SEBUT saja semut, nyamuk, lipas dan seumpamanya, pasti serangga tersebut menyebabkan kita sentiasa siap sedia dengan semburan serangga sebagai langkah pencegahan.
Tiada siapa yang suka serangga berada dalam rumah atau berdekatan dengan kita apatah lagi serangga perosak. Maka penyembur serangga adalah penyelesaian masalah tersebut.
Namun, bahan kimia industri dan racun perosak yang ada dijual dimana-mana sahaja sebenarnya mempunyai kesan toksik terhadap kuman yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan manusia.
BACA LAGI: 'Koleksi' tapak kaki dinosour terbesar ditemukan di pusat fesyen dunia

Bahan kimia industri dan racun perosak yang direka untuk menyasarkan serangga atau kulat secara khusus nampaknya mempunyai kesan negatif terhadap manusia juga.
Menurut dua kumpulan saintis, ia berpotensi menjadi ancaman kepada kesihatan reproduktif lelaki.
“Banyak bahan kimia yang direka untuk bertindak hanya pada satu jenis sasaran contohnya, serangga atau kulat. Bahkan, ia turut memberi kesan kepada bakteria dalam usus,” kata penyelidik pascadoktoral dari Unit Toksikologi MRC, Universiti Cambridge, Britain, Dr. Indra Roux.
Pasukannya meneliti sebuah kajian dan mendapati lebih 1,000 bahan cemar berpotensi dan 168 daripadanya berkemungkinan membahayakan mikrobiom manusia.
“Kebanyakan bahan kimia sebelum ini tidak dilaporkan mempunyai sifat antibakteria.
“Fungisid dan bahan kimia industri menunjukkan kesan paling besar, dengan kira-kira 30 peratus menunjukkan aktiviti anti-bakteria usus.
“Apabila mikrobiom terganggu, ia boleh memberi kesan meluas terhadap kesihatan kita, termasuk masalah pencernaan, obesiti, serta kesan terhadap sistem imun dan kesihatan mental,” kata penyelidik dan pasukannya dalam sebuah artikel yang diterbitkan dalam jurnal Nature Microbiology.
Penemuan tersebut berdasarkan penerbitan pada 1 Disember 2025 oleh penyelidik Universiti George Mason di Amerika Syarikat yang memberi amaran bahawa pendedahan kepada insektisid, terutamanya neonikotinoid, boleh menjejaskan pengeluaran sperma.
“Kami membuat kesimpulan bahawa pendedahan kepada bahan kimia ini berpotensi menurunkan kualiti sperma, mengganggu hormon, dan merosakkan tisu testis,” kata penulis utama kajian, Sumaiya Safia Irfan, yang penemuan pasukannya diterbitkan oleh jurnal Environmental Research.
Walaupun data yang digunakan berasaskan haiwan, pasukan itu mendapati bahawa sifat proses reproduktif dalam kalangan mamalia, menyokong kaitan penemuan ini dengan kesihatan manusia.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
