Raikan kekayaan biodiversiti Malaysia, ini 5 lokasi semula jadi berbaloi dilawati


  • Nomad
  • Ahad, 19 Okt 2025

Redbus membolehkan pelancong menempah perkhidmatan pengangkutan darat dan feri dengan mudah.

 

 

SELAIN memiliki budaya yang kaya dan sejarah dan penuh warna-warni, Malaysia juga terkenal dengan keajaiban alam semula jadinya.

Negara ini merupakan salah satu daripada 12 destinasi yang memiliki megabiodiversiti dunia dan menjadi habitat kepada ekosistem unik serta pelbagai jenis hidupan liar.

Pelancong boleh menempah perjalanan untuk melawat lokasi semula jadi seperti hutan hujan, sungai dan pulau melalui agensi pelancongan yang dipercayai atau platform pelancongan dalam talian seperti redBus.

BACA LAGI: 'Balik kampung pun boleh berlari', fenomena parkrun makin popular di Malaysia

BACA LAGI: Dunia seni dari layar perak, Jonathan hasilkan figura terpakai sebagai bentuk perjuangan berkarya

Bahkan, laman web berkenaan membolehkan anda menempah perkhidmatan pengangkutan darat dan feri dengan mudah.

Berikut ialah lima lokasi alam semula jadi di Malaysia yang patut dikunjungi:

 

 

1. Hutan Hujan Langkawi (Kedah)

Selain pantai berpasir putih dan pulau-pulau yang indah, hutan hujan purba Langkawi juga berbaloi untuk diterokai.

Namun, elakkan mendaki bukit atau gunung tanpa panduan. Untuk pengalaman yang lebih mendalam, sertai lawatan berpandu. Pengunjung boleh mempelajari tentang manfaat tumbuhan endemik serta cara mengenal pasti burung tropika.

Jika anda memandu ke Langkawi, anda boleh menaiki feri RoRo (Roll-on/Roll-off) dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis.

 

 

2. Gua Tempurung (Perak)

Bagi mereka yang sukakan cabaran, dialu-alukan untuk melawat Gua Tempurung, gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia berdasarkan catatan Tourism Perak.

Atas faktor keselamatan, hanya bahagian tertentu saja yang dibenarkan untuk diterokai secara bebas, jadi lebih baik sertai lawatan berpandu.

Sambil berjalan di laluan yang disediakan, perhatikan formasi batu kapur yang menakjubkan. Bentuk batu jenis stalaktit dan stalagmit yang menghiasi bahagian dalam gua ini, pasti membuatkan anda teruja.

Dengan panjang sekitar 4.5km, Gua Tempurung juga menyimpan artifak perlombongan yang ditinggalkan oleh pelombong bijih timah pada masa lalu.

Untuk ke sana, anda perlu menuju ke Ipoh terlebih dahulu, sama ada menaiki ETS, bas atau kereta. Gua Tempurung terletak kira-kira 37 kilometer (km) dari bandar tersebut.

 

 

 

 

3. Zoo Negara (Selangor)

Bagi yang mencari aktiviti santai dan menyeronokkan, kunjungilah Zoo Negara di Ampang, Selangor, yang menempatkan lebih daripada 4,000 ekor haiwan.

Di Ape Centre, pelajari fakta menarik tentang spesisi seperti cimpanzi dan orang utan. Bird Aviary pula menempatkan pelbagai spesies burung, termasuk yang dikategorikan sebagai terancam.

Selain menjadi tempat hiburan, Zoo Negara turut menawarkan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Anda boleh menaiki bas awam dari Kuala Lumpur untuk ke zoo ini. Alternatif lain ialah menggunakan LRT atau perkhidmatan e-hailing.

 

 

 

 

4. Taman Buaya dan Rekreasi Melaka (Melaka)

Sebagai sebuah negeri bersejarah, Melaka merupakan destinasi percutian hujung minggu yang popular.

Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah melawat Taman Buaya dan Rekreasi Melaka di Ayer Keroh.

Taman yang telah wujud sejak akhir tahun 1980-an itu menempatkan lebih daripada 100 spesies reptilia bersisik seperti buaya kerdil Afrika, Indian mugger, dan buaya bongkok.

Selain buaya, taman ini turut menawarkan tarikan lain seperti zoo interaktif (petting zoo) dan taman air. Lokasinya juga terletak berhampiran Zoo Melaka.

Terdapat banyak perkhidmatan bas pelancongan ke Melaka, namun pastikan anda memilih yang mempunyai hentian di Ayer Keroh.

 

 

5. Sungai Klias (Sabah)

Jika anda berada di Sabah, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti pelayaran sungai di Sungai Klias, yang terletak di Beaufort, kira-kira 110km dari ibu negeri Kota Kinabalu.

Sepanjang perjalanan, anda mungkin dapat melihat monyet proboscis (bekantan) yang cukup unik dan lotong perak yang jarang ditemui, selain daripada pelbagai haiwan yang lain.

Apabila matahari terbenam, kelip-kelip akan muncul menerangi suasana malam dengan cahaya yang berkelipan di waktu malam.

Untuk ke Beaufort, anda boleh menaiki kereta api yang mengambil masa sekitar dua jam atau bas dari Kota Kinabalu.

Dari pekan Beaufort, anda boleh menempah lawatan berpandu untuk menerokai kawasan tanah lembap Klias.— TheStar/GISELE SOO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram