[VIDEO] Suri rumah pasang impian, gubahan aksesori beg tangan dapat pikat pelancong luar negara lawat Malaysia


  • Hobi
  • Sabtu, 11 Okt 2025

Kak Siti berkongsi minatnya yang pada awalnya menjahit apa saja jenis barangan dan pakaian untuk kegunaan sendiri.

 

 

MENJADI suri rumah di zaman moden ini, pasti kita lihat ramai di antara golongan berkenaan memiliki hobi tersendiri untuk mengisi masa lapang sambil menceriakan diri tatkala sedang menjaga anak-anak di rumah.

Itulah perjalanan yang dilalui oleh usahawan wanita, Siti Nor Hanir Zanar Misro, 52, yang tidak pernah menyangka bag yang dijahit kini menjadi sebuah kraftangan yang memiliki nilai sentimental yang tinggi yang diberi nama Ct n Honey.

Memiliki kemahiran menjahit daripada mesin tradisional, individu yang mesra disapa Kak Siti berkongsi minatnya yang pada awalnya menjahit apa saja jenis barangan dan pakaian untuk kegunaan sendiri.

BACA LAGI: Tradisi cop poskad dan setem, 'cara lama' dilupa jangan setiap kali ke tempat orang

BACA LAGI: [VIDEO] Tak kisah bayar RM1 janji pantai Sipitang bersih, nama Terengganu juga dipetik miliki kualiti sama walaupun percuma

 

 

Interview with CT N Honey handmade bag founder Siti Nor Misro at the 2025 ASEAN Arts and Crafts bazaar at Sunway Convention Centre on October 07 for Majoriti.- AZMAN GHANI/The Star

Anatar beg tangan hasil tangan Kak Siti yang menggunakan teknik cetakan-eco.

Sehingga pada suatu hari anaknya meminta untuk membuat bag tangan baharu untuk cikgunya di sekolah sempena sambutan hari guru.

“Masa itu, saya sendiri macam teragak-agak nak buat sebab selama ini saya buat untuk guna sendiri. Iyalah, bosan-bosan jahit beg, baju dan beberapa lagi. Lepas itu nak beli beg kedai pun macam pada saya tak beberapa istimewa.

“Masa itu anak saya tiga tengah sekolah lagi, saya pun buatlah tiga beg tangan seorang satu. Beberapa hari selepas itu anak bagi cikgu nak lagi lima utas beg tangan.

“Kemudian, minggu depan 20 utas lagi permintaan, saya pun tak tahulah cikgu tu nak jual atau buat apa,” katanya.

Kemudian, apabila Kak Siti menggunakan platform Facebook sebagai tempat untuk memperlihatkan hobinya dalam membuat beg tangan, ibu kepada enam orang anak itu kemudian menerima tempahan bag sebanyak 60 utas untuk diterbangkan ke Brunei.

 

 

Interview with CT N Honey handmade bag founder Siti Nor Misro at the 2025 ASEAN Arts and Crafts bazaar at Sunway Convention Centre on October 07 for Majoriti.- AZMAN GHANI/The Star

Aksesori menjadi cabaran Kak Siti untuk menghasilkan beg tangan buatan tangannya sendiri.

 

 

Berasal dari Bahau. Negeri Sembilan, Kak Siti mula mendalami hobinya selepas lima tahun menghasilkan beg tangannya di rumah secara suka-suka dan mengikut tempahan kenalan terdekat saja dengan mencari aksesori yang ingin dikenakan pada beg tangan.

Ketika itu, dia mendapati sumber untuk mendapatkan item atau aksesori hiasan menjadi satu cabaran yang besar buat dirinya.

Bahkan, dia memaklumkan lima tahun lepas, permainan jual beli di platform E-dagang masih tidak banyak yang menjual item-item hiasan.

“Masalah saya masa itu nak cari aksesori yang berkualiti memang susah. Platform E-dagang masa itu pun bukan ada sangat jadi saya cari dan beli sendiri asing-asing daripada pelbagai tempat.

“Lepas itu, apa lagi saya eksperimen sendirilah dekat beg tangan saya. Gabungkan manik, butang dan macam-macam lagi lepas itu guna untuk diri sendiri.

“Lepas itu, orang tengok beg tangan saya itu, ramai pula yang nak beli aksesori saja. Dari situ saya kembangkan lagi dunia menjahit saya dengan menyediakan dan menjual aksesori sahaja,” ujarnya.

 

 

Interview with CT N Honey handmade bag founder Siti Nor Misro at the 2025 ASEAN Arts and Crafts bazaar at Sunway Convention Centre on October 07 for Majoriti.- AZMAN GHANI/The Star

Kak Siti tumbuhan semula jadi untuk menekapkan corak bunga-buangan atau daun di permukaan kain bag tangannya.

 

 

Susulan daripada minatnya mencari dan mengolah sendiri aksesori di beg tangan, Kak Siti telah menaik taraf kemahirannya menggunakan teknologi cetakan eko (eco-print) ketika menyertai kursus kraftangan.

Dia mula menggunakan tumbuhan semula jadi untuk menekapkan corak bunga-buangan atau daun di permukaan kain bag tangannya.

“Apalagi, aktiviti bereksperimen saya makin rancaklah bila saya menggunakan teknologi eco-print ini. Kaedah ini sangat istimewa sebab coraknya, susunannya tak akan sama dengan orang lain.

“Mungkin teknik untuk guna teknologi ini orang lain pun boleh guna tapi seni dia, sentuhan dan eksklusifnya tetap berada di tangan saya,” terangnya.

 

 

Interview with CT N Honey handmade bag founder Siti Nor Misro at the 2025 ASEAN Arts and Crafts bazaar at Sunway Convention Centre on October 07 for Majoriti.- AZMAN GHANI/The Star

Corak setiap beg tidak akan sama berikutan susunan dan bentuk daun serta bunga semula jadi menjadikan nilai seni pada permukaan beg tangan eksklusif.

Mengulas tentang jenis tumbuhan yang digunakan, Kak Siti menggunakan pelbagai jenis daun yang agak klasik seperti daun jati, ulam raja, lamuni dan banyak lagi.

“Sebenarnya apa jenis daun pun boleh guna, tapi kena rajin cuba subjek-subjek ini untuk tengok bila kita menekap, adakah warna dan bentuknya akan keluar sama cantik dari bentuk asal atau tidak,” jelasnya.

Akhir kata, Kak Siti melontarkan sasaran yang agak berbeza daripada usahawan-usahawan lain tentang masa depan produknya.

 

 

Interview with CT N Honey handmade bag founder Siti Nor Misro at the 2025 ASEAN Arts and Crafts bazaar at Sunway Convention Centre on October 07 for Majoriti.- AZMAN GHANI/The Star

Kak Siti meletakkan sasaran pelancong mahu hadir ke Malaysia kerana ingin melihat kraftangan yang dihasilkan olehnya.

Dia tidak meletakkan harapan untuk barang yang dihasilkan melalui hobinya itu menebusi pasaran luar negara.

Sebaliknya Kak Siti berharap kraftangan jahitannya itu dikenali di luar dan menjadi asbab pelancing luar negara datang ke Malaysia untuk melihat hasil tangannya itu.

“Saya tak nak beg tangan ini terkenal sampai ada jual di luar negara, tapi saya nak orang luar datang Malaysia sebab ada beg saya ini,” jawabnya ringkas.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram