Peserta memanah guna pen merah umpama terlibat jenayah kecil, ketahui sebabnya dan apa lagi item dalam beg pemanah


  • Hobi
  • Selasa, 21 Okt 2025

Dalam dunia memanah sekecil-kecil perkara boleh menjadi penentu sama ada anda mengena sasaran atau tidak.

MELIHAT aktiviti memanah pastinya membuatkan ramai teruja dan ingin turut serta dalam permainan tersebut.

Buat mereka yang benar-benar ingin mengenali secara mendalam tentang sukan tersebut, jangan buang masa bertanya tentang kekuatan tarikan busurnya atau jenama busur kegemarannya.

Sebaliknya, intai untuk melihat apa sebenarnya yang ada di dalam beg panah mereka kerana di situlah kebenaran tersembunyi.

BACA LAGI: 'Balik kampung pun boleh berlari', fenomena parkrun makin popular di Malaysia

BACA LAGI: Raikan kekayaan biodiversiti Malaysia, ini 5 lokasi semula jadi berbaloi dilawati

 

Seorang pemanah menggunakan tangan untuk mengambil anak panah karbon dari papan sasar dan ia berisiko kerana serpihan karbon sukar ditanggalkan jika tertanam di bawah kulit.

 

Sebuah beg panah yang tersusun rapi ibarat profil psikologi yang menunjukkan pengurusan terperinci apabila ia lengkap dengan alat ganti dan peralatan kecil lain.

Kemudian ada pula golongan yang mengemas seolah-olah mahu menyertai ekspedisi selama sebulan.

Jika anda tertanya-tanya apa ada dalam beg tersebut, sebenarnya diisi barang seperti pita pelekat, snek, tiga tuala dan satu objek misteri yang hanya boleh dilabelkan sebagai “sekadar berjaga-jaga”.

Setiap barang di dalamnya mempunyai kisah tersendiri misalnya, cara mereka memanah, siap siaga, dan kekerapan mereka belajar daripada kesilapan.

Namun, bagi mata yang tidak terlatih, ia hanyalah sekeping logam atau plastik berbentuk T dengan beberapa nombor di atasnya.

Bagaimanapun bagi pemanah, ia membezakan antara tembakan tepat dengan anak panah. Satu hujungnya digunakan untuk memeriksa brace height (jarak antara tali busur dan pemegang busur), manakala satu lagi untuk memeriksa nocking point (titik di mana anak panah dipasang pada tali).

Jika tersilap ukur, anda mungkin menghabiskan satu jam berikutnya dan tertanya-tanya sama ada anda tersasar atau tidak. Tetapi jika betul, tembakan terasa lancar, senyap, dan hampir ia umpama sebuah pengalaman rohani.

Seterusnya, kenali alat kecil yang dinamakan nock tool atau alat penukik sejenis gajet sederhana yang digunakan untuk melaras atau menggantikan nock plastik kecil di bahagian belakang anak panah termasuk klip kecil yang mencengkam tali busur.

Nock yang longgar atau senget boleh merosakkan hari anda lebih cepat daripada tiupan angin silang, dan alat ini membolehkan anda membetulkannya dengan kemas tanpa merosakkan batang anak panah.

Ada kepuasan unik bila pemanah berjaya mencungkil keluar nock degil seperti mencungkil gigi tapi jauh lebih selamat.

Kemudian, ada alat yang dikenali sebagai set hex key, penyelamat utama ketika kecemasan. Setiap pemanah pasti mengenali bunyi bolt busur yang longgar iaitu dentingan logam halus yang menunjukkan terdapat kelonggaran yang perlu diketatkan di bahagian busur.

Maka bermulalah pencarian panik untuk Allen key di tengah sesi latihan. Set hex yang lengkap membezakan antara keyakinan dan kekacauan.

Pemanah berpengalaman akan sentiasa berpesan jangan sekali-kali mempercayai busur yang hanya diketatkan dengan jari.

 

Antara barang yang ada pada bag pemanah.

Sekarang, mari kita kenali satu lagi peralatan yang nampak sederhana tetapi amat penting iaitu arrow puller atau alat penarik anak panah.

Biasanya diperbuat daripada getah lembut atau silikon, bentuknya tidaklah menarik perhatian namun cuba tarik keluar anak panah dari sasaran buih padat pada hari yang panas, dan anda pasti bersyukur memilikinya.

Pegangan arrow puller itu mengelakkan tangan daripada tergelincir, melindungi jari dan menyelamatkan anda daripada situasi yang menampakkan anda sedang bergelut dengan sasaran.

Seterusnya bow stringer atau bahasa mudahnya alat memasang tali busur di mana talinya panjang dan kukuh dengan gelung atau cawan di kedua-dua hujungnya digunakan untuk memasang serta menanggalkan tali busur recurve atau longbow dengan selamat.

Alat itu membantu membengkokkan bahagian busur secara sekata agar tali dapat dipasang dengan mudah.

Kini tiba kepada alat paling ringkas tetapi sering dipandang remeh iaitu pen. Anda memerlukannya untuk mencatat markah, dan warnanya mestilah hitam atau biru.

Jangan sekali-kali guna merah kerana itu adalah warna rasmi pengadil, dan mengeluarkan pen merah di meja markah hampir sama seperti melakukan jenayah kecil.

Jadi, barang-barang kecil dan biasa inilah yang membezakan antara pemanah yang benar-benar bersedia dengan yang mudah gugup.

Terlupa salah satu daripadanya, dan walaupun anda pemanah terbaik, segalanya boleh huru-hara dan sedikit kecuaian sudah cukup membuat anda hilang fokus.

Memanah adalah sukan ketepatan, kesabaran dan persediaan. Tetapi ia juga antara hobi yang cepat mengajar erti kesabaran dan merendah diri.

Dalam dunia memanah sekecil-kecil perkara boleh menjadi penentu sama ada anda mengenai sasaran, atau tertanya-tanya bagaimana anak panah anda boleh tersasar. — TheStar/Sam Cheong

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

 

 

 

panah, memanah, pengadil, juri, target, lapang sasar