ERA pickleball semakin mendapat perhatian ramai dengan penglibatan generasi tua atau muda menjadikan sukan ini semakin digilai ramai.
Mungkin ramai lagi yang tidak berkesempatan untuk mencuba permainan tersebut, namun jumlah dan keaktifan individu yang bermain sukan ini amat tinggi.
Pemain bergu pickleball, Tiong Khai Hieng dan Yong Yu Ying, baru-baru ini muncul sebagai juara Kejohanan Pickleball Saberkas Bukit Assek 2025 di Sibu, Sarawak meninggalkan 15 pasukan lain jauh di belakang.
BACA LAGI: Preskripsi alam semula jadi 'ubat' mujarab atasi tekanan darah, hormon stres dan tingkatkan imuniti

Chieng berkata kejohanan itu juga memberi peluang untuk menjalin persahabatan dan belajar antara satu sama lain.
Mereka menewaskan pasangan Hu Ung Khang dan Law Luo Lin dalam perlawanan akhir, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Pau Chiong Shii dan Febi Ngu.
Dalam ucapannya semasa majlis pembukaan, Pengerusi cawangan Saberkas Bukit Assek dan Presiden Persatuan Pickleball Sibu (SPA), Joseph Chieng menekankan kepentingan penglibatan belia dalam aktiviti komuniti.
“Saberkas Bukit Assek sentiasa meletakkan penglibatan belia, kehidupan sihat dan perpaduan komuniti sebagai teras misi kami.
“Pickleball ialah sukan yang menghayati nilai-nilai ini. Ia sesuai untuk semua peringkat umur, mudah dipelajari dan memupuk kerjasama, fokus dan kecergasan fizikal,” katanya.
Chieng berkata kejohanan itu juga memberi peluang untuk menjalin persahabatan dan belajar antara satu sama lain.
Beliau menekankan komitmen organisasi untuk memperluas keahlian belia serta mengukuhkan pembangunan kepimpinan, sambil menyediakan peluang pertumbuhan melalui sukan.
Pengerusi penganjur, Pau Chiong Shii, berkata kejohanan kali kedua anjuran Saberkas ini membolehkan komuniti kekal aktif dan menikmati persaingan sihat.
“Pickleball adalah salah satu sukan yang berkembang paling pesat di dunia, dan membawanya ke komuniti tempatan menunjukkan komitmen kami dalam mempromosikan pembangunan belia.”
Hadir sama di kejohanan yang diadakan di Pusat Belia Methodist ialah Kiing Teck Ho, Setiausaha Agung Saberkas, dan Daniel Ling, Timbalan Pengerusi SPA.
Jadi, apa tunggu lagi? Aktifkan diri anda dengan permainan pickleball. —The Star
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram
