Preskripsi alam semula jadi 'ubat' mujarab atasi tekanan darah, hormon stres dan tingkatkan imuniti


  • Sihat
  • Selasa, 16 Dis 2025

Sebanyak  7,000 preskripsi alam semula jadi telah dikeluarkan sejak 2019.

SEJAK sekian lama, persediaan dalam penjagaan kesihatan telah disarankan untuk pesakit terutama yang mengalami tekanan untuk meluangkan masa di luar.

Kini, ratusan pakar melangkah lebih jauh dengan memberi preskripsi menggalakkan orang ramai keluar menikmati alam semula jadi.

Pendekatan terebut semakin mendapat sambutan terutama ketika media sosial dipenuhi dengan pergolakan politik dan peperangan menambahkan lagi bebanan jiwa manusia.

BACA LAGI: MPAJ ‘terjah’ kenderaan berat halang lalu lintas, keluar hampir 50 saman

BACA LAGI: Sabah bina laluan pertama di Malaysia guna sisa lautan, jadi tarikan terbaharu Pulau Gaya

 

FILE - In this March 5, 2020 photo, hikers head across a dune in White Sands National Park at Holloman Air Force Base, N.M. (AP Photo/David Zalubowski, file)

Kajian demi kajian menunjukkan bahawa manusia memang ‘dicipta’ untuk berada di alam semula jadi.

Sudah tentu, tiada siapa memerlukan preskripsi untuk keluar, namun sesetengah doktor berpendapat  menyampaikan preskripsi dalam bentuk nasihat mampu membantu orang ramai mengambilnya dengan lebih serius.

Pakar Sakit Puan di Waterloo, Iowa, Suzanne Hackenmiller, berkata kebenaran tersebut mungkin dianggap remeh apabila berlakunya keadaan yang begitu serius dan penuh tekanan.

Pelbagai kajian mendapati, meluangkan masa di kawasan semula jadi boleh menurunkan tekanan darah, mengurangkan hormon stres dan meningkatkan imuniti.

Pengarah Program Perubatan Komplementari dan Integratif di Mayo Clinic di Rochester, Minnesota,  Dr Brent Bauer, berkata kajian demi kajian menunjukkan bahawa manusia memang ‘dicipta’ untuk berada di alam semula jadi.

“Program tersebut menumpukan amalan yang biasanya tidak termasuk dalam perubatan konvensional, seperti meditasi, akupunktur, urutan dan pemakanan.

“Ini bukan sekadar perasaan saya alam semula jadi itu menarik, ada sains di sebaliknya,” ujarnya.

 

 

Garis panduan itu menggesa perbincangan dengan pesakit tentang perkara yang mereka gemar lakukan di luar.

 

Protokol aktiviti alam semula jadi

Pakar Perubatan, Dr Robert Zarr melancarkan sebuah organisasi bernama Park Rx America sekitar 2016, menawarkan protokol kepada penyedia panduan kesihatan untuk menetapkan aktiviti alam semula jadi melalui catatan rasmi.

Garis panduan itu menggesa perbincangan dengan pesakit tentang perkara yang mereka gemar lakukan di luar seperti berjalan, duduk di bawah pokok, atau sekadar memerhati daun berguguran.

Semua maklumat tersebut dimasukkan ke dalam preskripsi, dan Park Rx America akan menghantar peringatan kepada pesakit.

Hampir 2,000 penyedia telah berdaftar dengan organisasi itu di seluruh Amerika Syarikat serta beberapa negara lain, termasuk Australia, Brazil, Cameroon dan Sepanyol.

Pengarah Perubatan Bersekutu Park Rx America, Dr Stacy Beller Stryer, memaklumkan bahawa sebanyak  7,000 preskripsi alam semula jadi telah dikeluarkan sejak 2019.

“Saya mengesyorkan banyak perkara kepada ramai pesakit. Saya tidak beranggapan semua saranan itu akan dilaksanakan.

“Apabila saya menerima preskripsi, seseorang akan menyerahkan sekeping kertas dan berkata, ‘anda mesti mengambil ubat ini’, jelasnya.

Masih perlu kajian lanjut

Satu kajian bersama pada 2020 oleh Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat, Universiti Pennsylvania dan Universiti Negeri North Carolina menyimpulkan bahawa, lebih banyak usaha diperlukan untuk menilai sejauh mana pesakit mematuhi saranan serta kesan kesihatan jangka panjangnya.

Namun, selagi anda tidak sesak hafas akibat asap kebakaran hutan atau diserang nyamuk, keluarlah ke mana sahaja kerana boleh memberi manfaat.

Di kolej William & Mary di Williamsburg, Virginia, pelajar mengeluarkan preskripsi alam semula jadi kepada rakan-rakan mereka.

“Pesakit” mendapatkan preskripsi dengan mengisi permohonan dalam talian yang menyatakan sejauh mana mereka sanggup bergerak untuk ke taman, masa yang sesuai untuk berkunjung, sama ada mereka memerlukan kenderaan, serta aktiviti luar kegemaran.

Pada 2025, golongan pelajar mengeluarkan purata 22 preskripsi dalam talian sebulan, meningkat daripada 12 sebulan pada 2020.

Seorang pelajar tahun akhir, Kelsey Wakiyama, berkongsi semasa memulakan tahun pertama pengajiannya di Williamsburg, dia tidak tahu di mana hendak bersiar-siar.

Kemudian, dia ternampak iklan mengenai preskripsi alam semula jadi dalam e-mel mingguan pelajar, dan akhirnya mendapat sesuatu yang membantunya menemui laluan berhampiran kampus.

“Saya suka kehijauan, udara segar terasa sangat menyenangkan dan ia benar-benar menenangkan sistem saraf saya.

“Saya rasa ringan, tenang dan ia merakam kenangan indah. Semua itu kembali kepada saya apabila saya berada di luar,” ujarnya.— The Star/TODD RICHMOND

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram