
BERINSPIRASIKAN tradisi Bon Odori, sebuah festival kebudayaan penuh warna-warni dari Jepun iaitu Festival Matsuri 'Konnichiwa, Japan! Together, Here', kini berlangsung di Pavilion Bukit Jalil dari 30 Julai hingga 3 Ogos 2025.
Acara ini menggabungkan keindahan seni tradisional Jepun dengan elemen budaya kontemporari, menawarkan pengalaman imersif yang sesuai untuk seisi keluarga.
Kemeriahan Jepun di tengah kota
Hampir seluruh kawasan gelanggang tengah pusat beli-belah tersebut dihiasi dengan pokok sakura berkelopak merah jambu, mencipta suasana seakan berada di Jepun.
BACA LAGI: Pengalaman luar biasa buat peminat F1, Grand Prix Plaza bangkitkan adrenalin pengunjung
BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing
Festival ini menampilkan pelbagai aktiviti seperti persembahan tradisional dan moden oleh JAGAM.
Pengunjung juga berpeluang menyewa pakaian kimono atau menyarung busana pahlawan samurai, sekaligus bergambar di sebalik latar indah pokok sakura untuk mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Aktiviti dan persembahan menarik
Festival ini menampilkan pelbagai aktiviti seperti persembahan tradisional dan moden oleh Persatuan Siswazah Jepun Malaysia (JAGAM), gerai makanan jalanan asli Jepun, kraf tangan buatan tempatan, dunia animasi dan alam semulajadi Jepun.
Festival ini turut menampilkan elemen budaya pop Jepun melalui gerai bertemakan animasi seperti Tamagotchi oleh Cotton Blue dan Doko Koko daripada Nijigen.
Sudah bersedia untuk hujung minggu yang penuh warna dan budaya? Jangan lepaskan peluang menyertai festival ini.
Hadirkan diri ke Pavilion Bukit Jalil dan raikan keindahan Jepun di tengah-tengah Kuala Lumpur! — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram