Gabungan pelbagai elemen bertaraf nasional, Showcase Jiwa Malaysia bakal gegar Bukit Jalil November ini


  • Nomad
  • Rabu, 01 Okt 2025

Persembahan akan diserikan oleh kumpulan Sixth Sense, Def Gab C, Floor 88 dan beberapa lagi penyanyi terkenal Malaysia.

BAGI merapatkan jurang antara generasi muda dan tua, satu acara sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini akan diadakan bagi mencetus suasana yang menggabungkan seni, latihan serta kejohanan sukan bertaraf nasional.

Bertempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, acara ‘Showcase Jiwa Malaysia’ bakal berlangsung pada 1 November 2025 anjuran Regnant Works dan disokong oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Acara tersebut bakal menampilkan artis pelbagai genre dalam sebuah persembahan istimewa bagi meraikan pengunjung.

BACA LAGI:'Fish spa' dalam kolam biasa sangat, Bombon Kg. Marakau guna air sungai asli, ikan saiz 'gorgon'

BACA LAGI:Pentingnya serat ketika usia semakin lanjut, ketahui 5 diet ideal pengambilan 'fiber'

 

Barisan artis tanah air yang bakal memeriahkan acara ‘Showcase Jiwa Malaysia’.

 

Persembahan akan diserikan oleh kumpulan Sixth Sense, Def Gab C, Kugiran, Masdo, dan Floor 88 diikuti penyanyi Baby Shima dan kumpulan Alpha.

Pemilihan artis berkenaan adalah disebabkan mereka yang terdiri daripada pelbagai genre juga menjadi simbol Malaysia MADANI dalam mengangkat kepelbagaian dan perpaduan rakyat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Encik Iliyas Jamil, tempat yang dipilih tahun ini iaitu di Dewan Sri Putra, sebagai venue tumpuan kerana showcase tersebut amat sesuai untuk menggabungkan elemen seni, latihan serta kejohanan sukan bertaraf nasional dan antarabangsa.

Sekaligus katanya ia membuktikan fleksibilitinya sebagai pusat serbaguna, pastinya akan menjadi pengalaman seni Malaysia yang penuh warna-warni.

Selain showcase seni dan konsert yang dianggarkan mampu memuatkan kapasiti sehingga 3,000 penonton, aktiviti lain yang turut menanti pengunjung adalah pertandingan Esports serta digital dengan sambungan internet berkelajuan tinggi.

Selain itu, anda turut berpeluang menyaksikan permainan hoki dalam dewan yang menggunakan lantai PVC khas dan kemudahan tempat duduk yang banyak serta selesa.

Turut diadakan majlis rasmi dan acara korporat seperti seminar, pelancaran produk, dan pameran berskala besar.

Transformasi ini mengangkat Dewan Sri Putra sebagai pusat acara serbaguna yang menyokong pembangunan seni, sukan dan ekonomi kreatif negara.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang dapatkan tiket anda di mytickets.asia dan menjadi sebahagian daripada sejarah Showcase Jiwa Malaysia 2025 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada 1 November 2025.—Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram