
JARANG sekali kita mendengar hasrat seorang bapa yang ingin mewariskan kemahiran pemanduan di litar kepada anak perempuan.
Namun, buat pelumba legenda dari Jepun, Manabu Orido atau lebih sinonim dengan panggilan Max dalam kalangan 'kaki lumba' menyifatkan perkara itu tidak mustahil.
Mana tidaknya, Max berjaya memikat anak perempuannya Maaya Orido, 25, untuk menjadikan aktiviti memandu di litar lumba sebagai hobi yang jarang dimiliki oleh golongan hawa.
Dia yang menjangkau usia 56 tahun melatih skil perlumbaan secara profesional kepada Orido sebagai misi meneruskan legasinya di litar lumba.
BACA LAGI: Arena bola sepak negara belum stabil tapi Omar tetap latih anak demi bina karakter
BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing
Maaya Orido (kanan) bersama bapanaya Max Orido.
Gadis cantik berperwatakan lembut ini mula minat terhadap dunia pengubahsuaian kereta seawal usia 20-an atas tunjuk ajar bapanya.
Puteri kepada legenda dunia kenderaan Japanese Domestic Market (JDM) itu juga sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memenuhi kepuasan hatinya dengan melakukan pengubahsuaian kereta setiap kali turun ke litar.
Orido berkata, rutin hujung minggunya banyak dihabiskan di litar lumba bersama bapa dan rakan-rakan yang berkongsi hobi yang sama.
"Saya akan turun ke litar pada waktu pagi sambil menikmati cahaya matahari dan akan pulang ke rumah lewat petang bersama kereta kesayangan Toyota Supra," katanya.
Orido menjadi tetamu istimewa untuk sesi Flag Off, Kejohanan MSF SuperTurismo di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
Baru-baru ini, Orido datang ke Malaysia sempena jelajah Maaya Orido x Alpharex Malaysia Tour 2025 dan menjadi tetamu istimewa untuk sesi Flag Off, Kejohanan MSF SuperTurismo di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
Keterujaan penonton dapat dilihat apabila Orido muncul semasa permulaan untuk mengibarkan bendera hitam putih sebelum perlumbaan bermula.
Ikuti video lanjut dan suasana jelajah Orido ketika hadir ke Malaysia dalam segmen hobi di Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram