
BAGI yang tidak pernah menjejakkan kaki ke India, jangan anggap negara itu tiada tempat menarik untuk dikunjungi.
Jika anda merancang ke sana, apa kata senaraikan bandar Mumbai sebagai antara destinasi kerana terdapat banyak lokasi patut anda kunjungi.
Ini antara lima tempat menarik di Mumbai:
BACA LAGI: Lukisan pertama dijual RM5, penghargaan seni lukis Malaysia masih rendah berbanding negara jiran
BACA LAGI: Serik ditipu pomen, wanita asal Gerik buka sendiri bengkel Aida Misspomen
1. Dobi Ghat Mumbai
Dobi Ghat Mahalaxmi berusia 140 tahun merupakan tempat cucian tradisional menggunakan tenaga manusia terbesar di bandar itu.
Malah, bisnes dobi berkenaan merupakan kompleks cucian luar yang membersihkan setiap pakaian menggunakan tangan dan ia sangat mengagumkan. Dengan kain pelbagai warna dan saiz, ia dijemur di kawasan lapang untuk dikeringkan secara semula jadi iaitu tiupan angin.
Pemandangan terbaik kawasan berkenaan boleh dilihat dari jambatan merentasi landasan kereta api berhampiran stesen kereta api Mahalaxmi.
2. Hotel Taj Mahal Palace
Hotel Taj Mahal Palace memperlihatkan karya seni bina memukau, terletak bertentangan dengan Gateway of India.
Kisah di sebalik hotel itu pula diasaskan pada 1903 oleh usahawan Parsi, JN Tata, selepas beliau tidak dibenarkan masuk ke Hotel Watson milik British yang terletak di kawasan berhampiran.
Jangan lepaskan peluang menikmati teh di waktu petang di kafe Sea Lounge atau koktel di sana.
3. Pulau Elephanta
Naiklah salah satu feri kecil berwarna-warni dari Pelabuhan Gateway of India ke kuil batu besar yang memukau di Gharapuri atau lebih dikenali sebagai Pulau Elephanta.
Dibina antara tahun 450 hingga 750 Masihi, kuil itu diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Di sini, anda akan melihat seni ukiran batu kuno, terutamanya dalam kuil utama Shiva yang terdiri daripada laman, dewan, tiang dan kuil kecil.
Tarikan utamanya adalah patung Sadashiva setinggi enam meter yang menggambarkan Shiva sebagai pemusnah, pencipta dan pemelihara alam semesta.
4. Muzium Chhatrapati Shivaji Maharaj Vastu Sangrahalaya
Bagi yang gemar menyelami sejarah dan tinggalan purba, Muzium Chhatrapati Shivaji Maharaj Vastu Sangrahalaya antara pilihan terbaik.
Muzium terbesar di Mumbai itu dikagumi dengan koleksi binaan arca besar hinggalah ke botol tembakau kecil.
Muzium terletak di Jalan Mahatma Gandhi itu pernah menganjurkan pameran antarabangsa, seperti Seni Arca Purba pada tahun 2024.
5. Oasis Bandar Khotachiwadi
Anda mungkin tidak menyangka ada perkampungan kecil berwarna-warni dan menawan di tengah bandar Mumbai.
Khotachiwadi adalah kawasan damai berada di dalam hiruk-pikuk kota Mumbai.
Lorong-lorong dengan anjung kayu, pagar, tangga luar dan balkoni yang dicat begitu menonjol di mana ia merupakan kaleidoskop seni bina Portugis-Konkan yang dibangunkan lebih 100 tahun lalu, ketika kawasan ini masih merupakan pinggir bandar.
Jadi, adakah Mumbai, India menjadi pilihan lokasi untuk anda melancong? Jika ya, jangan tunggu lama-lama untuk menyaksikan sendiri keunikan bandar ini.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram