarnya.

Apabila menyelam ke bawah secara berterusan,permukaan bawah mula dilihat, kedalaman yang lebih cetek,menyedari sebenarnya dia sudah berada terlalu lama di dasar yang dalam membawa risiko.

“Dalam kehidupan juga, apabila kita melangkah dari kekuatan usia dewasa ke peringkat usia yang lebih lanjut, rentak hidup kita secara semula jadi berubah. 

“Kita melihat penyelam-penyelam muda turun ke kedalaman yang pernah kita terokai dengan bebas, sambil menyedari bahawa kembali ke sana kini bukan lagi pilihan bijak.

“Ia menjadi peringatan lembut bahawa walaupun usia muda tidak dapat diraih semula, pengalaman dan perspektif kini menjadi kekuatan baharu kita,” luahnya.

Akhirnya, setiap penyelam akan sampai ke saat untuk kembali ke permukaan, udara semakin berkurang, otot mula letih dan tubuh memberi isyarat bahawa penyelaman perlu ditamatkan. 

Penyelaman, seperti kehidupan, akhirnya melengkapkan satu kitaran penuh.

Pengajarannya ringkas namun mendalam ialah jangan sesekali terlalu lama terperangkap pada mana-mana peringkat kehidupan atau kedalaman laut. 

“Jangan sangka kita boleh kembali kepadanya pada bila-bila masa sahaja,” kiasnya.

Setiap lapisan laut, seperti setiap musim dalam kehidupan, adalah unik dan bersifat sementara. 

“Gunakan masa dengan bijak, hayati setiap detik, dan sentiasalah peka terhadap arus yang boleh membawa kita pergi sebelum kita sedar sejauh mana kita telah hanyut.

“Kehidupan seperti penyelaman, adalah satu perjalanan yang penuh kedalaman, keajaiban dan akhirnya naik ke permukaan. Setiap peringkat wajar dilalui dengan penuh kesedaran dan tujuan,” jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

 

Skuba, menyelam, Thailand, Kepulauan Surin