Pernah diiktiraf Pantai Angkat Terbaik 2025, Pantai Cunang kini bagaikan sekali lagi 'dilanda' tsunami


  • Nomad
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Penstabilan pantai melalui penambahan pasir iaitu proses menambah semula bahan sedimen semula jadi bagi memulihkan pantai yang rosak mampu menghasilkan kawasan pantai yang lebih luas dan selamat.

 

 

PANTAI Cunang yang terletak di Kuala Langat, Selangor merupakan sebuah lokasi peranginan pantai yang dahulunya tenang, kini memerlukan perhatian dan bantuan.

Tsunami pada 2004 telah menyebabkan pembentukan beting pasir di sepanjang pesisir pantai berkenaan, sekali gus mewujudkan kawasan hutan paya bakau Kampung Orang Asli Tanjung Sepat.

Pantai yang terkenal dengan pasirnya yang halus itu dahulu dipenuhi dengan tumbuhan bakau dan dinamakan Cunang yang bermaksud tenang dalam bahasa Mah Meri oleh masyarakat Orang Asli.

BACA LAGI: Tradisi cop poskad dan setem, 'cara lama' dilupa jangan setiap kali ke tempat orang

BACA LAGI: [VIDEO] Tak kisah bayar RM1 janji pantai Sipitang bersih, nama Terengganu juga dipetik miliki kualiti sama walaupun percuma

 

 

A wall going to built by MPKL to mitigate floods. Mangrove experts claim it was bad for the environment and the Orang Asli community fear that it would affect their livelihood in Pantai Cunang. (MAY 11 2025) — ART CHEN/The StarReporter: VIJENTHI

Pantai Cunang dengan pantai berpasir putih mempunyai banyak potensi pelancongan.

Kini, Pantai Cunang sangat berbeza, pengunjung disambut dengan pemandangan yang mengecewakan.

Banyak pokok tumbang, kemudahan awam yang rosak, tebing pantai tidak rata, serta sampah yang bersepah.

Pantai tersebut jarang menerima kunjungan orang luar disebabkan keadaannya yang terbiar, walaupun lokasinya berhampiran dengan Pantai Tanjung Sepat yang terkenal dengan Lover’s Bridge.

Komuniti Orang Asl Mah Meri yang menetap di situ merasa kesal dengan kemerosotan kawasan itu, yang berpunca daripada beberapa faktor.

Ini termasuk hakisan pantai akibat air pasang besar, tiupan angin kencang dan peningkatan paras air laut.

Komuniti nelayan di situ meluahkan kebimbangan mereka bahawa suatu hari nanti, rumah serta sumber pendapatan mereka akan hilang.

 

 

A wall going to built by MPKL to mitigate floods. Mangrove experts claim it was bad for the environment and the Orang Asli community fear that it would affect their livelihood in Pantai Cunang. (MAY 11 2025) — ART CHEN/The StarReporter: VIJENTHI

JPS merancang untuk membina tembok bagi mengurangkan banjir di Pantai Cunang.

Penduduk kampung, Sarimah Jamil, berkata, masyarakat dan pelancong dapat berpeluang menikmati keindahan pantai berpasir putih itu selepas tsunami berlaku.

Dimaklumkan, kerajaan negeri melihat potensi pantai tersebut dan memperuntukkan dana untuk membina kemudahan awam.

“Tandas, wakaf, gelanggang futsal, tempat letak kereta dan dewan komuniti telah dibina sekitar 2010.

“Pantai ini dijaga dengan baik sehinggakan Pantai Cunang pernah dinobatkan sebagai ‘Pantai Angkat Terbaik’ pada 2015 di bawah program pantai angkat negeri.

“Kami juga dapat menjana pendapatan dengan menjual cenderamata kepada pengunjung yang datang menikmati keindahan pantai,” katanya.

Namun, beberapa tahun lalu landskap pantai mula berubah dan keadaan kini semakin teruk bahkan kira-kira 290 meter kawasan pantai itu telah terjejas teruk.

Penduduk turut memberitahu StarMetro bahawa mereka bimbang hakisan yang berterusan akan menjejaskan hutan paya bakau, seterusnya akan mengganggu aktiviti penangkapan ikan mereka.

Pemantauan kerajaan negeri sedang memantau keadaan tersebut dan menyedari keadaan di pantai berkenaan telah meluluskan satu projek bagi menangani isu di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim, berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memulakan projek bernilai RM7.9 juta untuk membina dan menaik taraf benteng pantai serta menangani masalah hakisan di Pantai Cunang dan Pantai Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Projek itu yang bermula pada 21 Jun tahun lalu, dijangka siap pada 21 Julai 2026.

Ketua Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, Nasir Mijin, berkata pihak berkuasa negeri telah memberi taklimat kepada wakil penduduk mengenai projek berkenaan.

“Keadaan pantai semakin teruk. Kami berharap kerajaan negeri dan pakar dapat melakukan sesuatu bagi mengelakkan keadaan melarat,”ujarnya.

 

 

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menganjurkan Bengkel Semakan Semula Pelan Pengurusan Bersepadu melibatkan Lembangan Sungai Utama di Negeri Selangor — KK SHAM/The Star

Izham berkata projek RM7.9 juta oleh JPS dijangka siap pada Julai 2026.

Hakisan pantai

Ketua Pengarah JPS, Datuk Mohamad Radzi Abdul Talib, berkata Pantai Cunang telah mengalami hakisan pantai yang semakin teruk sejak fenomena air pasang besar yang dikaitkan dengan peningkatan paras laut dikesan pada September 2016.

Beliau menjelaskan bahawa kenaikan paras laut yang berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim.

Ini termasuk serta digabungkan dengan ribut dan angin kencang menyebabkan gelombang laut yang lebih kuat.

“Ini menyebabkan hakisan besar-besaran, penenggelaman, perataan kawasan pesisir pantai, dan pengurangan kawasan tanah,” jelasnya.

Menurutnya, projek JPS itu melibatkan pembinaan struktur pemecah ombak batu sepanjang 375 meter, dua tembok panduan sepanjang 50 meter, serta 290 meter kerja penambahan pasir pantai di Pantai Cunang.

Diikuti struktur pemecah ombak batu sepanjang 220 meter di Tanjung Sepat.

“Projek ini bertujuan untuk menangani hakisan pantai dan banjir di Pantai Cunang serta Pantai Tanjung Sepat,” ujarnya.

Mohamad Radzi berkata, benteng batu direka untuk menyerap tenaga ombak dan mengurangkan hakisan bagi melindungi penempatan nelayan, jalan akses, dan infrastruktur pantai.

“Tembok panduan berfungsi sebagai struktur kawalan hidrodinamik yang mengawal pergerakan mendapan pasir dan menstabilkan pasir yang ditambah di sepanjang pantai.

“Langkah ini dapat memanjangkan jangka hayat perlindungan pantai, mengurangkan risiko ombak besar, serta meningkatkan keselamatan nelayan yang keluar masuk muara,” jelasnya.

Tambahnya lagi, penstabilan pantai melalui penambahan pasir iaitu proses menambah semula bahan sedimen semula jadi bagi memulihkan pantai yang rosak mampu menghasilkan kawasan pantai yang lebih luas dan selamat.

Kemudian, gabungan benteng batu, tembok panduan dan penambahan pasir dijangka memberikan manfaat sosioekonomi.

Inisiatif itu penting bagi memelihara kesejahteraan ekologi dan ekonomi Pantai Cunang serta Tanjung Sepat dalam menghadapi cabaran perubahan iklim,” katanya.

Kebimbangan terhadap hutan bakau

Ahli ekologi hutan bakau dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Aldrie Amir, berkata jika projek tersebut tidak dirancang dengan teliti, ia boleh melaratkan hakisan pantai dan membawa kepada masalah alam sekitar lain.

“Pendekatan kejuruteraan tanpa menangani punca utama hanya akan mengalihkan masalah ke tempat lain.

“Hutan bakau secara semula jadi hidup di zon pasang surut, tetapi sebarang gangguan seperti perubahan hidrologi atau tempoh kering yang berpanjangan boleh memusnahkannya,” katanya.

Nilai sebuah hutan bakau amat berharga kerana memberikan banayk manfaat serta perlindungan semula jadi bahkan sumber penting untuk ekosistem pesisir pantai.

Potensi pelancongan

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kebudayaan Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Borhan Aman Shah, berkata projek yang dilangsungkan itu merupakan langkah tepat pada masanya.

Ia proaktif dalam menangani isu perubahan iklim serta hakisan pantai di Pantai Cunang.

“Inisiatif ini boleh membantu memulihkan sektor pelancongan di kawasan ini. Pantai yang bersih berpotensi menarik kehadiran pelancong,” ujarnya.

Borhan mendapati setakat ini di pusat khidmatnya tidak menerima sebarang aduan berkaitan hakisan atau isu berhubung projek tersebut.

“Komuniti di sini menyambut baik projek JPS ini sebagai satu pembangunan positif,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Ng Suee Lim, ketika dihubungi berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Ia bagi mencari kaedah untuk menghidupkan semula kawasan tersebut sebagai lokasi yang berpotensi dalam sektor pelancongan.— The Star/VIJENTHI NAIR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram