
SEJAK kebelakangan seringkali kita mempelihatkan model kenderaan concept yang dibina dan dipamerkan di acara-acara permotoran di Malaysia.
Rata-rata daripada pengunjung yang melihatnya pasti terpegun dengan wajah dan rekaannya yang cukup luar biasa.
Namun, mungkin sesetengah daripada kita bertanya-tanya mengapa kenderaan jenis ini terutamanya concept car dikeluarkan meskipun ia masih tidak berada di dalam pasaran lagi dengan fungsi yang agak tidak masuk akal.
BACA LAGI: Tasik Titiwangsa tawar aktiviti air sambil nikmati suasana latar langit Kuala Lumpur
BACA LAGI: Raikan kekayaan biodiversiti Malaysia, ini 5 lokasi semula jadi berbaloi dilawati
Iyalah, ada boleh dikatakan mengarut, tempat duduk pun berpetak bahkan tidak masuk akal. Adakah ia dibina sekadar pameran saja?
Jadi ini lima sebab mengapa kenderaan concept tetap dihasilkan walaupun belum pasti lagi ia keluarkan secara komersial atau tidak.
1) Bayangan hala tuju reka bentuk masa depan
Jika suatu ketika dahulu semasa fasa permulaan pembinaan Tesla, ramai yang kata idea tersebut mengarut. Kini, bayangan Elon Musk 'mendunia' apabila ia telah menghasilkan kereta elektrik secara meluas.
Itulah tujuan concept car dibina bagi memberikan bayangan hala tuju reka bentuk masa depan sesebuah jenama yang mungkin berpotensi untuk dihasilkan pada masa depan seperti Mercedes Vision S- Coupe.
Ramalan dari pihak atau pasukan strategi setiap jenama kini mencabar asas penting untuk membentuk objektif utama sesebuah jenama supaya bertahan pada era yang akan datang.
Jadi, sebab itu penampilan yang tidak tercapai akal dikeluarkan di bentukkan pada kereta yang digelar concept car.
2) Membaca pasaran
Pengeluaran dan permintaan memainkan peranan penting bagi sesebuah penjualan unit kenderaan. Penting untuk jenama-jenama yang telah mengeluarkan concept car untuk membaca nilai pasaran.
Menganalisis minat dan melihat respons daripada orang ramai untuk menentukan peratusan sama ada ia relevan untuk diwujudkan secara komersial pada masa akan datang atau pun tidak.
Jangan cepat buat andai dahulu, ingat Tesla dulu pun orang ketawakan.
3) Menonjolkan inovasi dan teknologi baharu
Setiap pengeluaran concept car turut memperlihatkan tanda aras sesebuah kemampuan jenama dalam menginovasikan kenderaan yang sedia ada.
Ini termasuk menggunakan teknologi yang sedia ada untuk melihat apakah kehebatan sebuah jenama itu seiring dengan perkembangan teknologi. Mungkin setakat ini, banyak kenyataan yang telah dikeluarkan di atas kertas tentang kemampuan yang bakal dipasangkan terhadap sebuah kereta itu.
Namun keberkesanannya menjadi tanda tanya dan kerana itulah kebanyakan kereta dan motosikal konsep tidak berfungsi atau digerakkan sepenuhnya lagi, hanya untuk pameran sahaja.
4) Meningkatkan imej dan daya tarikan
Pasaran automotif kini dilihat seperti sebuah 'medan perang' untuk menunjukkan siap yang paling hebat pada abad ini. Imej dan daya tarikan mampu memperkuatkan jenama kenderaan.
Maka, concept car merupakan sejeni peralatan untuk memperlihatkan kekuatan sesebuah syarikat kenderaan dalam pasaran.
Sepertimana Lamborghini Manifesto. Meskipun jualan model kereta sebenar jenama itu masih eksklusif dan jumlah unitnya sedikit, pengeluaran concept car memperlihatkan betapa kukuhnya jenama Lamborghini yang masih dikenali di seluruh dunia.
5) Eksperimen reka bentuk dan fungsi
Secara keseluruhan, setiap rekaan fungsi yang dirangka dan wajah yang dipamerkan adalah sebuah eksperimen bagi sesebuah jenama kenderaan yang mengeluarkan concept car.
Pembinaan menggabungkan pelbagai elemen, bentuk dan uji kaji daripada pelbagai inspirasi dan ia akan berterusan sehinggalah penetapan dibuat terhadap keputusan pengeluaran unit masa depan itu.
Jadi, jangan anda terkejut jika terdapat bentuk, ciri-ciri atau elemen terhadap concept car apa yang dilihat pada masa ini masih belum tersedia pengeluaran yang seterusnya, mana tahu suatu hari nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram