SAMA ada tempahan bertindih atau pun scammer penginapan, kedua-duanya membebankan bagi sesiapa pun yang terlibat.
Malahan, insiden tersebut kerap berlaku sejak kebelakangan ini penginapan jenis rumah inap yang ditempah oleh mereka yang sedang bercuti.
Tular sebuah hantaran video di Facebook Video Viral yang memaparkan tiga buah keluarga yang sedang bercuti dan mendakwa ditipu oleh pemilik rumah inap yang dipercayai terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
BACA LAGI: Tasik Titiwangsa tawar aktiviti air sambil nikmati suasana latar langit Kuala Lumpur
BACA LAGI: Raikan kekayaan biodiversiti Malaysia, ini 5 lokasi semula jadi berbaloi dilawati
Bukan setakat itu, kejadian berlaku apabila mereka bersama tiga lagi keluarga lain yang terlibat serentak tiba di lokasi rumah inap dan mendapati rumah yang telah ditempah itu mempunyai penghuni lain di dalamnya.
“Kes scammer rumah inap, tiga keluarga (terlibat). Pemilik tidak mendedahkan nama cuma menghantar kod QR dan bayar menggunakan cara imbasan.
“Kod QR saya dia letak nama Kaleavani, lagi dua keluarga mereka masing-masing guna nama Sabun Tala dan Dored. Jadi tiga keluarga berbeza, rumah inap dan alamat yang sama tapi menggunakan kod QR yang berbeza untuk membayar deposit,” kata individu yang merakam video tersebut yang dipercayai salah seorang ahli keluarga terlibat.

Tangkap layar ruangan komen.
Situasi tersebut berjaya mengundang perhatian warganet yang rata-rata daripada mereka berkongsi pengalaman yang sama dihadapi ketika bercuti.
Malahan kejadian seperti ini turut pernah berlaku di platform pelancong yang sedia ada seperti Agoda.
“Saya dah pernah kena. Dah bayar penuh sampai ke rumah tengok elok saje ada orang, Rumah memang wujud, rumah inap.
“Sampai 4 pagi aku tunggu pemilik tak datang, akhir sekali esok pagi bari muncul pemilik. Dia boleh cakap Agoda salah, dia bagitahu dia tak terima bayaran dari Agoda, aku paksa dia buka aplikasi itu memang Agoda ada bayar.
Nasib dia bagi balik (duit) sebab nak jaga nama,” luah seorang pengguna media sosial di ruangan komen.
Turut dikongsikan kejadian yang sama berlaku baru-batu ini oleh seorang pengguna media sosial dan lebih parah mangsa diminta menambah bayar RM200 untuk masuk rumah inap tersebut.
“Saya juga pernah terkena pada tempahan 18 hingga 20 Oktober. Saya pergi rumah inap yang diberi tapi tiada rumah di kawasan itu dan tak sama dengan alamat yang diberi. Bila tanya, dia pula marah-marah dan minta duit sekuriti tambahan RM200. Saya dah buat laporan polis,” komen seorang lagi mangsa.
Oleh itu, berhati-hatilah ketika ingin menempah rumah inap dan pastikan anda betul-betul menghubungi pemilik terlebih dahulu untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Melaporkan kejadian pada pihak polis juga adalah satu tindakan yang berkesan untuk pemilik-pemilik lain peka dan memastikan perkara tersebut tidak berlaku. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
