SIAPA kata minyak masak yang sudah digunakan perlu dibuang begitu sahaja? Sebanyak 1,756 kilogram (kg) minyak masak terpakai (UCO) berjaya dikumpulkan menerusi satu pertandingan melibatkan sekolah-sekolah di Manjung, Perak.
Usaha dan inisiatif yang dibuat 21 sekolah itu adalah menerusi Pertandingan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai yang dianjurkan oleh Green Energy Asia (GEA) bersama sokongan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Pejabat Pendidikan Daerah.
SMK Seri Manjung berjaya mengumpulkan 360kg UCO, sekaligus dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan menerima hadiah wang tunai RM500 berserta sijil.
BACA LAGI: Preskripsi alam semula jadi 'ubat' mujarab atasi tekanan darah, hormon stres dan tingkatkan imuniti
BACA LAGI: Sabah bina laluan pertama di Malaysia guna sisa lautan, jadi tarikan terbaharu Pulau Gaya

Minyak masak terpakai yang dikutip oleh SMK Seri Manjung akan dimasukkan ke dalam tong untuk ditukar kepada bahan api bersih seperti biodiesel.
Tempat kedua menjadi milik SJK (C) Chung Cheng dengan kutipan 252kg UCO, membawa pulang hadiah RM300, diikuti tempat ketiga pula SK Kampung Dato Seri Kamaruddin yang mengumpulkan 142kg UCO dan menerima RM200.
Hadiah-hadiah tersebut disampaikan oleh Setiausaha MPM, Mohd Helmi Arifin, dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Dato Seri Kamaruddin baru-baru ini.
Kejayaan tersebut memupuk semangat lestari dalam meningkatkan dan kecekapan dalam penggunaan minyak di Malaysia.
Sementara itu, bagi kategori individu, murid SK Kampung Kota, Nur Amni Nafisah Norhisham, muncul sebagai juara selepas berjaya mengumpulkan 52.86kg minyak masak terpakai.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Morni Sapuan dari SK Kampung Dato Seri Kamaruddin dengan 35kg, manakala tempat ketiga menjadi milik Normala Moktar dari SK Setiawan dengan kutipan 22.8kg.
Hadiah bagi kategori individu masing-masing ialah RM150, RM100 dan RM50 berserta sijil.
Acara turut melibatkan penduduk Kampung Dato Seri Kamaruddin dan berjaya menyumbang jumlah tambahan 294kg UCO.
Ini membuktikan kesediaan komuniti setempat untuk menyertai inisiatif kelestarian apabila saluran yang sesuai disediakan.

Pelupusan UCO yang betul dapat mencegah pencemaran air, melindungi sistem perparitan serta memastikan sisa diubah menjadi bahan api yang lebih bersih.
GEA merupakan pengumpul UCO berlesen dan bertauliah yang dilantik sebagai rakan strategik rasmi MPM, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Daerah Kampar dan Majlis Daerah Batu Gajah.
Sejak 2022, GEA telah mengalihkan lebih 1,000 tan UCO daripada pelupusan tidak wajar kepada penghasilan bahan api boleh diperbaharui.
Pengarah Urusan GEA, Mervyn Cheng, berkata pelupusan UCO yang betul dapat mencegah pencemaran air, melindungi sistem perparitan serta memastikan sisa diubah menjadi bahan api yang lebih bersih seperti biodiesel dan bahan api penerbangan mampan (SAF).
“Pertandingan ini membuktikan bahawa impak alam sekitar yang sebenar bermula dari rumah dan di sekolah,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
“Kami berbangga dengan pelajar, guru dan ibu bapa yang menyokong usaha ini, dan berharap ia menjadi permulaan kepada pembudayaan tanggungjawab alam sekitar jangka panjang di seluruh Manjung.”
Sebagai pelajar, Mohd Helmi meletakkan harapan supaya inisiatif ini dapat terus diperluaskan pada tahun-tahun akan datang.
“Ini bagi mengukuhkan lagi kemajuan kawasan Manjung ke arah menjadi sebuah daerah yang memperjuangkan amalan ekonomi kitaran,” jelasnya. — The Star/IVAN LO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
