BIASANYA sebelum mendarat, kapten kapal terbang akan membuat pengumuman bahawasanya destinasi penerbangan sudah hampir tiba dan meminta penumpang dan kru kabin bersedia untuk pendaratan tersebut.
Kemudian, satu lagi pengumuman menyusul dengan meminta semua orang untuk menyimpan meja dulang, buka penutup tingkap, tegakkan sandaran kerusi, pasangkan tali pinggang keselamatan dan simpan fon kepala atau seumpamanya.
Pramugari dan pramugara akan bergerak di sepanjang kabin, memeriksa tali pinggang keselamatan dan sandaran kerusi penumpang dan memastikan beg disimpan dengan betul.
BACA LAGI: Sekian 'Sakit lutut sudah haus?', amalkan senaman aerobik seperti berjalan, berbasikal atau berenang

Pramugari perlu menguatkuasakan peraturan penerbangan ke atas semua penumpang, tidak kira di mana tempat duduk mereka berada.
Ia bagi memastikan semuanya berada pada tempatnya dan langkah keselamatan dipatuhi.
Namun dalam penerbangan tertentu dari Ho Chi Minh City,Vietnam ke Osaka, Jepun ini, sesuatu yang luar biasa berlaku.
Seorang penumpang (dinamakan Encik 4G) masih berbaring rata di tempat duduknya di kabin kelas Perniagaan walaupun pesawat sudah memulakan proses pendaratan akhir.
Dia kelihatan sangat santai dan langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Melihat seorang pramugari menolak bahunya perlahan-lahan dua kali namun tiada reaksi dan hanya mengeluh dan berlalu pergi.
Pada ketika itu, gear pendaratan sudah diturunkan, bunyi deruan angin pada tayar memaklumkan kurang daripada 10 minit destinasi untuk mendaratkan kapal terbang akan tiba.
Perkara tersebut dikongsikan oleh penulis Leesan bahawa penumpang tinggi lampai itu sebenarnya tidak tidur dan memilih untuk “terus berpura-pura”.

Mr 4G 'tidur' nyenyak sepanjang mendarat.
Kemudian seorang pramugara datang dan menjangkakan dia individu tersebut akan bangun dan betulkan kedudukan kerusi.
Namun mengejutkan, pramugara itu hanya memeriksa tali pinggang pinggangnya, mengangguk, dan berlalu pergi seolah-olah tiada apa-apa yang salah.
“Tali pinggang bahu? Langsung tidak diendahkan.
“Apa yang lebih pelik ialah pramugara yang sama tadi telah memeriksa kedua-dua tali pinggang saya dengan teliti seperti audit keselamatan. Saya tertanya-tanya, adakah berbaring itu lebih selamat?” katanya.
Dan begitulah, Encik 4G melalui keseluruhan proses pendaratan dalam keadaan berbaring ketika mendarat, bergerak di landasan, sehingga pesawat berhenti di pintu.
Apabila pesawat berhenti sepenuhnya, dia bangun perlahan-lahan dan kelihatan segar, seperti baru selesai sesi spa.
“Tidak, dia bukan sakit atau kurang upaya, hanya seorang penumpang biasa,” ujarnya.
Sepanjang pengalaman tersebut, itulah kali pertama penulis melihat seseorang berjaya melakukan “pendaratan mendatar”.
“Tahniah kepada syarikat penerbangan itu., memang hebat,” kiasnya.
Peraturan dan arahan untuk membuat persiapan mendarat ini merujuk kepada tiga minit pertama selepas berlepas dan lapan minit terakhir sebelum mendarat.
Ia adalah fasa paling kritikal dan paling berisiko kemalangan dalam mana-mana penerbangan.
Dalam beberapa minit itu juga, juruterbang mesti kekal fokus sepenuhnya untuk bersedia bertindak balas terhadap apa sahaja kemungkinan.
Bahkan, kesilapan paling kecil pun boleh membawa bencana. Pesawat moden kini mempunyai automasi hampir sempurna dan sistem pendaratan pintar.
Tetap mengapai ramai juruterbang berpengalaman masih menekankan kawalan manual atau separa manual?
Seorang kapten berpengalaman pernah memberitahu Leesan mengenai waktu kritikal 11 minit yang perlu dikendalikan.
“Ini kerana bagaimana jika berlaku gegaran udara? Bagaimana jika berlaku perlanggaran burung? Bagaimana jika ‘andaian satu dalam-juta’ itu menjadi kenyataan?”persoalan yang pernah diberitahu kepadanya.
Dalam penerbangan, perlanggaran burung ialah pertembungan dengan seekor burung atau lebih besar, kejadian itu biasanya berlaku semasa berlepas dan mendarat.
Terdahulu, sebuah Boeing 787 Air India terhempas hanya 60 saat selepas berlepas dan hanya seorang sahaja yang terselamat.
Tahun lepas, sebuah Boeing 737 Jeju Air mengalami kerosakan gear pendaratan selepas berlaku perlanggaran burung.
Pesawat itu melanggar penghadang konkrit semasa pendaratan kecemasan dan meletup, hanya dua kru kabin selamat.
Kemudian, baru-baru ini pada awal pagi 20 Oktober 2025, sebuah pesawat kargo Boeing 747 melintasi landasan dan terjun ke laut semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.
Hal tersebut berpunca daripada pelanggaran kenderaan perkhidmatan darat dan mengorbankan dua anggota kakitangan di atas pesawat.
“Sudah tentu, ada insiden terkenal iaitu “Miracle on the Hudson” pada 2009, apabila Kapten Chesley “Sully” Sullenberger mendaratkan sebuah Airbus A320 di Sungai Hudson di New York, Amerika Syarikat yang mempunyai masalah selepas kedua-dua enjin pesawat gagal akibat perlanggaran burung.
“Ini berlaku hanya satu minit selepas berlepas. Semua penumpang terselamat.
Apakah itu satu keajaiban, atau adakah fokus mutlak dan kawalan kapten dalam beberapa minit itu yang menyelamatkan semua orang?” soalnya.
Manual penerbangan menjelaskan tiga sebab utama mengapa berlepas dan mendarat adalah fasa paling berisiko dalam penerbangan.

Taklimat keselamatan dalam penerbangan adalah sangat penting untuk pengembara udara, namun kebanyakan penumpang cenderung mengabaikannya.
Pertama, tekanan mekanikal berada pada tahap maksimum dan kedua beban kerja manusia paling tinggi. Disusuli sebab ketiga kerana ketinggian dan kelajuan angin berubah secara drastik.
Jika salah satu perkara ini gagal, pramugari hanya mempunyai 90 saat untuk menyelamatkan semua orang sebelum asap, api, atau serpihan memusnahkan segala benda.
Pada 2024, Airbus A350 Japan Airlines bertembung dengan pesawat kecil semasa mendarat di Haneda, Tokyo.
Pesawat itu terbakar, namun kesemua 379 penumpang berjaya dikeluarkan dalam masa 18 minit. Ini benar-benar menakjubkan.
Tetapi bagaimana jika Encik 4G berada di dalam penerbangan itu? Dia mungkin akan bergelut untuk membuka tali pinggang keselamatan atau bangun dari kerusinya ketika kabin dipenuhi asap.
“Industri penerbangan, tanpa ragu, adalah antara industri paling obses dengan SOP di dunia.
“Dari demonstrasi keselamatan dan sekatan kargo hingga keseimbangan berat dan protokol bahan bakar, setiap bolt, setiap item dalam senarai semak, berkait rapat dengan nyawa manusia,” jelasnya.

Kira-kira 100,000 penerbangan berlepas dan mendarat di seluruh dunia setiap hari.
Namun kini, media sosial dipenuhi dengan klip gegaran udara, makanan dan beg kecil terbang di dalam kabin seperti pertunjukan tanpa graviti.
“Mereka yang tidak memakaikan tali pinggang sepanjang penerbangan sering menjadi “akrobat” tidak sengaja, dipukul, lebam, atau lebih teruk,” ujarnya.
“Saya tidak berhenti untuk bertanya-tanya mengapa penumpang itu dibenarkan berbaring rata semasa pendaratan? Adakah prosedur diabaikan? Keselamatan dikompromi? Atau ada lubang dalam polisi syarikat?,” soalnya.
“Rakan saya, Hu, seorang pengajar keselamatan penerbangan berpengalaman, berkongsi pandangannya terhadap kejadian tersebut. Dia terus bangkang dan penerbangan memang boleh ditunda, malah dialihkan. Tetapi prosedur keselamatan mesti dipatuhi, mereka tidak boleh berbaring rata,” jelasnya.— The Star/LEESAN
Leesan merupakan pengembara yang telah melawat tujuh benua dan 151 negara, gemar berkongsi kisah perjalanan dan pandangannya. Beliau juga telah mengarang enam buah buku.
**Ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti**
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
