
TAMAN Tasik Titiwangsa sering menjadi kawasan tumpuan warga Kuala Lumpur atau berdekatan dengannya untuk berekreasi bersama yang tersayang.
Sama ada berjoging atau berjalan santai, lokasi ini menawarkan pelbagai aktiviti sambil pengunjung dapat menikmati pemandangan latar langit Kuala Lumpur.
Taman bandar seluas 46 hektar yang popular dan terletak hanya 3 kilometer (km) dari pusat bandar itu bukan sekadar tempat beriadah, malahan tarikan utamanya masih pada tasik yang menjadi oasis ketenangan di tengah hiruk-pikuk kehidupan bandar.
BACA LAGI: Raikan kekayaan biodiversiti Malaysia, ini 5 lokasi semula jadi berbaloi dilawati
Aktivit air yang menggunakan Tasik Titiwangsa.
Kini, pengunjung boleh mencuba aktiviti berkayak sama ada seorang atau berdua dengan kemudahan penyewaan disediakan kepada pengujung yang ingin merasai pelbagai aktiviti air yang sekali gus dapat mengaktifkan lagi penggunaan tasik tersebut .
Turur tersedia, papan dayung berdiri (stand-up paddleboarding), yang biasanya diuruskan oleh kumpulan peminatnya. Tambah melucukan apabila melihat pemain alat tersebut seringkali terjatuh dalam air walaupun keadaan tarik tidak bergelora.
Seorang atau berdua dengan kemudahan penyewaan disediakan kepada pengujung yang ingin menjalankan aktiviti air.
Selain itu, untuk pengalaman yang lebih santai, pengunjung boleh mencuba bot kayuh kaki yang sesuai untuk seisi keluarga.
Ia amat sesuai untuk pelbagai usia, bermula daripada anak-anak kecil hingga dewasa boleh menaikinya.
Bayangkan, seorang pengunjung mencuba papan dayung kelihatan merentasi Tasik Titiwangsa dengan latar langit Kuala Lumpur, pastinya cantik dan merakam kenangan yang indah.
Oleh itu, bawa baju renang atau pakaian tambahan ketika mengunjungi Tasik Titiwangsa untuk merakam detik-detik indah di lokasi di tengah ibu negara ini.— TheStar
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram