Pertarungan tarian jalanan hangatkan atrium pusat beli-belah Pulau Pinang


  • Hobi
  • Rabu, 22 Okt 2025

Pertandingan itu menampilkan gabungan hebat penari bertaraf dunia yang memukau mata ratusan penonton.

SUASANA pusat beli belah 1st Avenue di George Town, Pulau Pinang dihangatkan dengan aksi bertenaga penari bakat dari pelusuk Asia ketika berlangsungnya pertandingan tarian jalanan antarabangsa Battle Mania edisi keempat baru-baru ini.

Pertandingan itu menampilkan gabungan hebat penari bertaraf dunia dan ratusan peminat yang memenuhi ruang atrium.

Ini termasuk di bahagian balkoni untuk menyaksikan gerak tari peserta yang cukup memukau mata.

BACA LAGI:Misi gaya hidup sihat meriah, cahaya LED warnai kayuhan lebih 6,000 penunggang basikal wakili 23 negara di Lebuhraya LEKAS

BACA LAGI:Tasik Titiwangsa tawar aktiviti air sambil nikmati suasana latar langit Kuala Lumpur

Penonton berbaris di balkoni untuk menceriakan peserta yang datang dari seluruh Asia untuk edisi keempat Battle Mania, pertunjukan tarian jalanan antarabangsa.

“Tenaga di sini memang lain. Penonton di Pulau Pinang benar-benar memberi semangat kepada para penari,” kata penganjur kejohanan itu, Willy Tan.

Beliau turut memberi penghargaan kepada kerjasama antara studio dan pihak pusat beli-belah dalam memastikan festival tarian itu terus meriah dan berkembang maju.

Tarian jalanan bermula sebagai satu pergerakan yang benar-benar eksklusif dan menjadi gabungan pelbagai genre atau gaya perti hip-hop, popping, locking, breaking, krump, serta banyak lagi yang dicipta penari seiring dengan rentak muzik.

Seni tarian tersebut mengutamakan irama berbanding rutin, keaslian dan penambahbaikan gerakan bagi setiap individu.

Berbeza dengan gaya tarian formal, setiap pergerakan tarikan jalanan tidak mempunyai peraturan tetap dan dihasilkan secara spontan.

Kejohanan kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran juri antarabangsa iaitu Zurek dari Poland dan CK Animation dari Vietnam. Diikuti DJ Bolo dari Singapura untuk mengekalkan rentak bertenaga yang menghidupkan pertarungan tarian sepanjang acara.

Turut bersama mereka adalah penari berpengalaman tempatan yang menjadi hakim bagi empat kategori utama iaitu Hip-Hop 1-on-1, K-pop Open Age/

Kategori baharu K-pop Bawah 12 Tahun pula memberi peluang kepada bakat-bakat muda menyerlah, serta Open Style 2-on-2 (Trio Titan) yang mewarnai dan menghidupkan lagi suasana kejohanan hingga lewat malam.

Acara yang dianjurkan bersama oleh OWL Dance Studio dan Hundred Percent Dance Studio, dengan sokongan daripada Penang Global Tourism, Zero Degrees, St Giles Hotel, Cititel Express, HDAV, dan JFE Production telah menjadi antara platform utama budaya tarian urban di Malaysia. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram